Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, December 30, 2015

Ada satu lagu Iklim, "Berdosakah diriku terpaksa melepaskan..."

Kita semua diberitahu bahawa kita takkan dapat apa yang kita nak, tapi kita akan dapat apa yang kita perlu sahaja.

Seperti yang tertera dalam gambar, aku dapat offer sambung master.
Course yang aku suka.
Course yang aku nak.
Tapi aku tak dapat pergi.
Sebab aku takda duit nak bayar yuran.

Aku berdoa pada Tuhan, jauhkanlah aku daripada teringat ingat hal ni.
Aku harap aku boleh lupa terus.
Lupa terus.
Lupa terus.
Lupa terus.
Aku taknak ingat.
Aku taknak ingat yang kita boleh dapat apa yang kita nak, tapi kita tak boleh genggam benda tu betul betul.

Aku minta lagi berkali kali dengan Tuhan, aku nak kuat macam dulu.
Tuhan nak ambil benda lain, ambillah.
Tapi bagilah aku jadi kuat.

Wednesday, December 9, 2015