Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, May 8, 2017

78 kapak negatif membelah hati aku

Rasa macam loser dalam erti kata sebenar bila kucing tengah sakit teruk, tapi tak boleh nak buat apa.
Masa ni lah mula ada macam macam "kalaulah.." dalam hati. 

Wednesday, May 3, 2017

Apa yang aku rasa hari ini. Atau mungkin juga dah sekian lama rasa.



1) Orang kata (dalam agama juga ada kata), bahawa kita janganlah ingat ingat lagi benda negatif yang orang cakap pada/tentang kita. Tapi aku manusia. Aku akan teringat ingat. Tambah tambah lagi kalau benda yang dikata tu dikata kata sampai sekarang. Dan kita tak defend diri kita hanya kerana kita nak jaga hubungan dengan orang tersebut.

2) Sedih/ngeri memikirkan nasib raya aku tahun ni memandangkan betapa bencinya aku pada hari raya. Lebih sedih  pada nasib family aku. Aku dah tau apa akan jadi pada aku kalau aku raya sini (Perak), dan aku boleh agak juga apa jadi pada family aku, memandangkan situasi sekarang ni.

3) Ada masa masa tertentu aku harap orang tertentu dalam hidup aku ni mati je cepat sebab diorang ni sangat irritating. Buat aku rasa worthless. Lagi funny bila orang ni semua layan aku baik, tapi layanan je la. Mulut diorang main cakap je apa nak cakap. Sedih bila aku tak boleh jawab/balas/defend diri. So kalau tanya aku jujur, memang kalau diorang ni mati, hidup aku lebih tenteram.

4) Aku cukup tak suka orang ejek/perli aku tentang kucing. Nak ke kalau aku ejek/perli tentang suami/isteri/anak/menantu/hidup diorang? Dan aku tak suka orang cita cemana layanan buruk/cara dia buang kucing yang datang rumah diorang depan aku, sebab all these people selalunya tau apa aku rasa tentang kucing. Kalau aku kena respect diorang, kenapa diorang tak boleh nak respect/tak sakitkan hati aku?

5) Aku sedih/bengang/frust betul bila orang cakap aku housewife so aku memang tak berduit dan aku memang ditanggung 178% oleh suami aku, dan aku memang makan duit dia semua. Sedih bila kau tak boleh nak defend diri kau, atau sebenarnya orang memang tak percaya kau ada duit sendiri. Aku buat tuisyen kot kat rumah. Pastu aku jaga Rumah Ipoh bukan free. Wani bayar aku. Takkan aku nak cita kat semua orang yang setiap bulan ayah aku masukkan duit untuk aku saja saja? Ayah aku memang pesen bagi duit saja saja kat anak anak dia sejak beberapa tahun

kebelakangan ni. Takkan aku nak cita? Nanti orang ingat aku aibkan suami, macam suami tak bagi cukup makan. Aku beli baju seluar bundle pun mostly duit aku, so memang sedih la bila orang dok kata semua tu aku makan duit suami aku. Apa hina sangat ke aku ni?


6) Bertambah sedih bila orang ingat aku ni jenis isteri duduk kat rumah tak buat sebarang kerja, tak masak, asyik makan luar je kerjanya, bangun tidur petang. Sebab aku tak post gambar aku masak dan kemas rumah ke? Sebab tak post gambar apa aku buat seharian di rumah? Benda jadi makin susah bila aku terpaksa defend diri sendiri sebab takda sapa defend. Last last, aku tak defend dah diri aku. Aku penat dan aku malas. 


7) Kenapa sebenarnya aku rasa lelaki yang dok kutuk pempuan feminist adalah sebenarnya meninist bodoh? Sebenarnya diorang sedar ke tak dioranglah meninist yang sebenarnya? Takpa, aku doakan diorang kawin dan dapat bini tak semenggah. Tapi pada masa yang sama aku harap juga diorang tak hasilkan anak anak yang berkepala akal dungu macam diorang. Rosak generasi.


8) Rindu KL. 


9) Aku sebenarnya takut bila aku dah mula rasa tak suka/menyampah dengan orang yang selama ni aku sabar je dengan diorang. Sebab bila aku dah rasa tak suka, aku akan buat apa saja untuk mengelak daripada berjumpa dengan diorang.


10) Kebanyakan lelaki suka perempuan yang independent. Yang ada kereta sendiri, yang boleh drive, yang ada duit sendiri, yang boleh pergi mana mana sendiri, yang tak perlu harapkan lelaki. Benda ni betul. Tapi independent tu meluas sebenarnya maksud dia. Perempuan yang boleh drive kereta sendiri tu kalau kereta dia rosak tetiba, belum tentu dia sanggup jalan kaki selama 25 - 30 minit untuk pergi kerja. Perempuan yang selalu ada duit sendiri/banyak tu bila sampai satu masa Tuhan uji dia takda semua tu, ada kemungkinan dia boleh jadi gila sebab tak boleh beli apa dia nak atau pergi mana dia suka dengan duit yang dia pernah ada. Aku kalau orang cakap bab independent ni aku malas sangat nak buka mulut. Ada contoh yang aku tengok, isteri independent bila gaduh dengan suami, sanggup lari menyorok di rumah kawan kawan yang mungkin 300 km jauh, atau balik ke rumah mak ayah dan cerita keburukan suami. Maklumlah,  independent. Khen? Tapi tak semua la. Kawan kawan aku ramai je cool dan elok. Aku dulu selamba juga drive pergi KL dan lepak bergembira dengan kawan kawan lain sebab ex buat perangai. Dah dia siap boleh dengan pempuan lain pastu nak maki maki aku, so biarlah aku pi jumpa kawan kawan aku dan bergembira. Bukannya aku pergi melacur free macam dia. 


11) Aku rasa orang yang nak anak ni kena reti bangun pagi. Bangun awal. Dan sanggup pula bangun tengah malam. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Kalau tak, tak payah lah. Nanti memang anak kau tu, pasangan kau sorang je lah yang jaga. Nanti kalau anak dah besar, dia akan nampak perangai selfish kau, dan ada kemungkinan dia akan diam diam benci kau.


12) Aku tak kisah pun orang cakap aku negatif. Bendanya aku yang rasa, aku yang terkena. Orang tak rasa boleh lah cakap pumpang sampai anu diorang pun rasa nak meletup sebab tak tahan dengar. 🙄


13) Kekadang bila tengok artis dan kisah cinta on off jadi tak jadi diorang, pastu benda tu je yang disembangkan, aku jadi loya. Kisah cinta pun siap kena ada kenyataan media. Teringat kes Erra Fazira dan Hans Isaac dulu. Erra tak komen apa pun, dia senyap je. Dia handle cara orang bertenang, cool dan pandai. Sebab apa? Sebab orang yang pandai memang akan bertindak secara pandai.


14) 3-5 tahun kahwin dan belum dapat anak tu bagi aku tak patut orang lain sibukkan. 3-5 tahun tu still baru bagi aku. Kesian pada orang yang aku kenal, yang ditekan tekan masyarakat sebab belum dapat anak. Dicebik cebik sanak saudara. Ada kawan aku, kakak dia berbelas tahun kawin takda anak, family dia relaks je tak tanya apa apa atau takda pressure suruh apa apa. Sebab apa? Sebab family diorang beragama (percaya dengan kuasa Tuhan), modern dan cool. 


15) Kenapa masih ada orang percaya bahawa facebook ialah medium sesuai untuk meroyan royan takda limitasi? Kawan aku cakap, sebab diorang tau ada orang akan respond. 🙄

16) Hari ni aku rasa mengantuk dan rasa malas nak buat apa apa. Lagipun kan orang memang kata aku dok kat rumah tak buat apa apa. Sesekali bagilah diorang betul. 🙄


17) Macam ada benda lagi nak sembang kat sini, tapi takpalah. Nanti je lah.



Walau apa pun jadi, hidup ni kena jalan.

Kena hidup juga, sebab Tuhan kata kena.

Tapi pada masa yang sama aku harap juga Tuhan lenyapkan orang yang irritating ni semua.

Memang tak baik.

Tapi itu yang aku rasa hari ni.