Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, December 23, 2014

Isnin yang menggembirakan kita boleh jadi Isnin yang menyedihkan bagi orang lain

Hujan non stop hari ini.
Aku suka bila Ipoh tak panas.
Tapi hujan macam ni buat aku rasa helpless.
Rasa ditinggalkan dunia.

Malam tadi aku mimpi.
Tuhan jadikan ramai orang sebagai aku.
Dan apabila mereka menjadi aku, mereka terpaksa lalui segala ujian yang aku lalui.
I saw pain and suffer.
Mereka mati sebab tak dapat tanggung apa yang mereka lalui.
Benda tu aku nampak mesejnya.
Nak tak nak aku terpaksa akur.
Mereka tak faham apa yang aku lalui simply because they didnt go through those days.
That explains so much why they dont understand it.
Tuhan takkan uji seseorang melainkan orang itu mampu menanggungnya.
Tuhan tau mereka tak mampu.
Sebab itu di dunia nyata Tuhan tidak menguji mereka sebegitu.
Sebab Tuhan dah lama tau.

You know, dalam doa doa setiap hari, aku selalu doa agar Tuhan murahkan rezeki mak abah, adik adik, dan Buull.
Aku akan ulang line tu berulang kali.
Tapi untuk aku sendiri, aku lebih mahukan ketabahan.
Aku nak kuat.
Supaya aku boleh betul betul redha dengan banyak perkara.
Supaya aku boleh tidur malam.
Supaya aku tak rasa diri aku tak berguna.
Supaya orang berhenti judge aku.
Supaya aku boleh hidup.
Hidup.
Dan kemudiannya aku baca surah Taha ayat 1 sampai 5, untuk hati aku yang berbuku keras.

Kadang kadang Tuhan ingatkan kita akan dosa dosa kita.
Kita rasa marah pada diri kita.
Kenapa kita teruk?
Kenapa kita tak jadi orang yang baik?
Sebenarnya masa masa macam tu lah kita patut bersyukur.
Tuhan masih nak ingatkan kita.
Sebenarnya Tuhan ingat pada semua orang.
Tuhan sayang kita sama rata.
Cuma kita je.
We see things differently.
And we perform differently.

Aku pernah cakap pada Zha, kekadang aku fikir, kenapa ada orang yang lagi jahat, lagi teruk, tapi hidup dia senang dan bahagia?
Duit banyak.
Travel sana sini.
Shopping.
Lepas shopping update di facebook twitter instagram.
Sambung belajar sampai dapat PhD.
Bini banyak.
Perempuan simpanan banyak.
Duit macam tak surut.
Tapi menipu orang.
Bercerita pasal minum beer waktu berbuka puasa.
Bangga bercerita pasal skandal yang boleh berdayung sampai dua tiga kali satu malam.
Mengutuk bini.
Ajak orang tak percayakan Tuhan.
Zha kata ada satu istilah.
Dia ingat ingat lupa.
Aku tanya, istidraj?
Dia jawab, ya itulah istilahnya.
Tuhan bagi ujian kesenangan kepada mereka.
Nak tengok sama ada mereka masih ingat pada Tuhan atau tak.

You know, Tuhan jawab soalan kita dengan macam macam cara.
Dia Maha Kreatif.
Bila kita tengok orang homeless.
Bila kita tengok anjing tua kebasahan duduk tak berganjak dalam hujan.
Bila kita tengok orang ramai beli nasi bungkus.
Bila kita tengok perempuan tudung labuh jeling orang sebelum dia masuk ke dalam BMW nya.
Bila kita tengok orang tendang kucing di kedai makan.
Bila kita tengok orang kaya kata barang orang miskin takda "class".
Bila kita tengok burung berteduh di bawah bumbung kedai masa hari hujan.
Bila kita tengok perempuan tak pakai tudung dah pakai tudung bila berkahwin, sebab suami dia kata taknak tanggung dosa, sedangkan kita tau suami dia tak pernah solat.
Bila Kancil berenjin kereta perang cucuk belakang Audi A6.

Semua tu jawapan.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.