Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, November 30, 2015

I hate Sundays more than normal people hate Mondays

Aku rasa aku tak sesuai tengok tv.
Aku rasa semua dalam tv macam relatable.
Mungkin tak semua.
Beberapa.

Tau tak, kekadang kita akan jumpa orang yang cara bercakapnya macam liberal.
Tapi sebenarnya dia cuma orang kampung yang tertutup pemikirannya, yang tak boleh pun terima perbezaan atau benda baru, walaupun benda tu datang dalam bentuk positif malah tidak menyalahi etika agama.
Dia pandang semua benda macam negatif, terutamanya tentang orang lain.
Orang macam ni aku taktau nak buat apa sebenarnya.
Selalunya aku akan diam dan observe benda benda yang dia cakap.
Dan berdoa lain kali jangan terserempak atau terlepak dah dengan orang macam ni, walaupun dia circle kawan kawan.

Semalam ada satu insiden di whatsapp.
Yang membuatkan aku berkerut dahi.
Kenapa hubungan tu tak boleh nak elok/normal?
Kenapa bila kita cuba buat dengan baik pun kita masih dapat respon yang negatif?
Sampai berapa keturunan akan jadi macam tu?

Semalam juga aku apply untuk sambung master.
Aku bengang dengan beberapa perkara, jadi aku apply.
Tapi learning centre bukan di Ipoh.
KL.
KL freaks me out.
Nak pergi jenjalan boleh la, but not kena menetap.
I dont know.
Sejak balik sini aku banyak ignore konflik dalam kepala.
Aku buat buat tak fikir.
Sesekali benda tu semua datang, aku cakap pada diri aku, takyah fikir lah.
Benda tu agak mengejutkan aku, sebab aku jarang menolak untuk berfikir.

Esok dah Isnin.
Jumaat masih terlalu jauh.
Tapi lepas Jumaat ada Sabtu.
Dan kemudiannya Ahad.
Aku tak suka Ahad.
Tuhan saja tau.

1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.