Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, November 30, 2015

I hate Sundays more than normal people hate Mondays

Aku rasa aku tak sesuai tengok tv.
Aku rasa semua dalam tv macam relatable.
Mungkin tak semua.
Beberapa.

Tau tak, kekadang kita akan jumpa orang yang cara bercakapnya macam liberal.
Tapi sebenarnya dia cuma orang kampung yang tertutup pemikirannya, yang tak boleh pun terima perbezaan atau benda baru, walaupun benda tu datang dalam bentuk positif malah tidak menyalahi etika agama.
Dia pandang semua benda macam negatif, terutamanya tentang orang lain.
Orang macam ni aku taktau nak buat apa sebenarnya.
Selalunya aku akan diam dan observe benda benda yang dia cakap.
Dan berdoa lain kali jangan terserempak atau terlepak dah dengan orang macam ni, walaupun dia circle kawan kawan.

Semalam ada satu insiden di whatsapp.
Yang membuatkan aku berkerut dahi.
Kenapa hubungan tu tak boleh nak elok/normal?
Kenapa bila kita cuba buat dengan baik pun kita masih dapat respon yang negatif?
Sampai berapa keturunan akan jadi macam tu?

Semalam juga aku apply untuk sambung master.
Aku bengang dengan beberapa perkara, jadi aku apply.
Tapi learning centre bukan di Ipoh.
KL.
KL freaks me out.
Nak pergi jenjalan boleh la, but not kena menetap.
I dont know.
Sejak balik sini aku banyak ignore konflik dalam kepala.
Aku buat buat tak fikir.
Sesekali benda tu semua datang, aku cakap pada diri aku, takyah fikir lah.
Benda tu agak mengejutkan aku, sebab aku jarang menolak untuk berfikir.

Esok dah Isnin.
Jumaat masih terlalu jauh.
Tapi lepas Jumaat ada Sabtu.
Dan kemudiannya Ahad.
Aku tak suka Ahad.
Tuhan saja tau.

Friday, November 20, 2015

Homeless people, haiwan jalanan, orang gila, bapuk, orang mabuk dan hujan.

Aku taip ni sambil tengok konsert Coldplay di Sydney, I mean tengok di laptop, of course.
Hujan lebat kat luar.
Aku baru selesaikan setengah cawan latte 3 in 1.
Do I sound like a wannabe writer?

Beberapa hari lalu Buull tanya apa aku sedang makan di Naina.
Aku jawab, bihun goreng.
Seperti yang aku jangka, dia dah perhatikan kegiatan aku sejak aku balik sini.
Aku asyik makan bihun goreng.
Dan dia tau aku tak suka bihun goreng.
Lalu malam itu dia bertanya, "Sayang, sejak bila awak suka makan bihun goreng?"
Aku jawab dengan tenang, aku tak suka pun sebenarnya.
Tapi aku makan sebab aku nak belajar apa dia suka.
And so that I wont feel lonely.
Seperti yang aku jangka juga, dia akan tanya lebih dalam.
Dan aku explain.
Dia kata sweet gila kalau macam tu.
Its like aku berkorban untuk dia.
Its actually not berkorban pun, aku cakap.
Benda kecil.
Its just things I do for myself and I keep the feelings to myself.
Sama macam Coldplay.
Aku tak minat pun Coldplay.
Tapi video ni semua ada dalam externel HD Buull.
Bersama puluhan movies.
Dia fan Coldplay.
Dia ada semua album Coldplay.
Dan dia ada vinyl Coldplay, with the player of course.
So, aku tengok je la.
But I dont think I can apply that to asam pedas.
Not gonna work.
Tried so hard before.

Last night aku tak boleh tidur.
Aku balik dari Naina around 2.30.
Tapi aku rasa aku tidur around 7.
Aku tak rasa puncanya datang dari Coke dan chewing gum Murakawa tu.
So I killed the time dengan terkebil kebil dalam gelap, melukis, menulis dan dengar lagu.
Dan juga google random things.
Semalam Meor tanya kenapa aku macam kurus.
Aku rasa aku tak jumpa dia baru beberapa hari.
Bob pun tanya kenapa.
Then tadi masa mandi, aku cuba kira dah berapa lama aku tak makan nasi.
Last makan, hari Ahad.
Nasi ayam hainan.
Sebelum sebelum tu mana makan nasi pun.
Ada la dua minggu lepas ke minggu bila entah makan nasi ayam Fuziah masa dengan Buull.
Selebihnya aku makan bihun.
Atau Subway.
Atau roti canai.

Bila orang cakap aku makin kurus, it concerns me.
Sejak balik Ipoh, Buull cakap aku makin kurus.
Kak ET Dapur Jalanan pun cakap.
Kak Nora tailor yang selalu aku hantar jahit tepi totebag tu pun cakap benda yang sama masa aku pergi Super Kinta hari tu.
Ayah Buull pun cakap aku makin kurus.
Sebenarnya aku berharap orang cakap aku makin berisi.
Jadi aku anggap je semua orang mengalami delusi.
But then, lepas mandi tadi aku tengok mata aku macam cengkung dalam cermin.
Aku cuba bertenang dan menganggap aku juga mengalami delusi sekali sekala.

Dua hari lepas, aku pergi fotostat sijil sijil dan print resume.
Kemudian aku berjalan ke Ipoh Parade.
Masa makan, aku susun balik sijil dalam clear folder.
Masa tu aku sedar sijil degree aku takda.
Aku tau, mesti uncle tu tertinggal dalam mesin fotostat tu.
Seketika aku agak panik.
Sijil tu je bukti aku dah graduate enam tahun lepas.
Walaupun aku tak suka hasil graduate aku tu, tapi tetap panik juga.
Sebab itu saja yang aku ada.
Tapi untuk seketika yang seterusnya, aku percaya uncle tu akan simpankan sijil tu.
Dia dan wife dia nampak macam baik dan alim alim.
Uncle tu chinese muallaf.
Tapi benda tu buat aku sedar satu perkara.
Walaupun aku tak suka sijil tu, sebab aku graduate dengan kelayakan yang aku tak mahukan, tapi itu je yang aku ada.

Tadi aku google sesuatu.
Tapi tak dapat jawapan tepat.
Aku patut tau yang google tak ada semua jawapan.
Benda tu buat aku teringat, setiap kali aku berdoa pada Tuhan, setelah meminta beberapa perkara normal (sebab lazimnya aku memang manusia yang suka meminta minta), in the end aku akan cakap dengan Tuhan, "...kalau tak boleh, takpa la. Bagi je la apa apa yang elok, yang kalau aku tak boleh handle pun, Kau boleh bagi aku kekuatan untuk handle."
At one point, aku terpikir, boleh ke aku cakap macam tu?
Seolah olah aku tak yakin dengan Tuhan bila aku cakap, "...kalau tak boleh, takpa la..."
The thing is, there's no way aku tak yakin dengan Tuhan.
Its just, aku tau, benda yang aku minta tu kalau dia tak tunaikan, bermakna dia mungkin nak bagi benda lain yang lebih elok.

I rarely tell people apa yang aku minta dalam doa.
I mean, apa yang exactly aku minta.
Sebab kekadang masa tengah meminta minta dalam berdoa tu, aku teringatkan muka muka homeless yang aku selalu jumpa, orang gila, kucing dan anjing yang aku pernah bersembang, lelaki India yang selalu mabuk todi berkaki ayam dan bapuk bapuk depan Bodysurf yang dipercayai telah dipotong anunya.
Dan aku suka bila aku tengah berdoa, hujan turun dengan lebatnya.
Benda tu macam, kita tengah makan aiskrim, kemudiannya waitress datang tambah chocolate chip, strawberry dan sedikit marshmallow dalam mangkuk aiskrim kita tu.

Hidup kita ni penuh dengan benda benda tambahan, yang kita tak nampak benda tu akan datang.
But it just fits us and the situation we're dealing with.

Thursday, November 19, 2015

Things I do

I dont really wanna call myself an artist or designer because my art is what I call mediocre.

But lately I'm getting a few task and been assigned to do few stuff for people. So if any of you want to pay me to do some stuff regarding doodles, simple, fun, cute design, or about to ask me for any collaboration thing, or anything that I'm able to do, you can just email me or check my work on instagram, so that you will have a picture of how my art look like. Not because you want to illegally copy or secretly condemn my work, but because you with your pure heart, want to hire me.

So, email me at sayakullestfafa@gmail.com