Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, February 21, 2017

Penantian - Blackrose


This is the sixth week of batuk batuk.
Dah pergi klinik, dah makan macam macam ubat, still tak baik.
Batuk is something big bagi aku.
Bila batuk, aku akan rasa sempit dada, dan kemudian asthma, dan sudah tentu kesukaran tidur.
Aku ada asthma sejak umur 2-3 tahun macam tu.
Aku tengah berkira kira nak ke hospital.
Maybe KPJ. 

Lamanya aku tinggalkan blog ni.
Rasa bersalah terhadap diri sendiri.
Selama aku tak menulis, selama tu lah segala benda yang dalam pikiran aku remain dalam pikiran saja.

Last entry, aku cakap pasal mimpi aku kan?
Pasal perempuan nama Melissa offer tempat dia untuk aku buat exhibition.
Tu cuma mimpi.
Mimpi.
Mimpi ni satu benda yang susah nak jadi kenyataan untuk orang macam aku.
Especially kalau mimpi benda elok.
Selalu mimpi yang jadi kenyataan tu adalah bila aku mimpi benda yang tak elok.
Tu nanti cerita.

Tapi, beberapa hari lepas mimpi pasal Melissa tu, Wani whatsapp.
Wani ni kawan aku.
Most people kenal dia sebagai Wani Ardy. 
Kalau taktau, boleh google.
Atau cari instagram dia.
Wani offer aku untuk jadi illustrator buku dia.
Basically content dalam tu tentang conversation Wani dan anaknya Ikhlas.
So aku akan lukis berdasarkan setiap conversation tu.
Macam komik lebih kurang.
Tapi tak fully comic.
InshaAllah kalau ada rezeki dan Tuhan izinkan, keluarlah buku tu nanti.
Ada possibility launching masa pesta buku.

Macam tak perlu je nak cerita cemana perasaan aku masa Wani whatsapp menyatakan hasrat dia tu.
Dan Wani ada cakap ada beberapa artist/illustrator offer diri untuk buku tu, tapi Wani pilih aku sebab dia rasa aku tau character Ikhlas cemana.
Tak perlu kan nak cerita perasaan aku cemana?
Masa tu aku kat dapur, tengah masak untuk Mohd Adzlan yang akan balik makan tengah hari.
Tak perlu kan nak cerita perasaan aku cemana?
Saja ulang banyak banyak kali.
Cuma masa tu dalam kepala aku;
Benda baik memang kekadang datang lambat.

Benda baik ni memang satu penantian yang kita taktau cemana keadaannya.
Perkataan "penantian" tu sendiri kekadang buat aku rasa meremang/loya.
Tapi, betul kan, penantian tu last last kita akan tau cemana keadaannya sebab masanya akan tiba juga kalau dah memang dijanjikan untuk kita.
Rahsia Tuhan ada banyak, tapi pepandai lah kita selongkar.
Ada rahsia Dia kena diselongkar, selebihnya kita percaya kerana adanya iman.
Tepuk dada tanya iman.
Bukan tanya selera.
Kalau tanya selera, hmmmpphhhhh...

Anyway, ni bukan cover Ikhlas.
Ni just teaser lebih kurang.
Ada a few lagi teaser yang Wani dan juga aku upload di instagram.
Cover belum dibincangkan nak mana satu.
Maybe ambil dari salah satu page buku tu.
Tak sure lagi.

Nanti try la dengar lagu Blackrose.
Penantian.