Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, September 10, 2016

I love nachos, I'm not gonna lie

Aku sebenarnya sedang berada di Reggae Fest di Tanjung Tualang.
Entah band reggae mana yang sedang perform.
Oh, dari Australia.

I just had a small bowl of nachos.
Aku suka nachos.
Seperti mana aku menyukai sushi.
Seperti mana aku menyukai pizza.
Seperti mana aku menyukai any chocolate-based drink.
Seperti mana aku menyukai Mohd Adzlan.

Kita suka banyak benda dalam hidup kita.
Atau mungkin juga tak banyak, tapi ada beberapa benda yang kita suka dalam hidup kita.
Kadang kadang kita taktau sampai tahap mana kita suka kan benda tu.
Adakah level kesukaan terhadap benda benda berbeza tu sama?
Atau tak sama?

Truth is, aku tak sure kalau aku suka kan reggae.
Tapi aku pernah menyukai Gerhana Ska Cinta.
I think I still love them.
Apa tetiba Gerhana Ska Cinta?
Aku tak pandai tengok show sebenarnya.
Aku lebih kepada tengok orang sekeliling.
Kita semua ada perangai suka perhatikan orang.
Mesti ada.
Kalau tak banyak pun, sekelumit mungkin ada.
Aku tak sure aku suka tak pergi show.
Sebab setiap kali aku perhatikan orang sekeliling yang datang show tu, ada 78 juta persoalan dan teka teki dalam kepala bujur aku ni.
Sebab tu dahi aku luas agaknya.
Aku banyak sangat pikir benda yang tak perlu.
Orang Melayu kata, aku pikir benda yang menyemakkan otak.

Bulan nampak tiga per empat malam ni.
Dan ada beberapa ketul bintang berterabur di atas.
Aku taktau kalau saiz sebenar setiap ketulan bintang tu boleh buat aku atau sesiapa jadi gila.
Satu hari nanti bintang bintang tu akan berlanggaran sesama sendiri dan mungkin menghentam bumi sampai bumi hancur lebur.
Hanya tinggal serpihan macam serdak serdak dalam balang kuih raya.
Atau dengan kuasa Tuhan, serpihan pun langsung tak ada, sebab kuasa Tuhan tetap kuasa Tuhan.
Dan janji Tuhan tetap janji Tuhan.

Aku taktau pikiran aku kat sini ke tak.
Kalau pikiran aku di Reggae Fest ni, why am I writing blog?
Atau pun aku dan pikiran aku memang berada di sini, tapi ada sebahagian kecil daripada hati aku yang ghaib ke tempat lain.

Aku dah kahwin.
Dalam dua minggu lepas.
Maybe sebenarnya sebahagian kecil daripada hati aku tu berada di rumah.
Di rumah sewa kami.
Mungkin aku cuma mahu berada di rumah, tengok movie di tivi dengannya.
Mungkin aku cuma mahu berada di rumah, masak sardin dan goreng telur dadar di dapur sederhana kami itu, makan bersama.
Aku sekali lagi tak sure aku enjoy atau tak datang Reggae Fest ni.

Satu benda yang aku pasti, sejak kecil lagi aku seorang yang roomly type.
Atau homely type.
Walau jauh mana pun aku pergi, aku sebenarnya hanya suka bersendiri.
Benda tu terbawa bawa bila dah kahwin.
Aku hanya ingin berada di rumah dengan dia seperti malam malam normal setelah dia pulang dari kerja.
Tapi itu berbunyi tidak adil kerana seolah olah aku nak mengheret dia sekali menjadi penyendiri bersama aku.

Aku suka nachos.
Tapi aku tak suka bila ada potongan kobis dalam nachos aku tu.
Aku pun tak paham kenapa nachos yang aku baru beli tadi ni ada potongan kobis di dalamnya.
Nachos tu sedap, tapi ada kobis.
I dont get it.
Atau aku yang terlalu membabi buta suka kan nachos sampaikan ada sepotong dua anasir kobis itu terus aku rasa tak boleh terima?

Aku suka nachos, aku tak tipu.
Nachos sedap.
Tapi aku kena terima, sesekali akan ada nachos yang disediakan dalam bentuk berbeza, yang mungkin aku tak berapa nak boleh faham.
Tapi aku makan juga.
Sebab sebenarnya sebahagian besar nachos tu yang aku suka, bukan sebahagian kecil sepotong dua anasir kobis yang dirasakan mengganggu itu.
Penerimaan.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.