Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, February 23, 2018

Pening tengok lambakan thread di twitter, berkenaan skincare

Semalam aku potong sendiri rambut aku. 
Eh, semalam ke kemarin? 
Bila ada gunting layer, setel bagi aku. 
Kekadang kalau potong kat saloon, tak dapat macam aku nak. 
Dah lama juga aku tak potong rambut sendiri. 
Dan semalam (ke kemarin?) tu baru aku sedar, ada kemungkinan aku lagi power potong rambut daripada akak kat saloon tu. 

Ada juga rasa berdosa kerana dah lama tak menulis. 
Tapi tuntutan hidup membuatkan aku lama tak menulis. 
Lama tak melukis juga. 
Bulan bila entah terserempak dengan kawan lama, dia tanya :
"Kau buat art lagi tak sekarang?"
Dan tadi pun another friend tanya aku ada lukis lukis lagi tak. 
Man, that hurts. 
I mean it hurts not in offensive way. 
It hurts because I feel like I've abandoned the largest part of my soul. 
Soalan tu lebih ngeri daripada soalan bila nak kahwin atau dah berapa orang anak. 
Aku sebenarnya tak la rasa soalan dah berapa orang anak tu offensive. 
Maybe sebab aku memang tak suka budak. 
If you know what I mean. 

Tujuh hari lagi menuju kembalinya aku ke Ipoh. 
Setelah seberapa lama aku dan Bul terpaksa berdepan dengan long distance relationship/marriage kerana tuntutan hidup, akhirnya aku balik semula ke Ipoh. 
For good, inshaAllah. 

Come to think of it, aku rasa rumah yang kami sewa di Seri Iskandar dulu tu sebenarnya memang sesuatu. 
I think it's not me. 
It's the house. 
Dan bila kami nak pindah, makcik sebelah rumah ada cakap, "Tapi sapa yang duduk rumah ni memang selalunya tak lama. Idak le tau mengape."
Masa tu aku ingat penyakit aku datang balik, tapi sebenarnya tak. 
Rumah tu.
Rumah tu akan jadi satu tempat yang aku takkan lupa. 
Aku takkan lupa segala benda yang aku nampak dalam rumah tu.
Dan aku takkan lupa rumah tu buat aku rasa cemana. 

You know, bila orang kata, 
"Masa yang akan menentukan." , I seriously doubt it. 
Aku tak rasa ayat tu betul. 
Takdir dan urusan kita, kita yang buat/handle, tapi Tuhan approve nak bagi jadi ke tak. 
Masa akan tetap berjalan. 
Memang masa memainkan peranan besar dalam dunia, as in masa tu memang sesuatu yang wujud dan akan sentiasa bergerak, tapi masa cuma watak sampingan. 
Dia akan tetap berjalan. 
Dia bukan peduli pun apa jadi. 
You get what I mean? 

Tadi ada kawan whatsapp, kami berbual hal hal berat -- hal hati perasaan dan cinta. 
Aku baru sedar, sambil Whatsapp dengan dia selama sejam lebih tu, memacam aku buat. 
Aku makan cekodok. 
Aku sodok pasir dalam litter box kucing. 
Aku potong dan blend ayam untuk bagi kucing makan. 
Aku sapu lantai bilik. 
Tapi aku tak buat dia tertunggu lama.
Conversation tu sentiasa berlangsung, tanpa tempoh pause yang melebihi 2-3 minit. 
Bermaksud aku boleh buat banyak benda dalam satu masa.
Kan? 
Tapi, still aku tak boleh bawa kereta manual. 
Iya. 
Tak kosser. 

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.