Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, June 23, 2015

"Aku nak kau faham, Fa, dunia sekarang dah terbalik," that's what she said dalam conversation di whatsapp tengah hari tadi.

Dah seminggu tak hujan.
Tuhan, tolonglah turunkan hujan lebat.
Dah lebih seminggu juga hati berkecamuk.

Aku demam.
Bila demam, aku akan mula rasa keseorangan.
Tak larat nak bangun.
Tak larat nak sediakan makanan sendiri.
Terpaksa berjalan keluar untuk beli tisu sebab tisu dah habis, sapu tangan dah habis.
Hingus tak habis habis.
Bilik berbahang bahang walaupun kipas dah pasang dua.
Badan panas.
Tekak sentiasa dahaga.
Kepala pening.
Hidung tersumbat.
Bangun pukul 4 pagi untuk jirus badan.

Aku rasa keseorangan sebab aku kena pikir banyak benda.
Kena cari penyelesaian sendiri.
Tak semudah tu untuk lelapkan mata bila fikiran berkecamuk.
You know bila masa kecil kecil mak ayah said something like, "Dah. Pergi tidur."
Its not that easy.
And it never was.

For once, I wanted to hate people, but in the end, its just me.
I'll blame myself.
I always will.
Its always me from the start.
Everything was never in the right place when it comes to me.
Semuanya serba tak kena.

Berita gembira sepatutnya disambut dengan satu konsep sahaja.
Iaitu kegembiraan.
Bukannya berita gembira tapi ada sisi sedih yang buat kau rasa dunia ni busuk pada bahagian tertentu.
Seperti bila kau dapat hadiah sebatang pen.
Benda tu patut menggembirakan.
Bukannya menjadi sedih apabila kau dapat tahu pen tu pernah digunakan untuk menikam perut manusia lain sampai cacat.
Tapi mungkin sebab dunia ni memang sebegitu.
Berita gembira akan datang dengan berita buruk dalam satu pakej.

Pressure datang dari pelbagai arah, tapi aku buat buat tak nak pikir.
Buat buat macam everything's gonna be good.
Dah banyak malam aku tidur awal dan aku berjaya buat buat macam tak pikir apa.
But then beberapa malam lalu semuanya membengkak.
Aku jadi susah nak tidur balik.
Ditambah dengan cuaca.
Bedsheet pun rasa macam papan yang terhidang tepi pantai.
Panas garing.

Kau tau, sampai satu masa kau tak rasa nak bagitau orang apa kau rasa.
Walaupun pada dasarnya kau memang jenis memendam, but there are times when we need people to talk to.
Aku tak rasa aku boleh bercerita.
Aku ada cuba.
Ada la juga.
Tapi selalu tak kena masa.
Jadi tak sampai.
Mukadimah pun tak sampai.
Aku rasa conversation sebelum tidur ni dah tak relevan.
Malam semua orang dah penat.
Seharian menghadap dunia.
Jadi, aku rasa bila penat, manusia tak boleh nak fokus sangat.
Perbualan harus cepat tamat sebab semua orang penat dan mengantuk.
Dan nak tidur.

I cant sleep.
But no one is replying.

Tuesday, June 16, 2015

Love for Ket (cat)

Aku baru balik dari tengok Jurassic World.
Binatang dalam tu semua buat aku teringat kucing kucing yang pernah ada dalam hidup aku.
Aku boleh relate semua tu.
Masa tu juga aku teringat Ket.
Dia bukan kucing sesiapa.
Cuma dia selalu ada kat tangga bawah.
Selalu mengiau.
Aku tau ada orang lain yang bagi dia makan juga.
Sebab aku selalu nampak nasi yang digaul dengan ikan yang diletak elok atas lantai.
Kadang kadang ada ayam goreng.

Ket suka cari aku di bilik.
Bilik aku tingkat tiga.
Tapi dia sanggup naik tangga cari aku.
Mengiau panggil.
Semalam akak bilik depan tu kata Ket baring depan pintu bilik masa aku terlelap.
Aku mengantuk sangat sampai tak dengar dia panggil.

Aku tak nak komitmen berupa kucing sebenarnya di sini.
Sebab sini bukan rumah betul.
Nanti tenants lain tak suka.
Walaupun aku sangat suka kucing.
Aku dah mula pikir macam mana kalau aku takda seperti balik raya ke?
Aku kena beli tempat makanan yang auto tu.

Ni Ket ada baby.
Aku tolong letak dalam kotak, beralaskan jeans lama.
Dan aku letak luar bilik aku.
Luar bilik aku ada satu sudut yang ada almari lama.
Antara almari tu ada ruang sikit, so thats where I put the kotak yang ada baby Ket tu.
Makanan dan minuman Ket pun aku dah mula letak depan bilik aku, berbeza dengan sebelum ni, semua di tangga luar.

Ket ni ada satu perangai yang annoying.
Dia suka mengiau walaupun dah dibagi makan.
Suka meleset.
Suka ikut mana kita pergi.
Aku sebenarnya elergik kucing.
Dia meleset sikit je kat kaki, mesti akan ada tumbuh bintat bintat, malah di muka pun ada.
Jadi aku akan rasa satu keresahan bila dia asyik nak meleset dan nak masuk bilik aku.
Tapi aku kesian juga.
Sebab aku rasa dia mesti nak aku usap dan bersembang dengan dia.

Balik dari tengok Jurassic World, aku duduk atas lantai bilik.
Ket masuk bilik dan mula meleset.
Masa tu lah aku usap usap badan dan kepala dia.
Dia tak mengiau.
Dia diam.
Daripada duduk, dia mula baring.
Aku mula bersembang dengan dia.
Dia diam, tak berbunyi.
Aku pandang muka dia.
Aku tengok mata dia.
Dia tengok aku.
Entahlah dia faham ke tak apa aku cakap.
Aku harap dia faham.

Aku terpaksa basuh tangan dengan sabun lepas pegang Ket.
Situasi tu buat aku benci.
Sebab kenapa harus aku ada alahan terhadap kucing sedangkan Tuhan jadikan aku dengan penuh rasa cinta pada haiwan?

Atau mungkin konsep dia macam budak budak Palestin.
Berapa banyak peluru atau bom pun yang luruh menjunam di negara mereka, sekolah tetap kena pergi.
Kena pergi sekolah.
Walaupun ada bahagian sekolah dah jadi runtuhan.

Tuesday, June 2, 2015

Hujan rintik rintik hati belang belang

Taktau berapa lama aku duduk depan Gerbang Malam tadi.
Sepanjang jalan di Gerbang tu banyak betul peniaga pasang lagu sedih.
Lagu Awie.
Lagu Spring.
Lagu Alleycats.
Lagu Ziana Zain.
Aku keluar balik sampai depan Bank Muamalat, duduk atas tembok kecil tempat pokok bunga ditanam.
Dari situ nampak kedai jual aiskrim dan milkshake.
Nampak Maybank.
Nampak Ipoh Downtown Hotel.
Tengok kereta lalu lalang.
Tengok lampu isyarat.
Tengok anjing lalu.
Tengok cahaya lampu dari bangunan.
Pikir macam macam.
Teringat macam macam.
Hujan pun rasa macam tak hujan.
Mengantuk tapi ego tak nak balik.
Kaki rasa berat nak berjalan.

Bila sampai bilik, aku tengok keliling isi bilik.
Tengok doodle dan drawing yang makin membiak.
Tengok baju bersih yang baru dihantar dobi semalam.
Wangi.
Tengok parka RM 10 yang aku dapat dari bundle di Tanah Rata beberapa hari lalu.
Tengok cermin.

Malam ni aku rasa sangat sedih.
Tak ada air mata yang keluar.
Tapi sedih.