Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, April 22, 2015

Dalam dhoif berkehendakkan cuma bunga

Sesi bersidang dengan Meor dan Kujoy berakhir pukul 4 pagi sebentar tadi.
Macam biasa, meja penuh dengan kulit kuaci.
Meor dah macam hamster.
Aku rasa timbunan kulit kuaci tu dah ada rupa Squidward.
Jiran Spongebob yang tak friendly.
Dua jam sebelum tu Buull whatsapp supaya jangan berembun.
Sebenarnya seronok juga bila ada orang menjaga perihal kesihatan kita dan dia tau fasa fasa taraf kesihatan kita.
Rasa disayangi.

Pagi tadi Buull datang Ipoh.
Sesuatu yang sedikit lari dari trek kebiasaan.
Dia shift malam.
Maka kami breakfast di Hollywood.
Kemudian ke showroom Toyota dan Honda.
Ke Ipoh Parade pula.
Mengarut mengarut serba sikit di sana.
Sebelum dia tersadai di Khizanat, ajar aku macam mana nak buat inventori dan rekod akaun serta stok.
Dia tidur, manakala aku menonton 2 Broke Girls di laptop.
6.30 kejutkan dia bangun sebab dia kena balik ke Sri Iskandar.
Masa tu dah rasa sayu.
Tapi tahankan saja.

Baju bertimbun belum basuh.
Ada sikit aku basuh memandangkan macam takda tshirt je nak pakai buat pergi kerja esok.
Esok?
Maksud aku kejap lagi.
Petang karang.

Bila dah banyak hari tak menjahit, aku nak siapkan satu totebag pun sengsara.
Motivasi lunyai entah ke mana.
Esok kena beli dried mushroom di kedai nyonya rambut kalerful.
Sos mushroom dah habis.
Kena buat baru.
Kenapa malasnya lah hai nak buat kerja?
Doodle terbengkalai.
Canvas tak berusik.
Brush pen yang baru beli tu pun belum bersentuh.
Motivasi macam lenyap dalam celah celah udara nipis.
Disedut kelemahan kelemahan duniawi agaknya.
Atau disedut kelemahan aku sendiri.
Menggelabah nak berpuitis mende pula dah ni.

Makan kuaci ni tak bagus.
Buat rasa nak batuk.
Gatal tekak.
Tekak rasa berhabuk.
Macam karpet karpet yang tak divakum.

Aktiviti melepak di mamak sehingga jam 4 pagi ni akan kelihatan tak bermanfaat kalau kau sendiri gagal memanfaatkannya.
Aku rasa sembang dengan Meor dan Kujoy ni banyak input.
Dan kami bertukar rasa dan pendapat tentang apa apa yang berlaku depan mata.
Tentang budaya band.
Budaya menulis.
Budaya melukis.
Tentang Muck.
Tentang cover album.
Tentang poyo poyo dalam industri.
Semuanya bersulamkan asap Pine dan Dunhill merah.
Kopi tarik, kuaci dan gelas gelas teh o ais milo ais sirap ais berserta soya.
Yang kadang kadang asap tu tersedut masuk hidung aku.
Cepat cepat aku minum air kosong dari dalam botol air biru.

Meor dan Kujoy pernah bertanya aku tak pernah ambil apa apa ke?
Kalau boleh ambil steroid, aku ambil dah.
Biar jahit totebag sehari 20 helai siap dengan design sekali aku lukis.
Biar takda sehelai pun baju kotor dalam bakul.
Biar boleh buat doodle line detail detail selama berjam jam.

Aku rasa kita semua harus bersetuju dengan satu perkara.
Sebelum kita mengangkat diri kita untuk dipuja puja oleh orang lain, (atau sekadar saja nak rasa rasa kita bagus), kita kena kaji dulu kenapa kita kena dipuja.
Janganlah cuma beralaskan yakin, maka self esteem boleh menembus nembus awan.
Sebab langit ada tujuh lapisan.

Wednesday, April 8, 2015

Kita semua Tuhan yang punya

Its been awhile.
Petang tadi hujan lebat.
Dan sekarang malam ni panas.
Yang amat.
Batuk kong kong datang balik.

Tempatan Fest dah habis.
Tapi penat macam belum habis.
Beberapa malam yang lalu, sebelum Tempatan Fest, aku jadi sensitif seorang diri.
Sebenarnya bila yang aku tak sensitif kan?
Semuanya bermula bila aku ternampak orang yang baya baya mak dan abah.
Ada juta juta cebis rasa bersalah.
Dan rasa rindu.
Rasa bersalah sebab aku macam sedikit ada konsep larikan diri.
Walaupun mereka restu saja aku hijrah ke sini dulu, tapi ada juga rasa bersalah.
Tapi bila teringat masa mak called beberapa bulan dulu, masa aku baru baru ada di sini, dia menangis nangis, katanya biarlah aku duduk di Ipoh daripada aku stress di rumah dan boleh jadi aku sakit semula nanti.
Masa tu aku rasa buat pertama kalinya aku boleh tahan diri daripada turut menangis bersama.
Aku cuma baring di sofa Khizanat sambil mendengar dia bercerita.
Sambil membayangkan wajah wajah lain di rumah.
Sambil membayangkan kucing kucing yang mungkin juga tahu apa sedang berlaku.
Sambil membayangkan abah yang garang tetapi tenang menghadapi situasi.
Mak jarang menangis.
Jarang.
Walau berat macam mana pun dugaan, dia jarang menangis.
Dalam hati aku minta Tuhan tolonglah jangan bagi mak menangis dah.

Kadang kadang aku takut Tuhan tak makbulkan doa sebab aku banyak dosa.
Tapi aku yakinkan diri, kalau itu untuk mak dan abah supaya tidak menangis lagi, Tuhan pasti makbulkan.
Plus, aku ingatkan diri, jangan sangka buruk dengan Tuhan.

Sehinggalah keadaan menjadi tenang dan stabil semula.
Lepas tu ada la aku balik beberapa kali.
Paling lama tiga bulan tak balik.
Bila balik, Tatak pun dah tak kenal makcik dia ni.
Tempatan dah habis dan aku rasa juga macam nak balik.

Ada kawan inform tentang art exhibition di JB.
Simple, bayar tak mahal dan artwork tak perlu besar.
Still considering.

Tadi nampak orang retweet sesuatu tentang Iqra'.
Remember Iqra'?
Ada 1 sampai 6.
Benda tu buat aku pikir.
Dari kecil lagi masyarakat dah push kita.
Dah baca sampai Iqra' berapa?
Kenapa belum habis Iqra' 3?
Bila nak naik Quran?
Bila dah baca Quran, ditanya pula sekarang juz berapa.
Dah sampai tengah ke belum?
Kenapa belum khatam?
Benda tu benda ibadat, benda ilmu, tapi nak di push juga.
Entahlah.

Tadi masa beratur di TGV, ternampak bunting poster filem cerita hantu lawak ni.
Filem baru.
Tengok tajuk, tengok muka pelakon, dah tau dah tu cerita hantu lawak.
Benda tu buat aku rasa macam, kau ada budget ada peluang buat filem, buatlah filem yang berguna sikit.
Wasted gila buat filem macam tu.
Filem yang berguna ni not necessarily filem ilmiah.
Macam Yasmin Ahmad, P. Ramlee, Mamat Khalid.
Cerita diorang simple.
Ada lawak.
Ada sarkastik.
Tapi ada mesej.
Mesej yang macam tersembunyi, tapi terang terang boleh nampak.
Bila film maker sekarang ni nak buat filem yang tak gelabah macam diorang?
Dah dah la educate masyarakat dengan filem filem bongok macam tu.
But after all, they're gonna say, kau tak buat filem kau diam.
Jadinya, kau tak buat tomyam, kau diam, jangan nak kata tomyam tu tak sedap.

Dah banyak malam aku tak lepak Naina.
Aku taktau kucing kucing yang selalu datang tu rindu atau tak pada aku.
Dan seekor anjing yang dibela oleh salah seorang maknyah di situ.
Anjing tu friendly.
Dan juga beberapa ekor anjing yang selalu datang dari arah klinik kesihatan pada jam lebih kurang 1 pagi, berjalan ramai ramai melalui jalan depan Naina menghala ke The Store, seperti ada persidangan.
Sebenarnya aku yang kerinduan.
Tapi entahlah.
Takda mood nak turun.

Haritu ada satu petang, aku nak balik ke bilik.
Jalan di koridor depan kedai kedai, anjing yang maknyah bela tu dah nampak aku dari jauh.
Panjang je leher dia tengok aku.
Aku babai babai dia dari jauh sambil tersengih.
Bila kami hampir bertembung, dia macam dah dekat dengan kaki aku.
Dia berhenti jalan dan dongak tengok aku.
Aku pun stop juga.
Aku cakap, "Haaiii, dah makan ke? Jangan leset leset kat kaki saya tau. Hihiii."
Dia pandang aku dan dia macam paham, so dia macam alih sikit kaki dia, sambung jalan sambil tengok aku.
Dia paham.
Dan aku rasa dia sweet.

Semalam aku pergi Kellie's Castle.
Aku imagine macam mana kalau bangunan tu siap penuh.
Mesti cantik.
Tapi bagi aku, semua tu ada hikmah.
Ada hikmah dia mati dan bangunan tu tak siap.
I have my own opinions.
Plus, puluhan tahun kemudian negara kita merdeka.

Its okay if he didnt belong there, because apparently all of us belong to God.