Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, September 15, 2015

Dia selalu menggunakan frasa, "Orang macam kita ni..."

Dia sampai depan rumah dengan Jazz hitamnya.
Macam biasa, dia dengan gaya elegannya.
Dengan kimono cardigan dan lipstick merah.
Dan aku dengan gaya homeless.
Berjalan dengan dia ibarat penagih dadah berjalan dengan artis.
Aku lah penagih dadahnya.
Tapi bila memikirkan ada artis yang turut menjadi penagih dadah pada masa yang sama, keyakinan dalam diri yang tak pernah wujud selama 30 tahun, tiba tiba ada.
Tapi, bila pikir balik, artis artis yang penagih dadah tu semua kaya kaya.
Self-esteem aku turun balik.

Kereta dia wangi.
Dan apabila berada di dalamnya, aku rasa damai.
Dah lama tak rasa naik kereta dengan perasaan yang damai.
Aku tak pernah tanya, tapi aku yakin dia right-brainer macam aku.
Bukan aku taknak bergaul dengan orang left-brainer, tapi macam tak masuk je.

Masa dalam kereta tu juga aku teringat, aku patutnya lepas berhempas pulas kerja, dapat reward diri aku sendiri dengan kembara ke tempat yang aku nak pergi sangat sangat seperti Melaka.
Tapi tak dapat.
Dalam twitter dan facebook penuh gambar orang berjalan jalan dan bersiar siar.
Tersedih satu detik, tapi lepas tu aku perbabikan saja.
Sebab aku dalam kereta dia.
Kereta yang kena tekan button untuk start enjin kereta.
Perbualan perbualan yang simple sambil memandang pemandangan di luar kereta.
Macam dalam tivi.
Dan kereta dia buat aku rasa damai.

Dia bawa aku makan mi celup di Maznah.
Kemudian pergi kedai buku.
Dan kemudiannya ke 90 Degrees di Jalan Air Putih.
Dengan dia aku memang boleh berbual banyak perkara.
Dan ada kalanya berbual tentang perkara yang aku tak bualkan dengan orang lain.
Kami berbual tentang macam macam benda.
Tentang dress.
Makanan.
Uniqlo.
Makanan.
Dan makanan lagi.
Macam macam.
Tapi tak ada menyentuh hal perasaan masing masing.
Aku tau apa dia rasa.
Dan dia tau apa aku rasa.
Tapi sikit pun tak sentuh tentang hati perasaan.
Atau soal hidup.

Dua bulan aku tak merasa makan sedap.
Berhempas pulas dengan kerja.
Berbunuhan dengan emosi sendiri.
Tapi bila dapat chocolate iced dan choc ice cream waffle, aku rasa tenang.
Walaupun sekejap.
Benda best jarang ada yang lama lama.

Ahad aku se-simple itu.
Tapi malamnya, aku terkenang itu ini, sebelum tidur.
Termenangis.
Bukan barang yang lepas.
Tapi barang sekarang.
Menengokkan keadaan sekeliling ni, memang tak bagus untuk kesihatan mental aku yang ada sejarah ni.

Aku nak bagitau dia, hajat dia memang sampai.
Aku rasa gembira.
Dan aku harap Tuhan bagi ganjaran kegembiraan berdetik detik lebih kepada dia.