Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, February 13, 2015

Cookies dan signifikasi kehidupan

Aku di Salam.
Salam kalau malam memang macam Midvalley.
Benda tu nampak macam happening.
Tapi awkward bagi aku.
Aku dah pun duduk.
Teh ais dan roti sardin.
Roti sardin dah tiga ringgit sekarang.
Aku rindu masa harga dia cuma seringgit lapan puluh sen.

Aku rasa setiap hari perjalanan pergi kerja buat aku terpikir hanya tentang satu perkara.
Tentang kehidupan aku.
Aku tak pikir kehidupan orang lain.
Aku pikir tentang kehidupan aku saja.
Okay tak.
Aku ada pikir sikit.
Lebih kepada membezakan betapa bergunanya kehidupan orang lain, sedangkan aku tak ada apa apa yang boleh dibanggakan.
Contoh paling dekat, Buull.
Dan kemudiannya Dila.
Dan kemudiannya Mimi.
Dan Zha.
Aku admire mereka.
Sebab mereka antara insan insan yang aku nampak juga apa yang mereka ada.
I mean benda benda normal yang orang lain tengok.
Seperti berpelajaran, berpekerjaan yang baik dan gaji yang cool.
Dan highly motivated.

Semalam Farah datang lepak Khizanat.
I'm happy she came.
Dia tanya, tak minat ke jadi stewardess?
Aku minat juga sebenarnya.
Tapi mestilah taknak mengaku sangat.
Aku tak pandai layan orang.
Kalau kat Khizanat, aku suka bila Jojo atau Buull ada.
Diorang pandai layan customer.
Aku nak hantar menu dan board berserta kapur tu pun dah awkward dan jantung macam kena gendang.
Kenapa aku tak boleh ada self esteem macam diorang?

Aku nak sambung belajar, tapi...
Mana ada bab yang takda tapi kan dalam cerita ni.
Aku rasa ada sesetengah benda memang akan wujud persoalan macam, sampai bila nak blablabla.
Tapi ada benda tak boleh persoalkan.
Setiap hari aku akan singgah Subway untuk beli chocolate cookies dia yang berharga RM 1.70 sekeping.
Dan kepingan tu akan habis masa aku tengah melintas jalan menghala ke arah bus stop depan Perodua, sebelum menjumpai Ipoh Parade beberapa tapak lagi.

Setiap hari aku buat benda yang sama.
And that somehow makes me feel happy.
Bukan happy yang ultra happy tu.
Its just a mild happy feeling.
Of realizing my life is still good and fun.
Of being berdekatan dengan Buull.
Of being surrounded by good friends of his, and they automatically being my friends too.
Of being capable to make artworks and selling them walaupun tak best mana.
Of having the opportunities to meet people and talk to them when they buy my stuff.
See?
My life here is much more fun and interesting, compared to living in Kuantan.
Masa duduk sini pun penyakit jarang datang.
Sebab tu agama galakkan penghijrahan.
Sebab hijrah ni hikmah dia banyak.

Semalam aku buat percubaan untuk hilangkan parut di kaki.
Parut yang berusia 22 tahun.
The thing is, selama tu juga aku buat macam macam nak hilangkan parut tu.
Malam tadi aku tak dapat tidur hanya kerana memikir parut durjana tu.
Bunyi macam ridiculous, tapi taklah ridiculous mana kalau tak boleh tidur sebab memikir hal parut tu.
Because its Fafa we're talking about.
Mana ada benda yang aku tak pikir sampai tak boleh tidur.
Oh, ada.
Tapi kalau aku tak nak pikir dan taknak peduli tu, people around me should worry.
Well, I remember the last time I didnt give a fuck, I slept for like 48 hours.
Mom came in to my room dengan muka macam nak nangis sambil tanya kenapa.
I felt bad for that.
I mean for membuatkan dia risau.
But, nah, I didnt feel bad for sleeping like 48 hours.
I was under drugs influence.
I mean I took my meds masa tu.

Hey, aku dah habiskan roti sardin.
Dan sekarang roti telur bawang di depan mata.
Makan banyak pun sebenarnya perut je yang senang.
Hati belum tentu.
Tadi sebelum sampai Khizanat, aku melencong pi TKK.
Sebab rasa nak makan nasi.
Itu first time aku makan seorang di situ.
Selama ni dengan Buull dan kawan kawan lain.
Atau dengan Buull sahaja.
I had this sassy feeling.
Of thinking me sitting there alone.
Kak Aii pernah cakap, jiwa aku halus.
Sebab aku buat pengakuan, dulu masa kat IPBA bila nak drop buku kat lubang bookdrop kat library tu, I had this indescribable feeling too.
Aku akan tunggu buku tu betul betul jatuh semua dan senyum sorang sorang macam mat ganja nampak gadis gadis.

Setiap orang yang masuk dapur Khizanat mesti tanya siapa yang lukis drawing Buull versi kartun yang tertampal di peti sejuk.
I realized aku tak pernah bagi Buull any painting.
Maybe because I've already painted his heart with the largest painting called LOVE.
The day I decided to stop writing poetry, I still write them for him.
I dont know.

Tadi Faa datang.
And I noticed her swollen eyes.
Masa aku masak megi meatball, she spilled everything out.
Kat sini aku takda kawan pempuan.
Never had a girl talk since duduk sini.
And she ajak me to go to Cameron.
All I think masa tu was how good the jagung kat sana.
And I said yes.

Kadang kadang kita kena say yes tanpa berfikir.
Emphasis on the konsep tak berfikir.
Which I barely do.

3 comments:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.