Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, March 22, 2016

Ada seorang orang gila duduk lepak di meja sebelah, seolah olah memerhatikan perbualan kami

Lepas celebrate birthday Meor, semua orang bergerak pulang.
Macam biasa, tinggal aku dan Meor saja yang akan bersembang mengupas pelbagai isu semasa atau tidak semasa.
Sedikit sebanyak tentang album baru Muck.
Tentang LP Muck yang sedang dalam proses di Australia.
Tentang zaman kanak kanak.
Tentang orang orang gila yang selalu berkeliaran di Naina.

Tadi Meor bercerita tentang sesuatu yang aku tak pasti dia pernah ceritakan hal itu kepada sesiapa atau tak.
Rasa macam tak.
Entah.
Perbualan itu separa serius.
Dan aku tau dia ada kerisauan tentang hal yang dah berlalu itu.
Dan juga kerisauan tentang hal hal tertentu yang dirunsingkan buat masa ini.

Hari ini pertama kali aku bagitau Meor kenapa aku suka menulis seawal tahap satu sekolah rendah.
Aku ceritakan secara ringkas kenapa aku jadi begitu.
Perbualan itu menjadi separa serius dan aku nampak dari muka dia, dia sedang cuba memahami aku walaupun kami pura pura bertenang dan pura pura seperti hal tersebut tidak deep dan tidak memerlukan penerangan detail.
Penerangan aku seringkas tiga baris ayat sahaja.

Hari ini aku rasa teruk.
Teruk yang sampai aku rasa nak guna perkataan "palat".
Aku tak suka perkataan tu.
Tapi aku rasa itulah yang aku rasa.
Aku paling tak suka bila aku tau aku tak patut luahkan sesuatu, tapi aku pergi luahkan juga, dan benda tu akhirnya buat orang nampak aku teruk.
Aku dah tau kesudahan dia, tapi aku nak juga cuba bersuara.
Aku nak juga meluahkan apa aku rasa.
Hari ini merupakan kali kedua dalam hidup yang aku rasa teruk macam ni.
Akulah bodoh.
Patut aku pendam je.
Aku dah tau natijahnya, tapi aku nak cuba juga bersuara.
Seperti yang dijangka, mestilah aku yang salah salah salah salah salah salah salah salah salah salah salah.
Diorang tak pernah salah.

Aku harap semua orang boleh maafkan aku, walaupun aku tau aku takkan boleh dapat maafkan diri aku sendiri sampai bila bila.
Memang past is past.
Tapi yang past itulah yang menyebabkan apa adanya aku sekarang.
Yang menjadikan aku sentiasa negatif terhadap diri sendiri.
Yang menjadikan aku terasa seperti lembu lembu tercucuk hidung yang terbuang hidup dan jati diri.

Benda tu macam ditanam dalam kepala dan juga darah.
Macam satu konsep dalam prinsip diri.
Iaitu kalau sekali kau fan Arsenal, mana mungkin menjadi fan Liverpool.

Tetiba tersembang bola.
Entah apa apa.