Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, April 22, 2015

Dalam dhoif berkehendakkan cuma bunga

Sesi bersidang dengan Meor dan Kujoy berakhir pukul 4 pagi sebentar tadi.
Macam biasa, meja penuh dengan kulit kuaci.
Meor dah macam hamster.
Aku rasa timbunan kulit kuaci tu dah ada rupa Squidward.
Jiran Spongebob yang tak friendly.
Dua jam sebelum tu Buull whatsapp supaya jangan berembun.
Sebenarnya seronok juga bila ada orang menjaga perihal kesihatan kita dan dia tau fasa fasa taraf kesihatan kita.
Rasa disayangi.

Pagi tadi Buull datang Ipoh.
Sesuatu yang sedikit lari dari trek kebiasaan.
Dia shift malam.
Maka kami breakfast di Hollywood.
Kemudian ke showroom Toyota dan Honda.
Ke Ipoh Parade pula.
Mengarut mengarut serba sikit di sana.
Sebelum dia tersadai di Khizanat, ajar aku macam mana nak buat inventori dan rekod akaun serta stok.
Dia tidur, manakala aku menonton 2 Broke Girls di laptop.
6.30 kejutkan dia bangun sebab dia kena balik ke Sri Iskandar.
Masa tu dah rasa sayu.
Tapi tahankan saja.

Baju bertimbun belum basuh.
Ada sikit aku basuh memandangkan macam takda tshirt je nak pakai buat pergi kerja esok.
Esok?
Maksud aku kejap lagi.
Petang karang.

Bila dah banyak hari tak menjahit, aku nak siapkan satu totebag pun sengsara.
Motivasi lunyai entah ke mana.
Esok kena beli dried mushroom di kedai nyonya rambut kalerful.
Sos mushroom dah habis.
Kena buat baru.
Kenapa malasnya lah hai nak buat kerja?
Doodle terbengkalai.
Canvas tak berusik.
Brush pen yang baru beli tu pun belum bersentuh.
Motivasi macam lenyap dalam celah celah udara nipis.
Disedut kelemahan kelemahan duniawi agaknya.
Atau disedut kelemahan aku sendiri.
Menggelabah nak berpuitis mende pula dah ni.

Makan kuaci ni tak bagus.
Buat rasa nak batuk.
Gatal tekak.
Tekak rasa berhabuk.
Macam karpet karpet yang tak divakum.

Aktiviti melepak di mamak sehingga jam 4 pagi ni akan kelihatan tak bermanfaat kalau kau sendiri gagal memanfaatkannya.
Aku rasa sembang dengan Meor dan Kujoy ni banyak input.
Dan kami bertukar rasa dan pendapat tentang apa apa yang berlaku depan mata.
Tentang budaya band.
Budaya menulis.
Budaya melukis.
Tentang Muck.
Tentang cover album.
Tentang poyo poyo dalam industri.
Semuanya bersulamkan asap Pine dan Dunhill merah.
Kopi tarik, kuaci dan gelas gelas teh o ais milo ais sirap ais berserta soya.
Yang kadang kadang asap tu tersedut masuk hidung aku.
Cepat cepat aku minum air kosong dari dalam botol air biru.

Meor dan Kujoy pernah bertanya aku tak pernah ambil apa apa ke?
Kalau boleh ambil steroid, aku ambil dah.
Biar jahit totebag sehari 20 helai siap dengan design sekali aku lukis.
Biar takda sehelai pun baju kotor dalam bakul.
Biar boleh buat doodle line detail detail selama berjam jam.

Aku rasa kita semua harus bersetuju dengan satu perkara.
Sebelum kita mengangkat diri kita untuk dipuja puja oleh orang lain, (atau sekadar saja nak rasa rasa kita bagus), kita kena kaji dulu kenapa kita kena dipuja.
Janganlah cuma beralaskan yakin, maka self esteem boleh menembus nembus awan.
Sebab langit ada tujuh lapisan.

5 comments:

  1. Meor dengan Kujoy rasa diorang dipuja tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itu aku taktau. Diorang tu lagu sendiri pun taknak promote.

      Delete
  2. lama tak makan kuaci. hahaha.

    all the best, walaupun ko menceritakan perkara-perkara yang menampakkan ko tak bersemangat.

    tp inner feeling ko sebenarnya ko semangat!

    chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nak membuatnya tu berat betul bahu memikul perasaan hahahaaha.

      Delete
  3. aku pernah kena asap ganja, itu pun dah cukup menginsafkan. -__-

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.