Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, March 13, 2015

Sejati

Bilik dah gelap.
Yang terang cuma cahaya dari henpon aku saja.
Dan mungkin juga malam boleh jadi terang kerana kasih sayang masih wujud dalam dunia.
Batuk belum baik.
Masih kong kong struggle nak buang kahak.
Ubat dah habis.
Kalau pergi klinik sekali lagi, mesti nurse suruh refer klinik kesihatan tu, which is boring.

Tidur memang tak lena sejak batuk ni.
Bila batuk, jadi sempit dada.
Ujian ujian pesakit asthma ni, yang menghidapnya tau lah cemana.
Tapi baru tadi aku mandi.
Tak boleh lah kalau tak mandi.
Habis kerja, habiskan masa bersosial di Naina pula.
Jojo balik awal, matanya dah tak serupa orang.
Mengantuk sangat la tu.
Tinggallah aku dengan Meor.
Kujoy semua entahlah mana.
Lepak dengan Meor macam seronok, sebab ada je benda nak disembang.
Jojo pun kata kalau takda Meor tak best lah.
Jadi bila sesi lepak dah habis, aku akan tetap mandi.
Walaupun dah pukul 2-3 pagi.
Tadi aku guna ubat gigi yang aku beli di kedai dua ringgit.
Okay saja walaupun murah.
Takda la pula rasa macam clorox.

Sebenarnya susah nak hidup tanpa tosei.
Tosei best.
Aku suka.
Itu je lah pun hidangan yang aku suka kalau lepak mamak.
Tadi ada persidangan maknyah juga di meja berhampiran.
Yang seorang tu macam dah berusia.
Diorang ni kata namanya Lisa.
Dia tegur Meor.
Entah macam mana, aku tertengok pula breast si Lisa tu.
Dah kebetulan dia duduk tu macam hala bertentangan.
Meja pun tak jauh mana.
Dalam hati aku, ada juga breast dia ni.
Masa tu dia macam terperasan aku tengok breast dia.
Terus dia betul betulkan baju dia.
Mentang mentang aku perempuan, taknak kasi tengok.

Tapi malam ni macam takda maknyah on duty pun.
Kalau tak, kat koridor kedai seberang studio Bodysurf dan Naina tu dah standby.
Aku selalu segan nak lalu depan diorang.
Aku dapat rasa macam bila diorang tengok aku, diorang akan rasa macam, eiii nokss kau ni pempuan tak bergaya la, eii selekehnya, eiii pendeknya rambut kau pempuan.
Aku akan cross jalan awal awal dari depan bilik, dan jalan atas pavement depan kedai runcit bawah Bodysurf.
Di situ aku rasa tenang.
Entahlah tenang yang macam mana.
Tapi rasa tenang.
Tenang daripada renungan judgemental maknyah kot.
Entah entah padahal selama ni diorang nampak aku diorang rasa aku cute.
Errmm, kiyut kau ni pempuan, untunglah memang pempuan semulajadi, takyah nak inject inject potong potong anu.
Aiikkk apa aku niiii.

Macam tak percaya je ni dah masuk Jumaat.
Kalau Buull tak kena kerja Sabtu, malam esok, I mean malam ni karang dia akan drive balik sini terus.
Sebenarnya siapa kata bila dekat tak boleh rindu?
Boleh.
Boleh saja.
Macam last week.
Aku lepak lama dengan diorang.
Alang alang tau Buull nak balik, aku tunggu je sampai dia tiba pukul 4.
Meor belanja KFC masa tu.
Hasil paksaan Jojo.

Bunyi macam tak releven je kan tunggu kat mamak sampai pukul 4 pagi?
Tapi pernah dengar orang kata, kerana cinta aku turutkan?
Macam tu lah cerita dia.
Apa benda menggelabah buat ayat geli geli ni?
Alaa, lagipun bukan tunggu sorang.
Ada Jojo, Meor, Kujoy, dan lagi sorang nama Ley.

Kisah cinta kita semua mana sama.
Asalkan sejati.
Dalam sejati tu dah terkandung segala isi.
Jujur ikhlas sabar blablabla takyah lah explain.
Dalam sejati tu ada semuanya.
Tak cukup satu, tak sejati lah.
Tak kuasa lah pula nak jadi doctor love sedangkan batuk pun kong kong.
Hantu pun boleh marah rasa kalau dengar batuk je manjang.

Kadang kadang bila di Naina, aku bayangkan macam macam.
Bayangkan mak dan abah di rumah.
Bayangkan adik adik.
Bayangkan kucing.
Dan juga kucing jiran yang suka datang mengacau kucing kucing di rumah aku.
Bayangkan apa orang di Siberia tengah buat.
Bayangkan macam mana situasi bila sesudah Katrina.
Bayangkan dentuman dentuman bom.
Bayangkan apa orang kaya pikir untuk esok hari.
Dan apa pula orang homeless pikir untuk esok hari.
Bayangkan apa rutin perdana menteri sebelum tidur.
Atau mereka tidak tidur?
Bayangkan Buull yang di Sri Iskandar.
Dia selalu kata bosan di sana.
Selalu kata tak sabar nak jumpa hujung minggu.
Lepas tu aku akan bayangkan macam mana kalau dia takda nanti.
Dan aku berhenti memikir di situ.
Sebenarnya ada masa aku reti juga tidak overthinking.

Lantai bilik bersepah dah dengan kertas lukisan la canvas panel la acrylic la berus la.
Dah berapa hari macam tu tak berkemas.
Takdalah halang laluan pun since bilik ni luas juga.
Tapi ada benda memang kita suka biar je bersepah.
Bila tengok pun sekadar sengih sengih heh heh heh bila nak kemas taktau lantakla.
Seolah olah benda tu semua pun sengih sengih je balik kat aku, heh heh heh kau nak kemas buat apa, nanti nak melukis balik.
Barulah sejati.
Membiarkan apa yang kita suka dan cinta bersepah sepah di depan mata kerana benda tu berada dalam wilayah kita dan kita tau macam mana cara nak implement perasaan kita pada benda tu semua.
Mana ada orang boleh marah.
Sebab dalam wilayah tu hanya ada kita dan dia.
Kita dan dia saja yang tau macam mana sejati atau tidak situasi kita tu.

Dengan perkakas melukis pun nak sentimental sejati, dengan orang disayang apatah lagi.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.