Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, May 22, 2015

Apa yang aku pandang tak sama dengan apa yang orang lain pandang

Kelmarin Kujoy kata rambut aku macam Ramones.
Aku taktau Ramones yang mana satu.
Marky ke Dee Dee?
Mungkin Dee Dee.
Rambut Alexa Chung yang macam Marky.
Buull belum tengok rambut Ramones aku.

Aku teringat Casio yang aku nampak di Gerbang Malam hari tu.
Sepuluh ringgit ke lima belas ringgit entah.
Yang original harga tujuh puluh siap dengan warranty, di kedai jam.
Aku pernah beli jam harga RM 8 masa zaman study.
Tahan lama.
Tahan sampai aku bawa berkayak kena air laut di Pangkor.
Setiap orang ada pandangan pasal benda original dan tak original.
Aku taktau aku side yang mana satu.
Sebab kadang kadang yang tak boleh beli barang tak original tu la yang sibuk download lagu artis kegemaran dari internet.
Tak beli CD album.
Tapi iya, apa yang kita pandang selalu tak sama macam apa yang orang lain pandang.
Apa yang kita pandang selalu tak betul.
Apa yang orang pandang selalu betul.
Aku rasa nak letak gambar jari tengah sekarang ni.

Ada seekor lipas di Naina.
Asyik berkeliaran area meja kami duduk sekarang ni.
Aku rasa dia mabuk.
Struktur badan dia tak macam lipas biasa.
Tekstur atas badan dan sayap dia pun lain.
Atau selama ni lipas yang aku nampak tu semua lipas hantu?
Sebab tu tak sama dengan lipas yang kat Naina ni.
Atau dia ni lipas baka dari Amazon.
Aku tak pernah pergi Amazon.
Masa sekolah rendah aku pernah baca novel alih bahasa tentang sekumpulan kawan yang pergi Amazon.
Cerita tu adventurous.
Ada salah seorang watak dalam cerita tu kena sumpit beracun.
Aku bayangkan Amazon ada binatang dan pokok spesis aneh aneh.
Dan misteri.
Tapi aku tak rasa aku nak pergi sana.

Kucing pregnant berbulu spiral ni main leset leset kat kaki aku setelah dia kenyang.
Sekarang aku dah rasa gatal gatal kaki.
Susah bila kau elergik kucing tapi binatang itulah yang buat kau ada perasaan sensasi super seronok bila terserempak di jalanan.
Pita Hati pun buat lagu pasal kucing.
Walaupun aku rasa itu cuma metafora atau personifikasi.

Aku belum bagitau Buull tentang plan aku selepas raya atau at least sebelum hujung tahun.
Aku antara yakin dengan tak.
Tapi aku nak buat.
Kalau tak buat sekarang bila lagi?
Kalau asyik rasa tak layak dan tak sampai tahap lagi, sampai bila pun tak buat.
Dunia ni bukan kita yang punya.
Dunia ni pun bukan orang lain yang punya.
Kalau asyik takut nak buat, macam mana?
Aku ingat lagi Jojo kata, "Nak kawin kena berani."
Benda ni pun macam kawin, kena berani.
Duit ada sikit pun boleh lah.
Berani.
Dan passion.
Biarlah orang nak kata apa.
Dunia ni pun bukan siapa siapa yang punya.
Dunia ni Tuhan yang punya.

Aku rasa dah banyak malam aku mimpi kan orang di rumah.
Entahlah rindu.
Last week mak cakap, aku ni asyik sakit sakit, baliklah duduk dengan dia semula.
Aku cuma kata jangan risau, aku okay.

Kadang kadang aku menyirap dengan telefon ni.
Dia dah mula buat perangai.
Tapi aku tak boleh marah sebenarnya.
Patutnya aku beli iPhone.
Barulah tak rasa masalah nak menyirap dengan perangai handphone.
iPhone laju.
Jojo dulu pakai Sony pun bila pakai iPhone, dia kata iPhone laju.
Tapi sebenarnya aku yang patut menyirap dengan diri aku sendiri.
Sebab tak boleh nak beli iPhone macam tu je.
Macam order roti cheese di Naina.
Kan?




3 comments:

  1. sekarang ko nak kawen or ko nak iphone? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak buat art exhibition keliling Malaysia.

      Delete
    2. jemput aku, bila ko kat KL. aku nak datang support.

      :)

      Delete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.