Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, January 16, 2016

Perasaan berbini cukup

Aku dah basuh baju di dobi self service di Fair Park.
Buull bawakan.
Sebakul pakaian selesai dicuci siap kering membawa maksud yang cukup bagi aku.
Seperti perasaan berbini cukup.

Dalam kereta tadi Buull cakap,
"Tolonglah menulis, sayang. Awak ada bakat. Tulis la. Kalau tak sebab awak sendiri, tolonglah tulis sebab saya."

Hujan masih renyai-renyai.

Tuesday, January 12, 2016

Malam ini malam blur

Malam ini malam blur aku.
Aku nak melukis, tak menjadi.
Nak menulis, otak tersekat.
Nak membaca, macam takda perasaan langsung bila tengok muka surat buku tu.

Jadi aku nak buat keputusan aku nak bercerita tentang baju baju kesayangan aku yang kebanyakannya sudah tentulah aku beli di kedai/pasar bundle.
Sebab, bagi aku setiap baju ada ceritanya.

Malam ni aku start dengan baju ni.
Sweatshirt ni aku beli di sebuah kedai bundle di Bukit Sentosa, Rawang.
Masa tu aku hidup menumpang di rumah cousin aku.
Kehidupan ketika itu sebenarnya agak miserable.
Heart-broken.
Aku bawa diri ke sana.
Bekerja sebagai tutor di dua tempat tuisyen yang berbeza.
Dengan kadar gaji yang amat berbeza.

Baju ni sehelai cuma RM 5.
Tapi aku ambil masa terlalu lama untuk beli.
Setiap minggu aku datang ke kedai itu, tapi aku tak beli pun.
Aku belek belek.
Juga belek baju baju lain.
Sweatshirt tu tetap di situ.
Tersangkut di railing, bersama golongan sweatshirt yang lain.

Aku ada masalah buat keputusan sebenarnya.
Aku tau aku nakkan benda tu.
Dan jauh dalam hati, aku tau sweatshirt akan jadi milik aku juga.
Aku tau aku akan beli juga sweatshirt tu.
Aku tau.
Tapi aku ambil masa berminggu minggu untuk kumpul kekuatan dan beli.
Sedangkan setiap minggu aku datang ke kedai tu.
Bahkan dalam seminggu tu ada kalanya dua tiga kali aku masuk kedai tu membelek.
Tapi macam tu lah cerita dia.
Aku ambil masa.

Akhirnya aku beli juga.
Aku suka warna dia.
Aku suka size dia.
Aku tau sweatshirt tu tak ketat.
Dan tak terlalu besar.
Aku suka baju besar.

Sweatshirt ni la aku pakai pergi mengajar.
Kedua dua tempat tuisyen yang aku kerja, pasang air-cond.
Aku tak tahan sejuk.
Sebab tu dari dulu aku pengumpul sweater.
Aku suka sweatshirt ni.
Kalau ikutkan, aku rasa RM 5 tu agak mahal.
Sebab aku dah biasa di Kuantan beli sweatshirt dengan harga seperti RM 10 untuk empat atau lima helai.
Malah aku pernah beli sweatshirt berharga RM 1 yang masih elok keadaannya.

Setelah dua tiga bulan menumpang di rumah cousin aku, aku kemudiannya berpindah ke sebuah rumah flat tiga bilik.
Aku menyewa seorang diri.

Sweatshirt ni juga aku pakai pada malam menjelang 1 November 2013.
Buull datang ke Rawang dari Ipoh.
Demi menyambut hari ulang tahun kelahiran aku.
Dia bawa aku drive sampai ke KL.
Makan chicken chop yang sedap.
Masa tu aku dah potong rambut kembali pendek setelah berjaya menyimpan separas bahu.
Itulah kali pertama aku menyambut birthday sebagai seorang girlfriend orang.
Buull ambil cuti sebab nak datang merayakan malam tu dengan aku.
Ya, masa tu umur dah 28 baru merasa ada boyfriend pada 1 November.
Betullah, sebenarnya benda baik memang datang lambat.

Dan beberapa bulan lalu, mak dia sarungkan cincin ke jari aku.