Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, May 13, 2015

Tengok jenis jenis cinta di kedai mamak

Tadi hujan sekejap saja.
Aku mahukan hujan macam pukul 4 pagi semalam.
Menderu dan menyejukkan.
Buat aku tidur dalam lega.
Sebab tak panas.

Petang tadi punya teringin, aku berjalan menuju mcD dalam pukul 6 lebih.
Dapat la harga dinner.
On the way balik, aku masuk ABC pet.
Usha Siberian Huski yang berharga RM 2048.
Memang dia paling handsome di situ.
Ada Maine Coon yang aku berkenan sekian lama.
Tapi harga dia memang tak lalu.
Sphinx yang sangkar dia di luar tu pun dah tak ada.
Aku suka Sphinx tu.
Dia manja.
Dia mengingatkan aku pada Jimmy.
Sphinx tu mahal.
Dia breed paling mahal kat situ.
Siberian breed yang aku suruh Jojo beli tu pun dah tak ada.
Siberian tu baru RM 1480.
Benda benda breed Siberian ni memang mahal gamaknya.
Sphinx tu 3 lebih tak silap.
Sphinx dari Canada kan?
Itu Lynx.
Ke sama?
Eh, betul la Canada.

Aku kesian tengok diorang terkurung.
Especially anjing Labrador tu.
Dia besar.
Cage tu lebih kurang dia je.
Aku harap ada orang beli diorang ni dan jaga dengan baik.
Tapi ABC pet punya penjagaan bagi aku tip top juga.
Setiap bahagian ada haiwan tu dia letak kipas.
Taklah haiwan tu semua panas.
Walaupun kat belah luar belakang, tetap ada kipas yang berdiri tu.
Aku tengok kedai lain biar je cage kat luar kedai, tak letak kipas pun.
Ada kura kura yang aku berkenan, harga RM 800.
Apa khabar Kono agaknya?
Masih di paya area rumah ke?
Atau dah jauh berenang?
Aku harap dia okay.

Aku sepatutnya balik last week.
Tapi demam teruk.
Mak pun tak bagi balik kalau demam.
Duduk dalam aircond bus nanti lagi teruk.
Aku rindu rumah.
Rindu kucing.
Rindu Tatak.
Rindu nak pergi bundle.

Lately aku banyak melukis balik.
Dalam malas malas, dapat juga identiti baru.
Aku takda duit nak beli canvas, jadi aku guna benda benda yang boleh dilukis atas dia.
Penutup kotak, chopping board kayu, manila card.
Setiap artis ada cerita struggle masing masing, bagi aku.
Kalau masa kecik kecik dulu aku boleh potong kertas untuk menulis dan melukis, kenapa sekarang aku nak berdiva-divaan nak canvas mahal?
Canvas beli kat Daiso pun aku sayang nak guna.
Ni kan pula kalau size yang gigantic.
Tapi teringin.
Takkanlah tak teringin.

Dalam henpon aku ni cuma ada twitter, facebook dan instagram.
Dah tentu instagram tempat paling best untuk hang out.
Twitter dulu best.
Tapi sekarang macam boring je.
Facebook macam mana sekali pun, masih juara scary dan annoying.
Sebab tu aku jarang buka.
Nanti dah buka, semua perasaan ada.
Geli, meluat, scary, tak paham, serabut.

Aku tau blog ni ada stalker.
Ada beza reader dan stalker.
Reader ni tak kisah lah kau stranger ke kawan ke sesapa ke pun, tapi kau baca sekadar nak baca.
Reader ni takda masalah pun.
Tapi stalker ni.
Tak payah lah explain kot.
Hidup aku okay je.
Nak mengendap sempena apa?

Haritu masa event kat Sepaloh, aku tanya Seyn.
Kenapa buku Protopunk macam orang tak beli?
Padahal buku tu bagus.
Buku tu realistik.
Telus.
Dia macam jurnal dalam puisi, puisi dalam jurnal.
Atau kedua duanya.
Banyak benda benda normal yang realistik dalam tu.
Begitu juga benda yang separa normal.
Aku suka buku tu.
Seyn pun cakap benda yang sama.
Tapi kalau orang lain tak suka, nak buat cemana.
Kalau dah orang suka mat mat kereta buatan Jerman kaki fitnah kaki perempuan, apa yang mat mat motor boleh buat walaupun diorang boleh jadi lima kali lebih elok.
Kan?

Harini kucing yang pattern bulu dia spiral tu tak datang Naina.
Dah beranak ke?
Atau sebab aku yang balik awal, tak sempat jumpa?
Yang ada pun cuma kucing hitam coklat.
Dan kucing oren yang aku panggil Gori tu.
Beberapa hari lepas, kucing jantan tompok tompok yang dulu selalu datang kat aku tu muncul balik.
Aku dah lama tak nampak dia.
Dulu dia selalu datang kat aku sebab dia tau aku bawa makanan untuk dia.
Bila dia muncul balik, berderai hati aku.
Kaki terjengket.
Bahagian perut kurus sangat.
Nasib baik kat Naina, kalau tak menangis dah.
Tu pun mata aku dah bertakung air.
Dok telan air liur.
Dan tahan perasaan.
Aku tanya dia, apa jadi?
Kenapa kurus sangat?
Kaki tu kenapa?
Awak sakit ke?
Dia tak jawab.
Dia pandang je aku.
Dengan pandangan yang aku taktau nak explain macam mana.
Bila aku suruh makan, dia pun makan.

Sebab tu aku kata kita boleh nampak cinta di kedai mamak.
Nampak pasangan tua yang dah habis berniaga di gerbang malam, datang Naina untuk makan.
Masih berpimpin lengan ketika melintas jalan.
Naina ada tukang masak Siam, bonus di situ.
Macam macam jenis cinta aku boleh nampak di situ.
Cinta Meor terhadap Dunhill merahnya.
Cinta Jojo terhadap teh o ais.
Jojo tak boleh kalau tak minum teh o ais dalam sehari.
Cinta ayah kepada anak anak.
Dah tengah malam pun bawa anak makan.
Cinta pondan pondan terhadap tubuh badan mereka sendiri.
Cinta yang pelbagai.
Yang realistik.
Yang kita boleh nampak jauh mana betulnya.

Tadi masa nak naik, macam biasa aku lalu depan Bodysurf.
Kemudiannya Waller Court.
Flat tahun 1961.
Flat paling panjang dalam Malaysia.
Ada tugu di situ, dan ada pondok kecik macam mini tokong tempat sembahyang orang Cina.
Bila tengok Waller Court tu, aku selalu rasa ada sesuatu tentang flat tu.

Bila nak hujan lagi?

Kenapa ada sesetengah orang ada penyakit syok sendiri?
As in, bila orang tak suka dia, dia kata orang dengki dengan dia.
Sedangkan dia ada perangai yang buat orang tak suka dengan dia.
Kenapa tinggi sangat self esteem sampai rasa orang dengki dengan diorang?
Kenapa?

Bulan puasa dah tak lama.
Lepas tu raya.
Tau je lah kan macam mana perasaan aku terhadap dua bulan ni.

Waktu ni aku membayangkan mak tengah tidur.
Dengan rambut separa berikat.
Dengan belang belang kelabu yang aku hilang kira di rambutnya.
Dengan cermin mata dan Samsung tab di sisi.
Aku dah lama tak curi curi tengok mak tidur.
Aku harap mak bahagia.

Kita semua anak mak, walaupun mak kita dah takda.

1 comment:

  1. kesian Naina, Naina mungkin nak ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.