Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, November 9, 2014

Hantu 29

Aku tak tau berapa ramai orang yang takut akan hantu.
Aku juga tak tau berapa ramai yang tidak takut akan hantu.
Walaupun selalu ternampak atau terserempak atau terdengar, tapi aku masih akan rasa takut.

Sebenarnya hantu paling menakutkan ialah diri aku sendiri.
Aku selalu takut dengan diri aku sendiri.
Takut dengan nasib dan takdir yang terjadi pada aku.
Takut dengan perilaku, imaginasi dan pemikiran pemikiran aku sendiri.
Kadang kadang rasa takut tu mendorong kepada meluat dan benci.
Terhadap diri sendiri.

Aku takut dengan macam macam yang aku buat.
Ada yang aku kesali.
Ada yang tak.
Aku tak tau berapa banyak masa yang aku ada lagi.
Mati takkan bagitau aku bila dia nak datang.
Sepuluh tahun lagi, lima bulan lagi, dua minggu setengah lagi, atau sehari lagi.
Aku takut dengan diri aku sendiri.
Boleh ke aku selesaikan hutang hutang aku dengan Tuhan?
Hutang dengan mak ayah?
Hutang dengan manusia?
Hutang dengan haiwan haiwan yang  pernah aku bela dan kasihi?

1 November telah berlaku beberapa hari lalu.
Tuhan sudi lagi hidupkan aku.
Malah dia makbulkan permintaan aku untuk berada di Penang pada tarikh itu.
Bulan bulan terdulu aku cuma plan nak backpack ke situ dengan hasil menjahit totebag dan merchandise TheKullest, tapi Tuhan hantar aku ke Ipoh untuk kerja dan out station ke Penang pada tarikh itu.
Dapat merasa makan sedap.
Dapat merasa makan berteman.
Dapat merasa kerja ketika Tempatan Fest.
Dapat merasa berada di celah celah buku lama di Chowrastar.
Dapat merasa beli dan baca buku Mitch Albom buat pertama kalinya.
Malam tu sebelum terlelap, aku berdoa pada Tuhan, jauhkanlah aku daripada menjadi musibat yang tak bersyukur.
Sebab aku sebagai hantu yang aku  sendiri paling takuti, aku tau ada bahagian bahagian dalam hidup yang aku masih rasa tak cukup.

Aku sebenarnya sedang menduduki ujian ujian kecil.
Situasi bilik sewa.
Situasi penghuni penghuni lain yang agak mangkuk.
Situasi toilet tersumbat.
Situasi macam hidup dengan toilet dalam longkang.
Aku malas nak huraikan.
Kalau aku cerita, lelaki lelaki gagah  badan ala abang abang pun boleh loya mual mengalahkan ibu mengandung dua bulan.

Aku sanggup bertahan tidur di atas sofa Khizanat ni pun sebab aku nak pergi Loken pagi esok.
Walaupun aku tau aku takkan boleh tidur.
Tapi aku sanggup juga demi memikirkan toilet bilik sewa yang macam longkang.
Yang kalau terpikir atau teringat, aku terus rasa benci dan meluat.
Dulu sebulan aku tidur atas sofa ni.
Sebab belum ada rumah.
Tapi aku muhasabah diri balik bila memikirkan auntie yang homeless kat bawah tu.
Dia macam happy.
Aku tak tau apa dia rasa.
Apa dia lalui.

Dua tiga hari ni aku tertanya tanya.
Aku ni memang asyik buat orang susah hati dan memikir pasal aku ke?
Bila aku nak hidup tanpa menyusahkan orang ni?
Kenapa plan aku banyak entah ke mana mana ni?
Kenapa banyak benda lari dari track ni?
Contohnya macam plan nak beli basikal hari tu.
Aku syok sangat dok mengira sikit je lagi duit nak kena tambah, baru boleh dapat basikal, padahal aku lupa duit yang aku kira kira tu termasuk duit deposit bilik sewa.
Bila nak kena bayar deposit bilik tu baru aku boleh dengar macam mana jantung aku berlari.
Ya, tu dia duit basikal kau, Papa.

Bila memikirkan hidup ni memang suka mengejek aku, aku harap aku jumpa benda best kat Loken esok.
Itu untuk cover rasa rindu pada rumah Kontan, pada Kono si kura kura dan pada kucing kucing aku.
Sebab kat sini aku takda sesapa dan takda apa apa.
Kecuali Buull.

Sekejap sekejap aku rasa keliru.
Yang selama ni mengejek aku tu, adakah kehidupan?
Atau diri aku sendiri?
Kerana aku sudah lama sedia maklum tentang hantu yang paling aku takuti ini.



No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.