Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, July 12, 2016

Koleksi Sportswear Asics Malaysia

Kalau difikir-fikirkan, Kinachiro Onitsuka sebenarnya merupakan seorang genius berjiwa besar. Hanya ketika beliau sedang menikmati salad timun dan sotong, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan kasut untuk pemain bola keranjang. Menyedari sekiranya beliau dapat meniru bentuk lekukan seperti pada tiub penyedut yang terdapat pada tubuh badan sotong, beliau cuba menghasilkan kasut bola keranjang yang mampu memijak sekali gus “mencengkam” lantai gelanggang bola keranjang dengan teguh. Susulan itu, Asics ditubuhkan pada tahun 1949 dan telah menjadi salah satu jenama sukan antarabangsa yang cukup popular dalam kalangan penggemar sukan dari seluruh dunia. Diasaskan di Jepun, nama Asics mungkin tidak segah jenama-jenama besar seperti Nike dan Adidas, tetapi Asics jelas mempunyai penggemar setia yang tersendiri sejak 67 tahun lalu, malah masih kekal di pasaran dunia sebaris dengan jenama sukan yang lain.


Asics juga seperti jenama-jenama sukan yang lain, yang begitu komited dalam menghasilkan koleksi pakaian sukan lelaki dan wanita. Asics amat menitikberatkan soal kualiti dan juga sentiasa memastikan agar rekaan koleksi menepati citarasa para pembeli dari seluruh pelosok dunia. Seiring dengan akronim nama Asics yang bermaksud “healthy soul in a healthy body” ("jiwa sihat di dalam badan yang sihat”), Asics percaya bahawa pakaian sukan yang dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi akan membuatkan anda berasa selesa sepanjang proses latihan sukan dan secara tidak langsung akan melancarkan proses latihan anda. Keselesaan pemakai menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh Asics agar membolehkan anda melakukan aktiviti sukan dengan baik tanpa perlu risau akan kemungkinan-kemungkinan yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan pemakai.


Asics menyediakan koleksi barangan sukan seperti kasut sukan, baju sukan (baju-t, baju polo, singlet dan sweater) serta berbagai-bagai pilihan seluar sukan seperti seluar yoga, tracksuits dan seluar pendek. Malah Asics juga memiliki koleksi pakaian renang tersendiri bagi peminat sukan renang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, koleksi kasut larian Asics kerap diletakkan di kedudukan antara yang terbaik di pasaran dunia. Sekiranya anda ialah seorang penggemar sukan larian, Asics mungkin jawapan terbaik yang anda cari untuk koleksi kasut yang selesa malah dilengkapi kusyen berkualiti tinggi.

Jika diperhatikan, aliran fesyen sekarang berkembang selari dengan pergerakan sukan dunia. Koleksi barangan sukan Asics juga boleh digayakan secara kasual memandangkan keselesaan produknya yang optimum. Anda mungkin boleh memilih mana-mana koleksi  kasut Asics yang sesuai dikenakan bersama tshirt dan jeans bagi mewujudkan gaya sederhana dan selesa, tetapi masih menarik.  Mudah kan?


Rangkaian koleksi Asics ini datang dalam pakej tawaran harga yang sangat berpatutan kalau dibandingkan dengan harga koleksi pakaian sukan jenama-jenama antarabangsa yang lain, malah diiringi dengan kualiti yang dicari-cari peminat sukan.

Penggemar Asics Malaysia  kini bukan sahaja boleh memiliki koleksi pakaian sukan Asics di butik Asics yang berhampiran, malah boleh membuat pembelian secara online di ZALORA. Anda boleh mula mengintai-intai peluang untuk memiliki koleksi barangan Asics di ZALORA kerana semuanya hanya di hujung jari sahaja. Dapatkan segera koleksi Asics di ZALORA!



No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.