Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, February 3, 2015

Aku teringin, tapi aku didik diri aku supaya tak teringin

Aku dah mula tanggalkan drawings yang aku tampal di dinding.
Maksud dah jelas di situ bahawa aku dah tak nak ada komitmen dengan bilik ni.
Hujung bulan ni aku dah boleh masuk bilik baru di tempat lain.
Bilik yang lebih murah, lebih dekat dengan Khizanat, ada almari, meja tulis dan katil.
Aku tak excited pun, sebab banyak benda dalam hidup ni tak boleh nak excited sangat.
Aku dah tawar hati sejak peristiwa beberapa hari lalu.

Sebenarnya bilik baru tu dah ready untuk aku masuk.
Deposit dah bayar.
Cuma nak kena habiskan notis sebulan bilik puaka ni.

Bilik baru nanti dekat dengan studio Body Surf, mamak Naina yang ada tukang masak Siam, dan dekat dengan Loken.
Dan aku tak perlu jalan kaki selama 25 minit lagi untuk ke Khizanat mahu pun Loken.

Aku beli lima helai tshirt bundle semalam di Loken.
Lima helai bersamaan RM 10.
Orang kata kalau takda duit, tak yah lah shopping.
Tapi kalau dah baju dua ringgit sehelai, takkan tak beli.
Aku nampak Yashica juga.
Tapi segan nak tanya harga.
Harapnya nanti ada lagi.
Aku suka camera, walaupun tak pandai ambil gambar, dan tak suka diambil gambar.

Sticker dan kad TheKullest banyak juga terjual masa penutup Ipoh Kreative kat Khizanat haritu.
Benda tu buat aku gembira bila orang excited tengok artwork kita dan diorang beli.
And probably two ringgit is too cheap.
But am glad they love it.
They asked how I did it, how I paint and draw, and make it into stickers and cards.

Bilik dah gelap.
Tadi aku buat megi yang dicampur dengan telur separuh masak.
Megi rendam takkan sama dengan megi yang dimasak atas dapur.
Dan sekarang aku rasa lapar.
Juga teringin hot chocolate.
Teringin nasi ayam.
Teringin sushi Jusco.
Juga teringin bebas daripada perasaan kesunyian.

Aku suka berseorangan.
Tapi aku tak enjoy perasaan lonely tu.
Aku tengah cuba nak tidur.
Tapi kat luar ada macam macam kebisingan.
Orang bersembang depan bilik.
Orang bilik depan terjerit jerit.
Aku harap sangat sangat bilik baru nanti dah takda manusia macam ni semua.

Sunyi ni satu benda yang menyerabutkan.
Dia macam buat aku terjerut.
Semua benda jadi tak kena.
Masa ni lah aku bayangkan apa semua orang tengah buat.
Membayangkan semua orang having their good time sedangkan aku terbaring di tilam, menahan lapar dan dahaga.

Dah pukul dua lebih.
Aku sukakan anjing anjing yang selalu berada di area Greentown ni.
Aku rasa diorang dah kenal aku.
Kadang kadang diorang berlarian beramai ramai entah nak ke mana.
I enjoy looking at them.
Pernah ada satu hari, aku rasa sedih dan kesunyian, aku rasa nak keluar berbual dengan anjing anjing tu dan usap kepala serta badan mereka.
Lepas tu aku pikir pula di mana harus aku samak/sertu tangan aku.
Tapi aku tak buat.
Banyak sebab kenapa aku tak buat.
Jadi aku biarkan saja diri dimakan sedih dan sunyi.

Aku tak suka hari cuti.
Hari cuti buat aku jadi miserable.
Brooding.

Haritu aku berkenalan dengan Farah masa dia datang Khizanat.
Dia adik angkat Jay.
Stewardess.
Dia tetiba datang dapur masa aku tengah basuh gelas semua, dan dia tegur aku.
Dia tanya nama aku dan dia kata rambut aku cantik.
Lepas tu dia kata dia suka baju aku dan dia suka semualah.
Sebenarnya masa tu aku rasa nak berlari pergi cermin depan dan tengok diri aku sendiri.
Tapi semua tu hanya berlaku dalam imaginasi aku.
Aku cuma ketawa dan cakap thank you.

Tadi tengah hari Farah whatsapp dan dia cakap kecantikan aku androgynous.
Aaahahaha.
Lepas tu perbualan bertukar daripada I-you menjadi mak-nyah/nokkss.
She's funny and I cant believe he's a stewardess.
Aku sebenarnya tak pandai bergaul dengan pempuan cantik yang high maintenance.
Aku awkward.
Ibarat aku ni mat ganja super selekeh yang cuba nak get along dengan artis artis.
Jadi, selalunya aku elakkan.
Aku taknak awkward dan aku taknak level geli terhadap diri sendiri tu meningkat 178%.
So since Farah kelihatan macam gadis underground scene yang normal walaupun dia stewardess cantik, jadi aku rasa aku boleh je kawan dengan dia.

Lepas tu aku dengan muka tak malunya terbagitau dia yang aku ada la teringin juga nak jadi stewardess, tapi sebab pendek dan low self esteem, maka aku pun kuburkan setakat di situ sahaja.
Turns out aku dah kira boleh lepas bab ketinggian rupa rupanya.
Cuma, bab jadi stewardess ni, kalau airline yang satu itu kena serve arak, so aidowan.
But then Farah kata character aku sesuai untuk AirAsia.
Okay, aiollss macam flattered sekejap masa tu tapi tak lama.
Taknak lah berangan.
Berangan bukan best pun.

Dah tiga bulan aku tak balik.
Teringin juga balik.
Berangan belikan beg Hello Kitty untuk anak buah, dan dia pakai sampai ke tidur.

Bila sunyi, kita akan berangan macam macam.
Berangan makan sushi Jusco dengan banyaknya.
Berangan makan chocolate indulgence Secret Recipe.
Berangan minum cool blog.
Berangan ada banyak canvas kosong.

Kat luar dah senyap sunyi.
Harapnya budak bilik depan tak gaduh dengan boyfriend dia malam ni.
Dah lama pun tak dengar.
Dah putus ke?
Eloklah.
Tak kuasa mak ni nak tanggung derita bersama sama okay.

Semalam ada conversation dengan Buull.
Aku ingatkan dia bahawa setiap apa yang kita buat di dunia ni ada "bayaran" dia.
Bayaran berupa pengorbanan.
Kita buat ni untuk masa depan.
Hidup memang perit, tapi kita kena lalui.

And for the first time in my life, aku cakap kat dia aku nampak masa depan kami.
Nampak like seriously nampak.
Nampak.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.