Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, October 2, 2014

Selamat ulang tahun ketiga, Fafa.

Tarikh hari ni genap tiga tahun.
Tiga tahun aku tinggalkan profesion keguruan.
Selama tiga tahun tu orang cakap macam macam.
Selama tiga tahun ni juga aku dah kerja  kat macam macam tempat.
Dan ada jarak jarak masa yang aku menganggur.
Menerima kritikan konon aku perabih harta mak bapak.
Well, salah aku juga aku tak explain whats really going on, which apa yang aku trade dengan masa menganggur tu.
Aku tak explain kepada sesiapa.
Not even to my close friends.
Aku malas nak explain.
The thing is, meh la dok dengan aku dan ketahui apa aku buat atau lalui.
Masa aku tau ada lump dalam breast kiri dan cemana paniknya kena inject kat breast untuk diambil sel lump tu.
Masa nak kena scan.
Masa dapat tau kat belah kanan pun ada lagi tiga lump.
Masa aku rasa lump tu takda apa apa tapi sakitnya masih berlanjutan.
Masa aku selalu sakit sakit.
Masa Paksu sakit dan jarak rumah dia yang hampir sejam pemanduan kereta, pastu nak kena ulang alik pi hospital.
Masa kena uruskan hal tukar sekolah anaknya, Adam, yang mak decide nak bela.
Masa mak takut aku sakit sebab dia tau aku akan sakit.
Masa mak harapkan aku untuk itu ini.
Masa aku buat percubaan untuk mencari kebebasan tapi tak sampai hati.
Dan apa jadi di rumah selama tiga tahun.
Dan cemana aku harus handle semuanya tanpa atau bersama ubat.
Dan...
Dan banyak lagi.
Itu baru 0.3 peratus.
I dont have to tell everyone.
Tiga tahun aku layan je orang nak kata apa.
Aku menganggur pada mata orang, tapi mak dan abah tau apa aku buat sebenarnya.

I'd love to cerita whats really going on masa tu.
But not  here.

Hari ni genap sebulan aku di sini.
Masih ramai tak tau aku di mana.
Kecuali keluarga.
Dan beberapa orang kawan yang kebetulan bertanya.
Dan pergi mampuslah dengan anak beranak belah abah yang kata aku still takda apa apa at this age.
Biarlah aku tak kaya, takda rumah sendiri, takda kereta sendiri, tak kawin kawin lagi.
Aku taknak jadi macam diorang.
Kawin umur muda, ada anak, kaya, bahagia, pi bercuti sana sini, tapi dok mengata orang dan topik perbualan masih gaya makcik makcik berkemban toncet tuala kat kepala sambil jemur baju kat ampaian.

Hari ni dapat kunci bilik sewa.
Aku tak berapa pasti tentang perasaan aku terhadap itu.
Yang aku pasti, aku tak minat betul naik turun tangga sampai dua tingkat.
But at least bilik tu dekat dengan toilet dan ada tingkap.
Dan ada access card untuk naik ke bilik.
Macam dok kat studio apartment kaya kaya bahahaha.
At least  orang luar tak boleh masuk sesuka hati.
Kat main door tulis lelaki tak boleh masuk.
Kalau masuk, kena dakwa.
Boleh percaya ke?
Entah.
So takda la jadi sarang pelacuran.
Jap lagi  kalau kastemer hayam hayam ni salah masuk bilik, tak ke aku boleh bertukar jadi TheThing macam dalam cerita Fantastic Four.
Dan aku nampak tahi dog kat level 1 tadi.
Which is wow.
I love dog.

Tadi ada orang bergaduh jerit jerit kat bawah kedai.
Lelaki dan perempuan.
Lelaki tu mamat Watson kat bawah.
Diorang kata pasal hutang.
Jojo dan Naim turun pi tengok.
Gila bergaduh macam dalam WWF siri gusti yang banyak menipu orang dan diselangselikan dengan aksi ganas, tapi orang still tengok.
Masa tu, dalam kepala aku cuma satu.
Macam mana kalau Tuhan mengamuk sebab aku banyak hutang dengan Dia?
Banyak like seriously banyak.
Dosa.
Tapi, aku yakin Tuhan lebih suka guna kaedah psikologi.
Dia bagi ujian untuk kita sedar.
Dia bukan saja bagi ujian, malah Dia telah lama memberikan kita akal dan hati.
Jadi, bila ujian datang, kita kena guna akal dan hati.

Sempena ulang tahun ketiga perletakan jawatan aku yang panjang cerita pre dan post nya tu, aku buat kopi special Khizanat untuk diri sendiri buat kali kedua hari ni.
Ini lah first time aku nak celebrate ulang tahun 1 Oktober yang penuh dengan ujian umpatan spekulasi dan tak kurang juga yang membuatkan beberapa orang bangga dengan aku.
Of course aku buat lagi sedap dan smooth.
Tapi hanya untuk aku.

Aku tengah tunggu Buull datang ambil aku, dengan senyuman dan wonderful gaze nya.

1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.