Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, September 2, 2014

Di bawah selimut hijau

Kalau ikut jam pada henpon aku ni, dah pukul 11.20 malam.
Aku berada di tempat yang jauh dari keluarga, kekucing, kura kura dan hamster aku.
Juga mesin jahit.
Enam jam perjalanan lebih kurang jauhnya.
Aku di tempat yang tidaklah begitu asing, tapi aku akan berada lama di sini.
Dalam hidup ni memang akan ada masa masa yang kita buat keputusan mengejut.

Malam tadi aku di Shah Alam.
Susah nak tidur sebab diserang lelah.
Siang harinya aku banyak minum ais.
Bermula dengan air jagung di Stadium Merdeka, light Pepsi yang dibelanja kawan, dan sirap ais ketika di mamak Darussalam.
Padahal itulah pesanan mak paling utama.
Jangan minum air batu banyak banyak.
Aku ikutkan sangat desakan cuaca kota metropolis, tak sampai 24 jam jauh dari mak aku dah diserang lelah.
Orang kata, padan muka.
Aku kata, takpalah kalau ujian sakit boleh padamkan sikit sikit dosa kecil.
Tapi dosa besar sesungguhnya lebih banyak.

Dan sekarang aku di negeri lain pula.
Jadual hidup akan berubah.
Dan aku akan jumpa manusia berbeza setiap hari.
Dan aku harap Tuhan restu semuanya.
Banyaknya guna "dan".
Ingat Yuna ke?
Tapi ada ceramah Ustaz Asri yang aku pernah tengok, katanya Tuhan izin tak bermakna Tuhan redha.
Harapnya semua baik baik saja.

Masa tak boleh tidur sebab lelah semalam, aku tanya balik diri aku.
Betul ke apa aku buat ni?
Memandangkan aku ada memikir beberapa benda, memang rasa macam nak balik masa tu juga.
Tapi aku handle balik kepala otak aku.
Hidup jangan banyak was was.
Kalau orang lain boleh percayakan aku, kenapa aku nak kutuk diri sendiri?

Aku nervous juga untuk siang hari nanti.
Tetapi rindu juga dengan mesin jahit.
Ada buku Protopunk di sebelah aku ni.
Nak ulang baca, tapi aku macam tenang menulis benda ni.
Menaip sebenarnya.
Sambil berselimutkan selimut hijau yang mak suruh bawa.
Selimut baru, katanya.
Aku rasa dalam sebulan ni, terlalu banyak hari yang aku tengok mak menangis.

Apalah jadi dengan duit KWSP aku tu.
Best juga kalau boleh keluarkan dan spend untuk menikah dan kemudiannya naik kereta api 20 jam ke Bangkok.
Harapnya sempat merasa duit tu sebelum mati.
Nampak tak?
Asyik fikir duniawi saja.

Sebenarnya tadi aku menangis juga.
Tapi aku doa supaya Tuhan tenangkan aku.
Doa tu makbul buat masa ni.
Aku tenang sedikit.
Tenang di bawah selimut hijau ni.
Hal esok dan seterusnya, harap aku tenang juga.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.