Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, September 11, 2014

Petala ke berapa, tidak tahu lah pula

Aku bangun tadi, badan sakit gila.
Sofa yang boleh dibuka menjadi tilam ni bukan syurga.
Tapi syurga bukan tempat aku.
Boleh jadi itulah musababnya belakang badan macam baru lepas berjuang dengan hurricane.
Dan sejak sampai ke sini, baru sekali aku dapat tidur yang lena.
Itu pun sebab penat akibat hari pertama di stall Khizanat sempena Tempatan Fest hari tu.
Selebihnya, aku terpaksa melalui malam malam yang terlalu amat sangat panjang meleret.
Masalah tidur ni bukan masalah baru untuk aku.
Tapi untuk berjuang demi tidur ni boleh buat kita rasa nak marah pada banyak benda.
Terutamanya diri sendiri.

Aku rindu menjahit.
Harapnya tak lama lagi boleh menjahit semula.
Tapi benda takkan jadi semudah yang kita sangka.
Next week ada cuti seminggu.
In a way, aku berterima kasih pada Tuhan sebab tak join event.
Tuhan je tau awkward nya nanti tahap petala ke berapa.
Tapi aku tak berapa ada rasa nak balik.
Berita di whatsapp group semalam buat aku berpikir banyak kali.
Aku was was dan ragu dengan apa yang berlaku.
Aku tak nak balik sebab aku tak nak tengok drama yang lebih teruk daripada drama drama bongok kat tivi sekarang ni.
Aku bukan taknak pikir positif.
Tapi selama ni semuanya negatif.
Aku ada 1% rasa nak balik pun sebab nak jumpa mak, Erin dan haiwan haiwan peliharaan aku.

Aku suka di sini.
Walaupun aku belum hafal jalan.
Alah, aku jalan kaki je pun.
Bila dah tua ni aku rasa aku tak perlukan  kereta.
Kereta ni macam bini bini yang tak habis habis nak melaram mekap tebal handbag baru kasut super super minta duit pi shopping tapi buat mi kari tak sedap.
Tak, tu bukan ayat dakdakdeep okay, walaupun kawan kawan cakap aku deep sejak umur 10 tahun lagi.
Ahaakkkksssss.
Apa benda gelak macam pondan yang baru nak berubah jadi lelaki gagah ni?

Cerita pasal soalan UPSR bocor, benda ni dah jadi lama.
Beberapa minit sebelum aku jawab paper Matematik UPSR 1997, kawan aku bagitau soalan nombor 1 sampai nombor berapa entah, apa soalannya.
Info dia begitu lengkap dan sempurna tapi aku malas nak  layan.
Aku benci matematik.
Jadi aku tak nak  layan benda yang aku benci.
Bila buka kertas soalan, aku terkejut dan takut sangat sebab info yang kawan aku bagitau tu tepat.
Tak ada cela.
Yang kawan aku ni pandang aku sambil sengih dan angkat kening.
Aku taktau dia score tak paper tu sebab masa ambil result tu aku tak jumpa dia.
Aku terlalu eksaited paper English aku dapat A, hasil kegarangan cikgu anak dara lewat usia berbangsa Cina.
Aku takkan lupa dia baling buku kerja Eddy yang masih ada pensel picit kat dalam tu, baling dari tingkat tiga sampai jatuh atas bangsal kat sebelah sana, sebab  Eddy tak siap kerja.
Eddy menangis.
Dia budak lelaki paling manja dalam kelas.
Setiap hari aku akan tengok buku kerja Eddy kat bumbung bangsal tu mereput dimakan hari dan juga hujan sudah tentu.

Ceritanya, hal soalan bocor mungkin dah berlaku dari zaman JWW Birch lagi, tapi tak kantoi.
Masa aku dok kat Rawang dulu pun, masa menumpang sekejap di rumah cousin aku tu, dia ada cerita kawannya yang kaya seorang ni, sanggup bayar ribu ribu satu paper sebab nak dapat soalan bocor untuk anak dia.
Takkanlah tak score kan.
Tapi bila anak anak masuk kolej atau universiti, masa tu lah diorang tau kubur tu kalau dalam dia enam kaki, kau rasa macam 78 kaki dalamnya.

Aku tunggu juga orang kaitkan hal soalan bocor dengan hal politik Malaysia, tapi belum ada.
Belum cukup kreatif diorang ni.

Tak lama lagi 1 Oktober.
Genap tiga tahun aku resign daripada jawatan bergred DG 41.
Genap tiga tahun aku tinggalkan gaji ribu ribu yang orang kata aku tak bersyukur dan cari hidup susah.
Genap tiga tahun kena telan cakap cakap orang yang dah macam lendir busuk yang aku rasa nak baling semula kat muka diorang.
Genap tiga tahun Tuhan kenalkan aku dengan macam macam benda dan laluan takdir yang berselirat tapi aku gembira Tuhan jadikan itu untuk aku.

Aku rasa aku kena beli juga tilam hari ni.
Aku ni dah tua.
Belakang badan pun makin bengkok.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.