Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, February 6, 2015

Benda benda remeh yang dunia kata tak perlu dipedulikan

Tidak pernah ada istilah "room sweet room" sejak aku di sini.
Tapi sekurang-kurangnya aku ada tempat berteduh.
Tidak homeless.
Auntie homeless yang selalu tidur di kaki lima Khizanat tu dah lama tak ada.
Dua bulan.
Mungkin tiga bulan.
Aku tak mengira.
Tapi jujurnya aku terkesan sejak ketiadaan dia.
Tiada lagi ucapan "Good night, auntie."
Atau "Balik dulu, auntie."
Aku tak cakap pada Buull atau Jojo macam mana aku asyik terpikir sampai sekarang, ke mana hilangnya auntie tu.
Yang aku tau, hari pertama dia tak ada di tempat dia letakkan barang-barangnya,aku dah dapat rasa aku takkan dapat jumpa dia lagi dah.
Dia selalu letak kotak kotak dan beberapa barang dia di situ.
Di depan kedai yang tak berpenghuni.
Dia ada botol air, towel, beg baju, kotak kotak kosong yang dibuka lipatannya.
Mungkin dia diangkut orang jabatan kebajikan.
Atau sesuatu yang buruk berlaku kepada dia, lalu dia dihantar ke rumah orang tua kerana dia tiada sesiapa.
Atau sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada dia, dan dia telah mati.
Atau dia berhijrah ke tempat lain.
Atau dia sebenarnya selama ini berlakon saja menjadi homeless sedangkan dia nyonya kaya raya.

Aku taktau.
Tapi aku rindu. 

Orang kata hidup ni lebih bahagia kalau tak sibuk pikir apa yang kita tak ada.
Betul ke?
Aku tanya lagi, betul ke?
Orang yang memikirkan apa yang dia tak ada tu tak semestinya tak bersyukur.
Macam aku selalu terpikirkan mana pergi auntie tu dan aku sangat berharap dapat tengok dia di tempat biasanya, adakah itu bermakna aku tak bersyukur dengan orang lain yang sedia ada dalam hidup aku?

Aku selalu berharap supaya satu hari nanti, ketika pikiran aku sedang tenang tenang, atau ketika sedang kusut kusut dengan dunia, aku berharap aku terserempak dengan auntie tu.
She's definitely going to make my day.
Dan kalaupun dia dah tak ingat aku, aku tak kisah.
Asalkan aku masih ingat dia.

Hidup ni sebahagian besarnya tentang ingatan.
Sebab ingatan itu sendiri berada dalam lingkungan harapan.
Kita semua hidup dalam harapan.
Tapi ada benda yang kita memang dah tak nak ingat.
Ada benda yang elok kita kuburkan saja.

Tiba tiba aku teringat sesuatu.
Seorang kawan pernah cakap, kalau girlfriend atau bakal isterinya jenis suka window shopping, dia memang tak berapa suka.
Katanya, buang masa.
Katanya, buat apa tengok tengok, kalau tak dibeli.
Dalam pikiran aku cuma satu.
Masa girlfriend atau bakal isteri kau tu pilih kau, memang dia main rembat je ke?
Dia tak tengok tengok dulu ke perangai kau?
Dia tak kaji kaji dulu ke kau ni macam mana?
Sedangkan banyak lelaki dalam dunia ni.
Engkau juga yang dipilih.
Sama macam kalau dia window shopping, dia tak beli dulu sebab dia nak kaji dulu.
Nak tengok dulu jenis apa dan apa yang ada.
Ke sebab dia tak tengok dulu, dia main sebat je, sebab tu dia jadi girlfriend/isteri kau?
Kau taktau dia tengok tengok dulu tapi tak beli sebab dia nak beli apa yang dia rasa elok untuk dia.
Dan bila dah beli, dia akan terima sepenuhnya apa yang dia dah putuskan untuk beli tu.
Macam kau lah.
Tapi sebab aku yakin dia takkan paham apa yang aku nak sampaikan, jadi aku malaslah nak cerita kias kias, cerita deep deep, cerita metafora metafora.

Sebab tu aku suka berjalan seorang.
Beli barang sorang.
Aku tak rasa orang boleh tunggu aku kalau aku pilih barang.
Tak sama macam aku sanggup tunggu orang beli barang berjam jam sekalipun.
Bab menunggu ni bukan semua orang boleh master.
Aku pernah boleh master bab itu.
Dan aku rasa aku masih.
Aku tau ayah aku letak nama Sabarina kat belakang tu ada fungsi.
Biarlah orang kata aku ni jenis benda kecik pun tak boleh bersabar.
Sebab aku tau, bila tiba hal besar yang orang lain tak boleh nak sabar dan terima, yang itulah aku boleh bersabar.
Tapi orang mana tau.
Orang mana nak nampak.

Ada seorang kawan selalu cakap, kalau emaknya keluar beli barang, ayahnya jarang turut serta.
Sebab ayahnya tak suka menunggu.
Nanti ayahnya buat muka.
Jadi emaknya lebih selesa ajak kawan aku ni saja sebagai peneman.
Benda tu bagi aku yang baru berusia 21 tahun ketika itu, buat aku terpikir.
Adik beradik dia ada dalam lima orang.
Bayangkan, mak dia mengandung lima kali.
Lima kali tu setiap satunya mak dia kena tanggung ada benda hidup dalam perut selama sembilan bulan, yang makin hari makin besar dan makin berat.
Dan benda yang hidup dalam perut mak dia tu sudah tentu berkaitan dengan ayah dia.
Jadi, kenapa ketika isteri membeli barang, kau tak boleh turut serta?
Bosan?
Lenguh kaki?
Kau ingat mengandung tak sakit kaki ke?
Dahlah muda lagi, pastu pemalas nak temankan isteri.

Well, people might not see the point here, tapi lantaklah.
Mungkin pemikiran aku je yang rumit.
Orang lain tak pikir rumit rumit pun kan?
Ke?
Ke sebab aku belum kahwin, jadi aku tak layak nak argue benda ni semua?
Dalam facebook semua cerita pasal encik suami, puan isteri, si anak anak, breastfeeding (tu pun nak cerita dan tunjuk), cerita cerita kemewahan.
Gila boring.

Ada orang berubah untuk orang lain.
Katanya perubahan untuk kepentingan semua.
Ada orang berubah untuk diri sendiri.
Ada orang berubah untuk diri sendiri, tapi sebenarnya berubah untuk orang lain

Ramai orang makan hati, tapi tak boleh nak mengaku mereka makan hati.

Ada pepatah mengatakan, orang tamak selalu rugi.
Tapi, kebanyakan orang tamak yang aku jumpa, semua banyak duit dan bahagia.

Damn, aku memang suka campur aduk cerita secara tetiba kan?
Tak boleh nak buat apa lah.





1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.