Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, May 15, 2015

Penyimpan Derita

Mak,
Kau mungkin tidak tahu
Saban malam aku diam-diam mencuri jengah ke bilikmu
Ketika kau terlena di katilmu
Dengan kaca mata dan telefon bimbit di genggaman longlai
Belang-belang kelabu di rambutmu aku hilang kira

Maafkan aku, mak
Kerana banyak yang aku rahsiakan
Banyak yang aku pendamkan

Setiap kali hati dan hidupku dipijak-pijak manusia yang kononnya berakal dan berhati
Setiap kali hidupku menjadi mainan mereka
Setiap kali aku dilanyak tumit kaki egois mereka
Setiap kali itu aku tutup diri
Agar kau tidak mencium bau sengsaraku

Maafkan aku, mak
Bukan aku suka-suka tidak mahu berkongsi hidup denganmu
Tetapi aku
Aku mahu menjadi penyimpan derita
Aku tidak mahu hati kau turut berkeronyok

Mak,
Ketahuilah
Pada ketika aku karangkan tulisan ini
Entahlah berapa banyak air mata berjejehan

Doakan aku sehabis mungkin, mak
Aku rindu.

(Februari 2013, Bukit Beruntung)

2 comments:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.