Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, May 31, 2016

Ada hari hari runsing yang kita isikan dengan menonton wayang

Aku baru lepas muntah.
Aku tak suka muntah.
Permulaan rasa nak muntah je dah buat aku rasa tak selesa.
Bila aku dah rasa macam nak muntah, maksudnya memang aku akan muntah.
Dua biji antibiotik wasted begitu saja.
Begitu juga kueyteow kungfu yang aku makan tadi.

Tekak masih rasa berketul.
Aku sebenarnya taktau demam ni dah baik ke belum.
Mata aku ada kalanya terasa panas.
Ada kalanya kelabu.
Tapi ya, mungkin juga faktor rabun yang aku abaikan selama ini.
Kali terakhir buat cermin mata, power nya ialah 250.
Itu tahun 2011.
Sekarang dah 2016.
Kadang kadang aku ni funny juga.

Kenapa pula perut rasa tak sedap ni?
Please la, nak kena muntah lagi ke?
Toilet dah la jauh.

Tadi Buull cakap life dia di Sri Iskandar sangat dull, mundane dan membosankan.
Aku cuma cakap, takpa, dah tak lama.
Tak lama lagi aku akan teman dia sampai bila bila.
The truth is, walaupun aku duduk di tengah bandar, dengan kemudahan Uber yang aku boleh klik klik saja di handphone, dengan macam macam food, aku masih rasa sunyi.
Aku boleh spend masa di pelbagai shopping complex di Ipoh ni selama mana yang aku nak.
Aku boleh pergi minum soya fresh dan makan taufufa sedap di Funny Mountain.
Aku boleh pergi breakfast seorang diri di New Hollywood, boleh makan tengah hari di Vegas.
Aku boleh buat macam macam seorang diri ke sana ke sini, enjoy every moment of it.
Tapi aku tetap rasa sunyi sebab dia takda.
Susah aku nak explain pada dia, but I'm willing to undergo this kind of loneliness sebab aku tau semua ni berbaloi.

Sebenarnya aku tengah runsing.
Apa lah satu lagi ujian nak datang waktu macam ni, sampai aku rasa loya betul dengan diri sendiri.
Biarlah.
Kalau tak boleh control, nanti aku pergi tengok X-Men buat kali ketiga di wayang.

Orang selalu tanya, kalau boleh undur balik masa, part mana yang aku nak betulkan?
Aku taktau.
Banyak bahagian tertentu yang aku nak betulkan.
Tapi aku juga taknak bahagian tertentu yang lain jadi rompong dan aneh hanya kerana aku delete atau betulkan beberapa perkara.
Tapi aku tak boleh nafikan ada benda yang aku nak betulkan.

Perut rasa tak sedap.
Aku dah tak kuasa nak muntah.
Aku harap aku boleh tidur lena.
Dan mimpikan benda benda yang less stressful.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.