Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, May 30, 2016

Mengarang, tapi tak save

Berbulan bulan tak menulis.
Jujurnya aku rasa kosong selama tak menulis tu.
Tapi handphone ada masalah sejak April.
Laptop pun ada masalah.
Kebanyakannya aku simpan dulu dalam hati.
Tapi lepas tu lupa.

Aku demam.
Akibat duduk dalam aircond dari jam 7 lebih pagi sampai 6 petang pada hari semalam.
Sebab tu aku cakap aku fuck aircond.
Naik bus ekspress beberapa jam pun boleh demam 3-4 hari, ni kan pula 10 jam.

Tadi pergi klinik, Buull suruh bagitau doktor yang aku ada masalah tidur dah dua bulan.
Aku susah tidur malam, akan bangun awal secara normal, dan takda rasa nak tidur sangat pada siang hari.
Walau penat macam mana sekali pun, aku akan susah tidur juga.
Jadi tadi aku bagitau doktor.
Doktor tanya, "Apa yang you pikir?"
Aku lebih kepada tak jawab.
He is a physician doctor, not a psychiatrist.
He wont understand.
Aku tetap rasa pembawakan dan layanan doktor biasa dan doktor psikiatrik jauh berbeza.

Dalam sebulan dua ni, aku struggle dan meminta macam macam daripada Tuhan.
Tuhan sentiasa jawab dengan pelbagai cara.
Seketika aku rasa tenang walaupun bak kata Lefthnded "...di laut ribut melanda..."
Tapi tidak lama kemudian, datang ujian lain pula.
Aku rasa aku patut runsing, tapi bila pikir balik, aku dah penat runsing.
Jadi aku lalui kehidupan secara normal dan buat buat macam tak fikir.
Tapi sebenarnya pikir juga.
Biarlah.
Aku serahkan pada Tuhan saja.

Semalam ada event di Khizanat.
Aku dan Buull datang lambat dan sekadar singgah.
Sekadar tunjuk muka.
Dalam keriuhan siapa entah baca sajak masa tu, kawan yang jarang aku jumpa, bertanya :
"Do you still making art?"
Seketika aku diam.
Dah banyak bulan aku tak buat.
Sebenarnya fasa tak nak melukis tu dah datang berbulan bulan.
Cuma aku ada menulis diam diam.
Sekadar mengarang dalam hati.
Dan kononnya save dalam otak.
Tapi kemudiannya hilang.

Teringat aku terdengar ke terbaca entah.
Satu ceramah.
"Walaupun rumah nak kena lelong, jangan murung."

Konsepnya, rumah pun aku takda.
Rumah aku ialah hati aku sendiri.
Takkan terlelong, melainkan Tuhan hantar malaikat maut untuk ambil aku.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.