Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, October 28, 2014

Tadi aku berjalan dalam hujan macam orang putus cinta, walhal aku gembira dengan sebahagian besar hidup aku.

Isnin.
Cuti.
I dont really fancy hari cuti.
Cuti buat aku rasa lonely.
Dan rasa loser.
Semalam pun cuti.
Semalam dan hari ni aku habiskan jam jam tertentu di Ipoh Parade.
Itu saja yang dekat.
Dan itu saja tempat berupa sedikit hiburan untuk aku.
I bought myself a young-adult novel for RM 4 and a Female magazine for RM 2.
Aku yakin aku akan datang lagi ke kedai buku terpakai tu, to get more books.
Young-adult books, of course.
Sebenarnya itu saja jenis buku yang aku suka sejak dulu.
I dont read love-romance books.
Unless its Ahadiat Akashah's.

Aku rindu library IPBA.
Boleh pinjam 12 buku sekali pinjam.
Or was it nine?
But that made me feels good.
I read a lot back then.
Dan setiap kali buku baru akan masuk library, the librarian would let me know.
It flattered me somehow.
Masa tu aku jarang baca buku bahasa Melayu.
Melainkan kalau ada assignment yang nak kena buat dalam bahasa Melayu.
Atau buku puisi.

Aku dibesarkan dengan buku.
Masa tahap satu lagi aku dah mula baca buku buku mak.
Buku yang ada pelbagai cerita pendek.
Yang ada puisi.
Sastera form six.
Dan banyak lagi.
Ada beberapa buku yang ada tulisan mak.
Tapi dia tak guna nama sebenar.

Nak jadi penulis sejak umur 9 tahun ni satu benda yang mencabar.
Sebab aku sampai tak nak dah jadi benda lain.
Sejak umur sebegitu aku dah nampak diri aku dua puluh tahun dari situ macam mana.
Duduk mengadap komputer sambil minum milo ais.
Aku tak pernah suka kerja yang kena berurusan dengan orang setiap masa.
Macam cikgu.
Atau apa saja yang asyik nak kena deal dengan manusia.
Aku suka kerja yang  orang tak nampak aku.
Dan aku tak boleh nafikan menulis je benda yang aku paling suka.
Masa tu bila kita kata nak jadi penulis, it sounded so impossible.
Tapi aku tak nak jadi pengkarya yang poyo.
These days, I see people write stuffs and call themselves poets, writers or whatever they are.
I know its none of my business ikut suka diorang la nak self-proclaimed, but I'm seeing it in a broader picture.
They say they want to do something for the industry.
They want to make it meriah.
They want to cherish it.
I know I'm nobody, dan aku tak join mana mana clique, but I observe what's going on.
Some of them even bergaduh sesama sendiri.
Or this clique bergaduh dengan clique yang lain.
Yang semuanya mengaku nak majukan industri ni.
Aku nampak diorang macam ahli politik.
Pelbagai parti.
Pelbagai fahaman.
Yang kata mereka nak majukan dan meriahkan industri penulisan, tapi sebenarnya...
Tak semua.
Macam biasa, tak semua.
Sebab macam di negara kita sendiri, masih ada ahli politik yang ikhlas dan jujur buat sesuatu UNTUK negara, bukan untuk populariti, kuasa, duit haram or whatever shit lagi tu.
Tapi nisbah yang sedikit.
Nisbah yang mengecewakan.

Benda jadi teruk bila kita berkarya tapi sebenarnya sibuk nak populariti.
Nak ada pengikut.
Nak ada kelab atau persatuan yang kita terajui.
Nak ada nama.
Nak naikkan orang tertentu sahaja.
Kita tuduh ahli politik kejar nama kejar glamour, main kroni, burukkan pihak dalam industri yang sama, berpura pura, tapi kita?
Tak salah kalau kalau kau jadi penulis dan tulisan kau jadi glamour, terjual laku sampai kaya raya, sebab itu maknanya rezeki hasil daripada penulisan yang jujur dan ikhlas.
Tapi biarlah cara laluan dan cara menggerakkan penulisan  tu itself berlaku dengan jujur dan ikhlas.
And again, menulis sebenarnya sebab apa?

Aku mungkin tak lejen macam orang lain tu, tapi aku pikir berdasarkan apa yang aku nampak dan perhatikan.
Macam kalau tiba bab makanan.
Aku tak pandai masak, tapi aku tau sup daging kat TKK jauh lagi sedap daripada sup daging kat tempat lain.
Sebab aku dah banyak cuba sup daging tempat lain.
Tak sedap.
Walaupun aku tak pandai masak, aku tau mana sedap dan mana yang tak.
Aku boleh bezakan.
Dah lah.
Sebenarnya aku lapar makanan sedap.
Dua hari asyik makan makanan mamak Salam.

Semua orang boleh berlakon.
Tapi mampu ke semua orang berlakon sampai meninggalkan kesan macam Fauziah Nawi, Azizah Mahzan?
Boleh ke berlakon real macam Nabila Huda?
Dude, Aaron Aziz seriously tak boleh berlakon.
No matter berapa ratus drama atau filem dah ada muka dia.
Be realistic.

Cikgu aku pernah kata, orang seni ni suka ikut hati.
Ikut hati mati, katanya.
Dan zaman sekarang, orang seni ada pengikut yang boleh jadi mati (buta) juga hatinya.
Macam parti parti politik dan pengikutnya.

Yelah, rezeki diorang dapat jadi glamour.
Anyways, both Najib Razak and Anwar Ibrahim are famous too.
Some people believe they're doing things FOR our nation and country.
But some people dont believe them at all.
Aku bukan orang yang sesuai kot nak cakap pasal politik ni.
Cats are way cuter than these politic thingy.

Aku suka masuk Watsons atau Guardians.
Tapi staff Watsons asyik paksa buat member card.
Every Watsons yang aku pergi.
Aku dah jadi meluat.
Sampai macam aku rasa, kalau pergi lagi dan diorang start nak ceramah pasal rugi tak buat member card sebab lifetime blablablayaddayaddayadda, aku rasa nak tala senapang kat muka diorang.
Memanglah aku suka masuk kedai diorang, dan aku selalu beli barang kat situ, tapi aku memang taknak buat member card.
Aku just taknak.
Walaupun diorang kata banyak kelebihan blablabla.
Aku taknak.
TAKNAK.
Macam bila kau selalu sangat travel Europe dan orang kat sana paksa paksa kau buat visa untuk terus menetap atau kerja atau apa je lah yang membuatkan kau boleh duduk kat sana dan ada banyak benefitnya.
Tapi kau taknak.
Sebab kau taknak.
Sebab kau je yang tau.

Anyways, kalau duduk oversea, banyak makanan yang susah nak cari.
Call me bongok, I dont care.
Sometimes its about love.
Kita sayang Malaysia, walaupun kita dah pergi Europe banyak banyak kali.
Walaupun kat Miami atau Hawaii banyak perempuan berbikini.
Its love.
Kita takkan senang senang tinggalkan bini semata mata kerana perempuan kat Venezuela hot hot.

Semalam masa aku jalan jalan di Ipoh Parade, ada orang Citibank offer aku untuk buat credit card.
Dia pujuk tapi aku menolak.
Dia senyum lagi dan bertanya, "But you're working right?"
Aku sengih, "Yah, I'm working."
Dia masih memujuk.
"Then? Just apply."
Aku ketawa.
"I dont think I can afford it. Thanks."
Dia terdiam.
Aku nampak muka dia.
Antara nak sengih dan tak sengih.
Dia sempat tengok aku atas bawah.
Oh, please.
Takkanlah aku kelihatan begitu bergaya macam CEO Hilton, sampai dia rasa aku kelihatan mampu memiliki credit card?
Kalau ya, okay, I'd take that as a compliment.
Dulu aku selalu tipu orang insurans bila diorang pujuk aku beli insurans.
Saya kerja ambil upah mesin rumput, saya tak rasa saya mampu bayar setiap bulan.
And they'll give up.
And I smiled kemenangan-ly.

Blog ni bukti aku tak boleh jadi penulis.
Aku suka main campur aduk cerita yang macam tak relate pun tapi aku enjoy buat macam tu.

Tapi, bukan ke hidup kita ni selalu je ada benda yang bercampur aduk dan muncul tetiba tak memasal dan macam tak relate langsung?
Sebenarnya relate.
Kita yang tak perasan.

2 comments:

  1. dalam penuh santai,talent menulis kau muncul tanpa perlu pembaca tercari-cari,i'm always wanting to write like you.seriously.

    ReplyDelete
  2. bercampur aduk pun aku enjoi membacanya.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.