Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, March 13, 2015

Sejati

Bilik dah gelap.
Yang terang cuma cahaya dari henpon aku saja.
Dan mungkin juga malam boleh jadi terang kerana kasih sayang masih wujud dalam dunia.
Batuk belum baik.
Masih kong kong struggle nak buang kahak.
Ubat dah habis.
Kalau pergi klinik sekali lagi, mesti nurse suruh refer klinik kesihatan tu, which is boring.

Tidur memang tak lena sejak batuk ni.
Bila batuk, jadi sempit dada.
Ujian ujian pesakit asthma ni, yang menghidapnya tau lah cemana.
Tapi baru tadi aku mandi.
Tak boleh lah kalau tak mandi.
Habis kerja, habiskan masa bersosial di Naina pula.
Jojo balik awal, matanya dah tak serupa orang.
Mengantuk sangat la tu.
Tinggallah aku dengan Meor.
Kujoy semua entahlah mana.
Lepak dengan Meor macam seronok, sebab ada je benda nak disembang.
Jojo pun kata kalau takda Meor tak best lah.
Jadi bila sesi lepak dah habis, aku akan tetap mandi.
Walaupun dah pukul 2-3 pagi.
Tadi aku guna ubat gigi yang aku beli di kedai dua ringgit.
Okay saja walaupun murah.
Takda la pula rasa macam clorox.

Sebenarnya susah nak hidup tanpa tosei.
Tosei best.
Aku suka.
Itu je lah pun hidangan yang aku suka kalau lepak mamak.
Tadi ada persidangan maknyah juga di meja berhampiran.
Yang seorang tu macam dah berusia.
Diorang ni kata namanya Lisa.
Dia tegur Meor.
Entah macam mana, aku tertengok pula breast si Lisa tu.
Dah kebetulan dia duduk tu macam hala bertentangan.
Meja pun tak jauh mana.
Dalam hati aku, ada juga breast dia ni.
Masa tu dia macam terperasan aku tengok breast dia.
Terus dia betul betulkan baju dia.
Mentang mentang aku perempuan, taknak kasi tengok.

Tapi malam ni macam takda maknyah on duty pun.
Kalau tak, kat koridor kedai seberang studio Bodysurf dan Naina tu dah standby.
Aku selalu segan nak lalu depan diorang.
Aku dapat rasa macam bila diorang tengok aku, diorang akan rasa macam, eiii nokss kau ni pempuan tak bergaya la, eii selekehnya, eiii pendeknya rambut kau pempuan.
Aku akan cross jalan awal awal dari depan bilik, dan jalan atas pavement depan kedai runcit bawah Bodysurf.
Di situ aku rasa tenang.
Entahlah tenang yang macam mana.
Tapi rasa tenang.
Tenang daripada renungan judgemental maknyah kot.
Entah entah padahal selama ni diorang nampak aku diorang rasa aku cute.
Errmm, kiyut kau ni pempuan, untunglah memang pempuan semulajadi, takyah nak inject inject potong potong anu.
Aiikkk apa aku niiii.

Macam tak percaya je ni dah masuk Jumaat.
Kalau Buull tak kena kerja Sabtu, malam esok, I mean malam ni karang dia akan drive balik sini terus.
Sebenarnya siapa kata bila dekat tak boleh rindu?
Boleh.
Boleh saja.
Macam last week.
Aku lepak lama dengan diorang.
Alang alang tau Buull nak balik, aku tunggu je sampai dia tiba pukul 4.
Meor belanja KFC masa tu.
Hasil paksaan Jojo.

Bunyi macam tak releven je kan tunggu kat mamak sampai pukul 4 pagi?
Tapi pernah dengar orang kata, kerana cinta aku turutkan?
Macam tu lah cerita dia.
Apa benda menggelabah buat ayat geli geli ni?
Alaa, lagipun bukan tunggu sorang.
Ada Jojo, Meor, Kujoy, dan lagi sorang nama Ley.

Kisah cinta kita semua mana sama.
Asalkan sejati.
Dalam sejati tu dah terkandung segala isi.
Jujur ikhlas sabar blablabla takyah lah explain.
Dalam sejati tu ada semuanya.
Tak cukup satu, tak sejati lah.
Tak kuasa lah pula nak jadi doctor love sedangkan batuk pun kong kong.
Hantu pun boleh marah rasa kalau dengar batuk je manjang.

Kadang kadang bila di Naina, aku bayangkan macam macam.
Bayangkan mak dan abah di rumah.
Bayangkan adik adik.
Bayangkan kucing.
Dan juga kucing jiran yang suka datang mengacau kucing kucing di rumah aku.
Bayangkan apa orang di Siberia tengah buat.
Bayangkan macam mana situasi bila sesudah Katrina.
Bayangkan dentuman dentuman bom.
Bayangkan apa orang kaya pikir untuk esok hari.
Dan apa pula orang homeless pikir untuk esok hari.
Bayangkan apa rutin perdana menteri sebelum tidur.
Atau mereka tidak tidur?
Bayangkan Buull yang di Sri Iskandar.
Dia selalu kata bosan di sana.
Selalu kata tak sabar nak jumpa hujung minggu.
Lepas tu aku akan bayangkan macam mana kalau dia takda nanti.
Dan aku berhenti memikir di situ.
Sebenarnya ada masa aku reti juga tidak overthinking.

Lantai bilik bersepah dah dengan kertas lukisan la canvas panel la acrylic la berus la.
Dah berapa hari macam tu tak berkemas.
Takdalah halang laluan pun since bilik ni luas juga.
Tapi ada benda memang kita suka biar je bersepah.
Bila tengok pun sekadar sengih sengih heh heh heh bila nak kemas taktau lantakla.
Seolah olah benda tu semua pun sengih sengih je balik kat aku, heh heh heh kau nak kemas buat apa, nanti nak melukis balik.
Barulah sejati.
Membiarkan apa yang kita suka dan cinta bersepah sepah di depan mata kerana benda tu berada dalam wilayah kita dan kita tau macam mana cara nak implement perasaan kita pada benda tu semua.
Mana ada orang boleh marah.
Sebab dalam wilayah tu hanya ada kita dan dia.
Kita dan dia saja yang tau macam mana sejati atau tidak situasi kita tu.

Dengan perkakas melukis pun nak sentimental sejati, dengan orang disayang apatah lagi.

Monday, March 9, 2015

Dinding dark water tapi kipas berpusing laju

Aku baru makan sebiji panadol.
Sebiji lagi kejap lagi lah.
Aku tak suka panadol.
Besar dan pahit.
Selalu lekat kat hujung lidah, taknak terus lalu kat tekak.
Tengok je pun terus rasa nak muntah.
Tapi sebab dah mandi air sejuk pun rasa panas lagi badan, maka terpaksalah makan juga.

Tadi aku turun makan di Naina.
Sambil perhatikan skuad mak nyah menunggu customer di seberang jalan.
Bila tengok kaki diorang, aku macam geleng kepala sambil tengok kaki sendiri.
Kaki diorang fit habis.
Mulus pula tu.
Pakai baju super ketat pun confident je.
Mungkin betul orang kata, bila kita rasa confident, kita tak pikir apa dah.
Tengah hari tadi Buull pegang dan belek kaki kanan aku.
Katanya, "Kesian awak, sayang, kaki awak parut."
Aku cuma kata aku tak kisah dah.
Biarlah parut tu di situ.

Weekend berakhir dan Buull balik Sri Iskandar.
Dan weekend berakhir juga dengan tahap kesihatan yang merudum tetiba.
Baju banyaknya nak basuh.
Tadi dah basuh dua round tapi still ada.
Kena hantar dobi agaknya.
Tak larat lah nak basuh.

Aku suka juga bilik baru ni.
Ada dua fridge.
Satu di dapur.
Satu di hallway.
Dapur pun complete.
Ada iron dan iron board.
Tv ada dua.
Toilet pun ada beberapa.
Bilik ni lagi besar daripada bilik dulu tu.
Sini tenang.
Takda orang buat bising.
Takda orang suka buang sampah dalam toilet.
Takda orang cakap telefon jerit jerit.
Mungkin sebab semua kerja siang.
Bila malam dah penat, jadi malam tidur je.
Level ni aku rasa termasuk aku cuma tujuh orang.
Cuma.
Cuma.
Mestilah ada cuma.
Suasana dia spooky sikit.
Bangunan lama.
Bilik aku pun ada dinding dark water.
Tapi itu boleh cover.

Semalam Buull bincang pasal plan kawin.
Bincang punya bincang, kan dah demam.
Takut.
Bila kita dapat orang yang baik, itu rezeki dan bonus.
Tapi kita ni boleh ke jadi baik?

Halaaaaa, sengsara betul memikir sebiji lagi panadol nak kena makan.
Aku dah bawa mesin jahit ke sini.
Dah boleh menjahit totebag semula.
Totebag Khizanat yang last aku jahit tu pun dah selamat habis di Tempatan Fest baru baru ni.
Tempatan Fest di Ipoh dah tak lama.

Tadi macam sejuk.
Bila pakai socks macam panas pula.
Akhirnya haritu aku balik juga setelah tiga bulan tak balik.
Its good to be back.
Dan Nobi mati setelah berbulan bulan menderita sakit sporo.
Nak menangis juga tengok keadaan dia.
Malam kedua di rumah, aku senyap senyap berdoa sebelum tidur.
Tuhan ambillah Nobi supaya dia tak sakit lagi.
Dan subuh tu abah kejut bagitau Nobi dah mula kejang kejang.
Pagi tu around 9 dia mati depan mata aku.
Masa dalam kereta, mak kata dia tunggu aku balik baru dia mati.
Air mata menitik di sebalik sunglasses aku, tapi mak tak sedar.

Aku ingat nanti nak lukis semua kucing yang dah pergi, dan letak di dinding rumah mak.
Balik haritu mak bercerita macam macam.
Bila naik kereta dengan abah pula, dia meluahkan itu ini.
Sebagai anak, aku dengar je.
Dan aku gembira dia semakin berjaya dengan kerjanya.
Best juga kalau ada kerja macam dia, tapi taknaklah.
Aku suka dengan apa aku buat sekarang.

Eeiii nak muntah rasa setelah menelan sebiji lagi panadol ni.
Aku taktau sangat apa yang jadi pada dunia hari ni.
Taktau artis mana yang tengah top.
Taktau apa tengah jadi di US.
Taktau apa rakyat Palestin tengah buat.
Taktau bila H&M atau Uniqlo nak buat sale.
Sebenarnya lebih kepada taktau bila boleh ada duit banyak untuk membeli belah.
Hihiiiii.
Tapi aku tau tadi Harun Salim Bachik dah meninggal.
Kalau aku mati, Buull kawin lain tak?
Sebenarnya, kalau kita mati, hal dunia dah bukan urusan kita.

Aku pernah membayangkan, macam mana kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada Buull?
Macam mana kalau aku kehilangan dia sebelum berpeluang kawin?
Aku boleh imajin aku akan pindah ke Rumah Horror dan sewa bilik yang dia sewa tu.
Supaya aku akan sentiasa rasa dekat dengan dia.
Pergi ke Loken pada pagi Ahad macam biasa.
Tengok Jojo, Nizar dan Naim menjual barang barang rare mereka.
Masih membeli aiskrim jagung dalam kon.
Masih membeli tshirt bundle lima helai RM 10.
Dan hidup merindu selamanya.

Kita semua akan rindu pada sesuatu yang telah tiada.

Tapi aku harap aku tak perlu rindukan Buull seteruk itu.
Sudah dua tahun dan aku harap kami boleh hidup bersama.
Bangun pagi dan pergi Loken bersama.
Makan sushi dan pretzel bersama.
Sebelum menyinggah makan puding karamel di Vegas.
Sebelum Tuhan akhirnya ambil kedua dua kami.