Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, June 16, 2015

Love for Ket (cat)

Aku baru balik dari tengok Jurassic World.
Binatang dalam tu semua buat aku teringat kucing kucing yang pernah ada dalam hidup aku.
Aku boleh relate semua tu.
Masa tu juga aku teringat Ket.
Dia bukan kucing sesiapa.
Cuma dia selalu ada kat tangga bawah.
Selalu mengiau.
Aku tau ada orang lain yang bagi dia makan juga.
Sebab aku selalu nampak nasi yang digaul dengan ikan yang diletak elok atas lantai.
Kadang kadang ada ayam goreng.

Ket suka cari aku di bilik.
Bilik aku tingkat tiga.
Tapi dia sanggup naik tangga cari aku.
Mengiau panggil.
Semalam akak bilik depan tu kata Ket baring depan pintu bilik masa aku terlelap.
Aku mengantuk sangat sampai tak dengar dia panggil.

Aku tak nak komitmen berupa kucing sebenarnya di sini.
Sebab sini bukan rumah betul.
Nanti tenants lain tak suka.
Walaupun aku sangat suka kucing.
Aku dah mula pikir macam mana kalau aku takda seperti balik raya ke?
Aku kena beli tempat makanan yang auto tu.

Ni Ket ada baby.
Aku tolong letak dalam kotak, beralaskan jeans lama.
Dan aku letak luar bilik aku.
Luar bilik aku ada satu sudut yang ada almari lama.
Antara almari tu ada ruang sikit, so thats where I put the kotak yang ada baby Ket tu.
Makanan dan minuman Ket pun aku dah mula letak depan bilik aku, berbeza dengan sebelum ni, semua di tangga luar.

Ket ni ada satu perangai yang annoying.
Dia suka mengiau walaupun dah dibagi makan.
Suka meleset.
Suka ikut mana kita pergi.
Aku sebenarnya elergik kucing.
Dia meleset sikit je kat kaki, mesti akan ada tumbuh bintat bintat, malah di muka pun ada.
Jadi aku akan rasa satu keresahan bila dia asyik nak meleset dan nak masuk bilik aku.
Tapi aku kesian juga.
Sebab aku rasa dia mesti nak aku usap dan bersembang dengan dia.

Balik dari tengok Jurassic World, aku duduk atas lantai bilik.
Ket masuk bilik dan mula meleset.
Masa tu lah aku usap usap badan dan kepala dia.
Dia tak mengiau.
Dia diam.
Daripada duduk, dia mula baring.
Aku mula bersembang dengan dia.
Dia diam, tak berbunyi.
Aku pandang muka dia.
Aku tengok mata dia.
Dia tengok aku.
Entahlah dia faham ke tak apa aku cakap.
Aku harap dia faham.

Aku terpaksa basuh tangan dengan sabun lepas pegang Ket.
Situasi tu buat aku benci.
Sebab kenapa harus aku ada alahan terhadap kucing sedangkan Tuhan jadikan aku dengan penuh rasa cinta pada haiwan?

Atau mungkin konsep dia macam budak budak Palestin.
Berapa banyak peluru atau bom pun yang luruh menjunam di negara mereka, sekolah tetap kena pergi.
Kena pergi sekolah.
Walaupun ada bahagian sekolah dah jadi runtuhan.

1 comment:

  1. kat mcm nuning...

    sentiasa mengiau mcm jam loceng....

    huuu

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.