Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, December 23, 2014

Isnin yang menggembirakan kita boleh jadi Isnin yang menyedihkan bagi orang lain

Hujan non stop hari ini.
Aku suka bila Ipoh tak panas.
Tapi hujan macam ni buat aku rasa helpless.
Rasa ditinggalkan dunia.

Malam tadi aku mimpi.
Tuhan jadikan ramai orang sebagai aku.
Dan apabila mereka menjadi aku, mereka terpaksa lalui segala ujian yang aku lalui.
I saw pain and suffer.
Mereka mati sebab tak dapat tanggung apa yang mereka lalui.
Benda tu aku nampak mesejnya.
Nak tak nak aku terpaksa akur.
Mereka tak faham apa yang aku lalui simply because they didnt go through those days.
That explains so much why they dont understand it.
Tuhan takkan uji seseorang melainkan orang itu mampu menanggungnya.
Tuhan tau mereka tak mampu.
Sebab itu di dunia nyata Tuhan tidak menguji mereka sebegitu.
Sebab Tuhan dah lama tau.

You know, dalam doa doa setiap hari, aku selalu doa agar Tuhan murahkan rezeki mak abah, adik adik, dan Buull.
Aku akan ulang line tu berulang kali.
Tapi untuk aku sendiri, aku lebih mahukan ketabahan.
Aku nak kuat.
Supaya aku boleh betul betul redha dengan banyak perkara.
Supaya aku boleh tidur malam.
Supaya aku tak rasa diri aku tak berguna.
Supaya orang berhenti judge aku.
Supaya aku boleh hidup.
Hidup.
Dan kemudiannya aku baca surah Taha ayat 1 sampai 5, untuk hati aku yang berbuku keras.

Kadang kadang Tuhan ingatkan kita akan dosa dosa kita.
Kita rasa marah pada diri kita.
Kenapa kita teruk?
Kenapa kita tak jadi orang yang baik?
Sebenarnya masa masa macam tu lah kita patut bersyukur.
Tuhan masih nak ingatkan kita.
Sebenarnya Tuhan ingat pada semua orang.
Tuhan sayang kita sama rata.
Cuma kita je.
We see things differently.
And we perform differently.

Aku pernah cakap pada Zha, kekadang aku fikir, kenapa ada orang yang lagi jahat, lagi teruk, tapi hidup dia senang dan bahagia?
Duit banyak.
Travel sana sini.
Shopping.
Lepas shopping update di facebook twitter instagram.
Sambung belajar sampai dapat PhD.
Bini banyak.
Perempuan simpanan banyak.
Duit macam tak surut.
Tapi menipu orang.
Bercerita pasal minum beer waktu berbuka puasa.
Bangga bercerita pasal skandal yang boleh berdayung sampai dua tiga kali satu malam.
Mengutuk bini.
Ajak orang tak percayakan Tuhan.
Zha kata ada satu istilah.
Dia ingat ingat lupa.
Aku tanya, istidraj?
Dia jawab, ya itulah istilahnya.
Tuhan bagi ujian kesenangan kepada mereka.
Nak tengok sama ada mereka masih ingat pada Tuhan atau tak.

You know, Tuhan jawab soalan kita dengan macam macam cara.
Dia Maha Kreatif.
Bila kita tengok orang homeless.
Bila kita tengok anjing tua kebasahan duduk tak berganjak dalam hujan.
Bila kita tengok orang ramai beli nasi bungkus.
Bila kita tengok perempuan tudung labuh jeling orang sebelum dia masuk ke dalam BMW nya.
Bila kita tengok orang tendang kucing di kedai makan.
Bila kita tengok orang kaya kata barang orang miskin takda "class".
Bila kita tengok burung berteduh di bawah bumbung kedai masa hari hujan.
Bila kita tengok perempuan tak pakai tudung dah pakai tudung bila berkahwin, sebab suami dia kata taknak tanggung dosa, sedangkan kita tau suami dia tak pernah solat.
Bila Kancil berenjin kereta perang cucuk belakang Audi A6.

Semua tu jawapan.

Wednesday, December 17, 2014

Hujan dan penampilan hantu melayu

Its 5 am.
Aku boleh dengar kucing jantan tu mengiau.
Setiap malam dia mengiau.
Looking for some girl to hook up with, maybe.
Or maybe he has already found one and he kept meow-ing to attract her.
I dont know.

Harini hujan non stop.
Aku turun nak pergi makan sebelum pukul 7 maghrib tadi.
Thats going to be my breakfast, lunch and perhaps dinner too.
Masa nak turun tu, I had to access the card first.
Thats when I saw a perempuan, di luar pintu yang aku kena touch access key, duduk bersila mengadap tangga, pegang henpon, dan menangis.
At first I was a bit hesitated.
I know her.
She lives in one of the rooms.
I think she's the only person yang tak buat masalah that I dont call her mangkuk.
I was hesitated because masa tu nearly maghrib and there, a girl sitting on the floor, tunduk and crying.
Kinda spooky.
Tapi lepas tu aku pikir aku tak rasa  hantu akan pakai tudung bawal satin kaler hijau gelap, baju bunga bunga dan bawa knapsack.
Dan kalau betul dia hantu, she has a splendid appearance, which tak tipikal macam hantu lain.
Maybe I should tell that to Mamat Khalid.
After all I always think he has cool ideas at sending messages to people out there, melalui filem dia.
Bila dah keluar dari pintu grill yang sempit nak mampus tu, aku tanya dia, "Are you okay?"
Dia jawab, "Yeah."
She didnt really look at my face while answering it, but if she said she's okay, then she's okay.

Masa kat mamak Salam, sorang mamak tu tanya aku, mana aku pergi seminggu tak nampak.
I was about to tell him that I went for some cool places that have women in bikini, but then I realized its winter now, there's no way omputeh akan pakai bikini kat tepi pantai.
Unless we're talking about Kuta Beach.
Hee hee hee.
So, aku just jawab aku kerja.

Aku tertidur around 8.30 pm.
Terjaga pukul 10.30.
Buull whatsapp ajak pi makan.
Masa Buull smoke kat gerai makan tu, ada akak belakang dia buat buat batuk macam nak keluar ketulan darah.
Siap tepuk tepuk lagi macam nak tepuk nyamuk.
Kawan kawan dia pandang kat aku, and ya ada a few yang pandang kat meja kitorang.
I didnt really see the smoke coming to her face anyway.
But since dia menggelabah tetek over reacting macam tu, whatever.
Aku ingat dulu masa kat maktab, Farouq pernah cakap, kat Starbucks pun orang smoke.
Kalau tak nak ter exposed dengan sebarang asap, pi la makan tempat mahal yang bertutup, jangan makan tempat cikai.
Ha ha ha I know he's just saying.
The thing is, aku nak bagitau dia yang I have this super power to see future, dan dia takkan mati sebab lung cancer, tapi dia mungkin akan mati sebab penyakit berkaitan vagina, because she's wearing a pair of waaaayyy too tight pants.
Aku boleh nampak masa dia duduk tu, and bonus baju dia singkat, it made my view much clearer.
Super ketat.
Didnt realized what type of tudung she's wearing.
And she's not thin.
Not thin.
At all.
But after all, itu jalan yang dia pilih.
Okay.
I get that.
I'll definitely suggest Mamat Khalid to view that as an inspiration of making another malay ghost's appearance.
I think people would understand the message though.

Aku taktau kalau bulan ni Mr Goh akan naik notis pasal bil elektrik.
Dah seminggu aku tengok movie sampai subuh.

I do realized there were a few typing error dalam entry sebelum ni.
Sebab type laju sangat.
Sampai ada perkataan yang tertinggal.
It looked like I made stupid grammatical errors.
I hate grammatical error.
But after all, ada benda memang kita akan tertinggal dan tak sedar.
Dan bila kita dah sedar, sama ada benda tu mendatangkan kekesalan atau tidak.

Monday, December 15, 2014

Apabila menampal lukisan di dinding dikira komitmen

Dah pukul 2.30 pagi.
Tadi aku tak tau nak buat mana satu dulu.
Tengok movie, melukis, atau basuh baju.
Jari aku sakit.
Luka tak tau datang dari mana.
Jadi aku tak boleh nak basuh baju atau melukis sangat.
Well, yeah, I watched Madagascar instead.
Tapi aku dah takda tshirt nak pakai untuk kerja, maka aku terpaksa juga basuh baju.
Basuh a few sahaja.
Jangan tanya macam mana aku basuh baju dengan jari yang luka tu.
Pedih tapi kita kena harung juga sebab benda tu kena dibuat.
I'm suck at this, you know.
Hidup ni biar miskin cemana pun, tapi mesin basuh kena ada.
I hate doing laundry.
Baju memang sebakul dah ni.
Kalau bongkah emas mungkin dah boleh jual dan enjoy duduk hotel Caesar's Palace, Vegas.
Bunyi macam cerita Hangover kan?
Yeah, I know.

Semalam Khizanat penuh dengan manusia sebab ada Khottal dan ada promo tour filem Terbaik Dari Langit.
Bront and Sharifah Amani were there.
Since I'm an awkward person dan aku taktau nak act macam mana bila orang dah ramai, bila dah takda orang nak masuk tengok show Khottal, aku angkut bekas ice cream berisi duit entrance fee dan pergi ke dapur.
Yeah, aku goreng kentang dan makan dengan sos mushroom.
Have you guys try it?
The glorious Khizanat's mushroom sauce in Ipoh?
Its glorious because I'm the one yang masak sos tu.
Because it has my touch.
Ha ha ha.
Resipi tu Yasin punya.
Dia tukang masak Khizanat sebelum ni.
Then Buull buka pintu dapur tanya apa aku masak, sebab dia kata bau sampai kat luar.

Aku tak rasa aku jenis manusia yang excited bila jumpa artis.
They're human, anyways.
I used to jalan sekarpet merah dengan Remy Ishak masa FFM dulu, and I got the seat just behind him.
Everyone knows I'm his biggest fan.
Tapi aku dah jarang excited pasal dia since Buull came.
Ha ha.

Aku melukis juga tadi.
I couldnt help it.
Benda tu kena buat bila kau memang rasa nak buat.
Bila takda mood memang takkan buat.
Kalau dipaksa memang buruk.
The other day I had a small talk with a friend.
She told me her art tutor used to say something like, "Identiti bila melukis tu penting. Sebab benda tu buat orang ingat kita. Bila orang nampak benda yang kita lukis kat tempat lain, dan lukisan tu buat orang ingat akan kita, walaupun bukan kita punya artwork."
And she told me I have "class" and she admired my artwork.
She said whenever nampak kucing or lukisan kucing, it reminds her of me.
I was like, no waaayyy.
Dia jauh lagi berbakat, plus dia ialah dalam group realisme.
You  know, boleh lukis scenery, boleh lukis potret, and of course dia boleh lukis benda lain kalau dia boleh lukis benda real.
But then she said, this is not a kiss-ass compliment.
I  dont know.
Its kinda cool bila orang kata orang suka artwork kita.
Sedangkan kita bukan sesiapa.
Kadang kadang aku pikir, adakah  orang rasa artwork aku maybe some kind of crap or bullshit.
Tapi aku suka apa yang aku lukis.
Aku suka.
It makes me happy.
And somehow my soul feels contented bila buat tu.

Remember bila aku kata aku dah lama tak berangan?
Lately ni ada juga berangan.
Benda yang sama aku berangan masa 7-8 tahun lepas.
Aku nak travel dengan artwork aku, dan buat a simple exhibition di setiap tempat yang aku pergi.
Ditemani.
Ya, ditemani.
What?
Come on, I was 22 masa tu, of course I want to be loved by someone.
But then later aku sedar mungkin takda siapa akan teman aku buat semua tu.
I'd have to do it alone.
I always thought there will be no someone.
But then I dont think people wanna buy my artwork.
How am I gonna do that for living even though its my damn dream?
Damn, why does my life has to be so miserable?

Aku tanya Buull dia ada macam impian apa apa tak.
Dia jawab dia nak travel, nak backpack.
You know, when people I love say something they're gonna do, mesti aku akan terdiam.
Sebab masa tu aku akan terfikir, am I included in their plan?
Instead of ask, I remain silent.
I dont wanna hear the answer.
It can be a rejection.
Rejection is not just about a boy rejects a girl, a girl rejects a boy.
Its more than that to me.
Its like bila mak kita nak pergi pasar malam, and we love pasar malam so much, she tells us she's going, but she doesnt really ask you to go with her, then dia start kereta and poof hilang ke pasar malam.
Thats another contoh of rejection.
So, thats me.
I am the person who is so afraid of rejection.
Or being left behind.
Or being not included in any plan of my loved ones.
But I'll just remain silent and choose not to talk about  it to anyone.
Sounds soooo me.

Talk about melukis, aku dah mula tampal sketches di dinding bilik.
At first I didnt think I would reach  that phase.
Dalam hidup aku, tampal sketches or drawings on the wall is a kind of commitment.
Because at first I thought I wont be staying in this room lama lama.
Masa rumah sewa kat Rawang dulu pun aku tak tampal.
Walaupun aku suka rumah tu.
Tiga bilik and I got the whole house hanya dengan sewa sebulan RM 180, a bit furnished.
And I lived alone.
Ya.
Ya, 180 sebulan, ya hear me.
Sounds impossible tapi benda macam tu datang sekali je dalam hidup.
But then, there they are.
The drawings and the sketches and the paintings.
On the wall.
Membiak dari sehari ke sehari.
Thinking of it, sebenarnya aku takda masalah pun nak bagi komitmen pada bilik ni.
I am no playgirl, dude.
Ha ha ha.

Tadi teringin makan Big Apple.
So me and Buull went to Jusco.
Unfortunately dah habis.
So we changed plan.
We went for sushi.
Aku suka sushi Jusco.
Walaupun murah, tapi sedap.
I've once tried Sushi King.
Dulu la.
Masa still jadi cikgu.
Tapi aku tak rasa aku suka Sushi King.
Maybe sebab aku dah terlalu lama menghambakan diri kepada sushi Jusco.
Well, bukan semua anak sungai boleh berubah macam tu saja.

Tadi Buull curi curi nak baca buku conteng aku.
Aku tak kisah pun dia baca.
Atau belek sketches dalam tu.
I have nothing to hide.
Semalam dia dapat buku sebab dapat jawab soalan Amani.
And I wrote something on the first page,

"Since the first day I saw your pretty eyelashes, I knew there's always something about you."

Dia cakap aku sweet.
I can see he's happy with I wrote.
I'm glad he is.
I'm glad I really had a broken heart two years ago.
It led me to Ipoh.
It led me to love.
And it led me to another history.
Of life.






Saturday, December 6, 2014

Mangkuk dan kehidupan

I live in a small room since I reached Ipoh.
It makes me happy walaupun I have to live with penghuni bilik lain yang most of them I call mangkuk.
There's a mangkuk who always has late night phone conversation with her boyfriend.
Not really normal conversations because all I heard is yelling, screaming, crying, (oh no, I dont think they're doing phone sex or anything gross, but they apparently quarrell).
Selalunya akan berlaku time aku nak tidur.
Around 2 am.
And 7 in the morning.
Dan benda tu buat aku menyampah.
And there's another mangkuk, or should I say there ARE another mangkuks yang suka cuci pinggan dalam toilet.
I've found sarung ketupat palas, bihun, megi, nasi (of course because this is Malaysia uollsss) and whatnot.
Oh, yeah, belum pernah jumpa chocolate indulgence or tuna sandwich from Starbucks.
And there's mangkuk yang suka basuh baju (read : memberus bagai nak pergi perang) setiap kali pukul 3 pagi.
Bilik aku depan toilet dan sink tempat diorang basuh baju tu di luar toilet.
You know, kalau diorang kencing atas lantai pun aku boleh dengar dari bilik aku.
Ya.
Mangkuk yang tak reti tutup paip betul betul, mangkuk yang suka berborak luar bilik aku, mangkuk yang tak reti flush lepas buang air besar, mangkuk yang tak reti off suis lampu toilet lampu luar toilet lampu hallway dan lampu luar main door, mangkuk yang tinggalkan sampah depan bilik diorang atau tepi main door sampai sampah tu kekadang terburai padahal landlord dah cakap sampah buang sendiri, dan juga mangkuk yang suka pasang lagu kuat kuat.

Sama ada aku yang terlalu mangkuk sebab tak boleh terima perangai diorang, atau diorang memang mangkuk.
At least ada bilik.
Auntie kat area Khizanat tu homeless.
Reason I dont move out is, aku suka tempat ni.
Strategik.
Dekat dengan segala kedai dan keperluan.
Aku cuma perlu jalan kaki sebab  kaki lah transport aku.
Oh, damn.
Aku still belum renew license.
Expired on the very 1st November.
Sebab tak drive berbulan bulan.
So I dont really care.

Bila menyampah, terus nak cakap omputeh campur campur bahasa Melayu.
Okaylah tu.
At least I dont use curse word banyak sangat.
Mangkuk isnt really a curse word.
No, it is not.
Is it?

A lot has been going.
Aku suka bila bilik bersepah dengan kerja kerja melukis.
Working on cat faces collection untuk TheKullest.
It costs RM 3 each, postcard size.
And more new stickers.
Khottal buat Sisu tour di Khizanat 13 Disember ni.
Entrance fee RM 10 only.
Please tell this to anyone you know who's going to be in Ipoh pada tarikh tu.
So bolehlah sesambil tu nak beli TheKullest punya stuff.
Kalau jumpa perempuan rambut pendek pakai apron corak buah epal merah di dapur Khizanat, just say hai.

Sebetulnya, aku ada hati nak sambung belajar.
Bukan sambung master.
Tapi nak ambil second degree.
Kalau ambil master, kena ambil yang berkaitan education oh man please I've had enough dont make me go puking.
Orang kata takda apa yang mustahil, just go for it, tapi in my situation, there's a second thought.

Oh God, dah pukul 4 pagi, aku lupa pakai toner dan moisturizer.
Boleh?

Buull kata dia suka bila aku potongkan kuku dia.
Dia rasa macam dimanjakan.
Well, aku harap kalau rambut aku dah panjang nanti, dia boleh tolong ikatkan.
I told him he should bribe me supaya aku simpan  rambut panjang.
Contohnya macam belanja makan Kenny Rogers setiap minggu.
Aaahahaha.
Tapi belanja soya drive thru pun dah seronok sebenarnya.

I love him.

Haritu aku mimpi, ada orang tanya, tak takut ke dengan keadaan aku sekarang yang takda apa apa, takda stability.
Orang lain at this age ada macam macam dah.
Ni kalau omputeh ni dah tentu diorang cakap, what a lame question you son of your mother.
Aku jawab, zaman sekarang memang semua guna duit.
Tapi Tuhan lagi berkuasa daripada duit.
Duit tu memang raja.
Tapi Tuhan tu Tuhan.

"Its not like you're walking into nothing, its more like taking the life you chose and making sure you were right to take it. While my peers got on getting a wife, making a few kids and getting comfortable, I didnt. I chose LIFE."

(Francis Wolf of Spunky Funggy, Social Carbon Copy)