Kalau
difikir-fikirkan, Kinachiro Onitsuka sebenarnya merupakan seorang genius
berjiwa besar. Hanya ketika beliau sedang menikmati salad timun dan sotong,
beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan kasut untuk pemain bola keranjang.
Menyedari sekiranya beliau dapat meniru bentuk lekukan seperti pada tiub
penyedut yang terdapat pada tubuh badan sotong, beliau cuba menghasilkan kasut
bola keranjang yang mampu memijak sekali gus “mencengkam” lantai gelanggang
bola keranjang dengan teguh. Susulan itu, Asics ditubuhkan pada tahun 1949 dan
telah menjadi salah satu jenama sukan antarabangsa yang cukup popular dalam
kalangan penggemar sukan dari seluruh dunia. Diasaskan di Jepun, nama Asics
mungkin tidak segah jenama-jenama besar seperti Nike dan Adidas, tetapi Asics
jelas mempunyai penggemar setia yang tersendiri sejak 67 tahun lalu, malah
masih kekal di pasaran dunia sebaris dengan jenama sukan yang lain.
Asics
juga seperti jenama-jenama sukan yang lain, yang begitu komited dalam
menghasilkan koleksi pakaian sukan lelaki dan wanita. Asics amat
menitikberatkan soal kualiti dan juga sentiasa memastikan agar rekaan koleksi
menepati citarasa para pembeli dari seluruh pelosok dunia. Seiring dengan
akronim nama Asics yang bermaksud “healthy soul in a healthy body” ("jiwa sihat
di dalam badan yang sihat”), Asics percaya bahawa pakaian sukan yang dihasilkan
daripada fabrik berkualiti tinggi akan membuatkan anda berasa selesa sepanjang
proses latihan sukan dan secara tidak langsung akan melancarkan proses latihan
anda. Keselesaan pemakai menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh Asics
agar membolehkan anda melakukan aktiviti sukan dengan baik tanpa perlu risau akan
kemungkinan-kemungkinan yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan pemakai.
Asics
menyediakan koleksi barangan sukan seperti kasut sukan, baju sukan (baju-t,
baju polo, singlet dan sweater) serta berbagai-bagai pilihan seluar sukan
seperti seluar yoga, tracksuits dan seluar pendek. Malah Asics juga memiliki
koleksi pakaian renang tersendiri bagi peminat sukan renang. Dalam beberapa
tahun kebelakangan ini, koleksi kasut larian Asics kerap diletakkan di
kedudukan antara yang terbaik di pasaran dunia. Sekiranya anda ialah seorang
penggemar sukan larian, Asics mungkin jawapan terbaik yang anda cari untuk
koleksi kasut yang selesa malah dilengkapi kusyen berkualiti tinggi.
Jika
diperhatikan, aliran fesyen sekarang berkembang selari dengan pergerakan sukan
dunia. Koleksi barangan sukan Asics juga boleh digayakan secara kasual
memandangkan keselesaan produknya yang optimum. Anda mungkin boleh memilih
mana-mana koleksi kasut Asics yang
sesuai dikenakan bersama tshirt dan jeans bagi mewujudkan gaya sederhana dan
selesa, tetapi masih menarik. Mudah kan?
Rangkaian
koleksi Asics ini datang dalam pakej tawaran harga yang sangat berpatutan kalau
dibandingkan dengan harga koleksi pakaian sukan jenama-jenama antarabangsa yang
lain, malah diiringi dengan kualiti yang dicari-cari peminat sukan.
Penggemar
Asics Malaysia kini bukan sahaja boleh
memiliki koleksi pakaian sukan Asics di butik Asics yang berhampiran, malah
boleh membuat pembelian secara online di ZALORA. Anda boleh mula
mengintai-intai peluang untuk memiliki koleksi barangan Asics di ZALORA kerana
semuanya hanya di hujung jari sahaja. Dapatkan segera koleksi Asics di ZALORA!