Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, April 27, 2017

Dengan harapan IKHLASillustrated ini ialah jalan yang Tuhan beri untuk selamatkan diri aku sendiri

IKHLAS dah siap.
Sekarang Rumah Ripta sibuk ambil pre-order.
Pesta Buku lagi berapa hari je ni.
Nervous pun ada.
Nak kena hadap cakap cakap orang lagi, sama ada positif atau negatif.

#IKHLASillustrated akan berada di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC, dari 28 April hingga 7 Mei 2017. 
Boleh cari Dewan Tun Abdul Razak 4,
booth Selut dan Roman (no : 4009-4011).

Dan juga Sabtu ni 29 April, aku dan Wani akan ada di booth untuk meet-and-greet session. 
Dari pukul 4 petang sampai 6 petang. 
Nak sembang ke, nak tanya apa ke, nak minta sign autograph ke, datang la masa tu.

Untuk yang belum tau, IKHLAS ni sebenarnya koleksi conversations antara Wani Ardy dan anaknya Ikhlas dari umur 3 tahun sampai sekarang 5 tahun.
Ya, Ikhlas tu nama anak dia.
Basically ada 77 conversations, dan ada 80 illustrations dalam tu.
Nak beli dengan aku sendiri pun boleh buku tu, bolehla menjana sikit wallet aku.
Buku tu RM 35.
Bukan harga normal macam buku puisi/indie yang lain.

Sebenarnya aku dah ready dengan jawapan kalau orang question kan harga tu.
Buku tu size dia 20 cm x 20 cm.
Since buku tu ada illustration, maka material kertas pun dah lain, dan tebal sikit.
Conversations tu Wani collect dari Ikhlas umur 3 tahun, sampai la sekarang ni budak tu dah 5 tahun.
The value of documenting benda yang bertahun tahun.
DAN, aku lukis 80 illustrations tu secara manual. 
Guna kertas dan dua jenis technical pen.
Tau tak cemana susahnya?
Imagine dah nak dekat siap satu illustration tu, pastu masa last last tu aku terseret pen kat kertas tu, makaaaa kenalah buat semula ya. 
Ada je illustration yang sampai kena 5-6 kali aku lukis semula walaupun lagi 0.5%  nak siap.
Ada juga illustration yang aku dah siap lukis, pastu aku tak sedar yang aku dah keronyok dan buang dalam bakul sampah.
Imagine la, ada 80 illustrations.
Aku start lukis tu dari bulan Disember. 
Tak dinafikan bila last minute kekadang kena tukar illustration tu, atau ada tambahan, masa tu memang aku macam zombie.
Aku tak guna electronic drawing tablet tu sebab aku takda.
Dulu ada, tapi dah rosak.
Maybe aku akan beli juga sebab seksa melukis manual ni pedihnya masih terasa.
Tapi memang feeling lukis manual tak sama dengan lukis guna drawing tablet tu.
Ye la, dah bertahun tahun guna technical pen.

Thanks to Karl Agan yang buat layout.
Bukan senang, tau?
Nak nak buat layout buku yang ada illustrations ni.
Dan Syuk (Mosyuki) serta Rumah Ripta yang banyak berusaha untuk IKHLAS ni.

So, harga RM 35 tu murah sebenarnya untuk usaha pelbagai pihak ni.
Bagi aku kalau orang yang kaki buku/art diorang mesti boleh (PANDAI) evaluate sendiri buku tu.
Masa ni la nak educate society kenapa harga buku macam ni, nak nak yang ada illustrations.
Aku cuma taknak lebih ramai orang buta seni atau bodoh.

Aku sebenarnya freak out juga nak sampai ke Sabtu ni.
Aku yakin sesi meet-and-greet tu lebih kepada fans Wani nak jumpa dia.
Dah tentu bukan nak jumpa aku.
Mesti aku akan awkward gila masa tu nanti.
Gigit kuku kaki je la.
Aku tak biasa bebenda macam ni.
Tapi some of my friends cakap pergi je, sebab benda ni berkemungkinan akan lead to another benda baik (rezeki) yang lain.
Anyway, ada satu buku lain yang aku lukis cover-nya, akan berada juga di Pesta Buku tu nanti.
Tapi di booth Cukong Press, buku tu under CP Sindiket, tajuk Koyak-Rabak.
Maka, ada dua buah buku yang aku lukis akan ada di Pesta Buku tu nanti.
Okay, nak pergi kagum dengan diri sendiri kejap.

Macam biasa, entah baju apa nak pakai, memandangkan baju seluar aku kebanyakannya nampak macam homeless.

Datanglah ya.
Tolong kurangkan rasa awkward aku nanti.
Dan kalau sesapa yang tak sempat jumpa Sabtu tu, aku akan berkeliaran area KL sampai Ahad, in case nak beli sendiri buku tu daripada aku.

Kalau nak tanya apa apa, email je aku guna alamat email aku yang ada kat sebelah tu.
Selalunya memang aku akan alert dengan email.

Lagi satu, illustrations are not just illustrations.
Its like, what happen if Waze or Google map or your GPS software didnt "draw" everything in the maps for you?





No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.