Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, August 10, 2014

Malam ini seperti biasa iaitu berbeza dengan malam malam yang lain

Entah pukul berapa, aku basuh mangkuk di sink.
Dengar suara mengiau di belakang rumah.
Kalau hantu pun aku dah tak takut sebab banyak lagi benda yang lebih menakutkan dalam dunia ni selain rupa hodoh diorang tu.
Aku buka pintu, masuk seekor kucing hitam ekor panjang.
Umur macam setahun.
Atau belum sampai setahun.
Mukanya innocent.
Aku tanya, nak makan ke?
Tak dijawab.
Aku tanya lagi, panjangnya ekor awak ni, awak ni kucing siapa?
Tak dijawab.
Aku letak makanan dalam bekas, dia terus makan.
Krup krap kunyah macam orang kunyah kerepek masa hari raya.

Lepas makan, dia duduk atas riba.
Tora, Teddy dan Miko pandang penuh minat.
Kalau dia terus tinggal sini, nak panggil dia apa?
Sebenarnya aku eksaited sebab aku sangat suka kucing kaler hitam semua.
Aku tak pernah ada kucing kaler hitam solid.
Bila aku perhati, misai dia pun hitam.

Setiap kali ada kucing datang rumah, setiap kali tu aku tau  kalau Tuhan ambil tujuh, mungkin dia ganti dengan hanya satu, tapi satu itulah paling lumayan dalam hati.
Atau Tuhan ambil dan beri ganti dan ambil lagi dan beri ganti dan ulangan itu berputar kerana Dia mahu kita tau Dia tak pernah berhenti memberi dan Dia sentiasa ambil peduli doa doa yang kita baca dalam hati.

Aku dah mula panggil dia Kamen.
Action Kamen, you know.
Tapi macam tak significant.
Tapi aku tak nak la letak nama yang ada kaitan dengan fizikal dia.
Black, Tamtam, Puma.
Seperti mana aku tak nak orang panggil aku sempena fizikal aku.
Gigi panjang, hitam atau kaki parut eksiden.
Seperti mana orang boleh terima aku, aku juga mahu kucing yang datang ke rumah ni rasa diterima.

Aku tutup lampu hall dan baring di sofa.
Cuba untuk tidur tapi teringatkan Jodi, Jingga, Robin, Tommy, Mary, Kabu, Taiger, Kitty, Raingers, Jimmy, Kori dan Yuyu.

Kadang-kadang bila tengah kesempitan, aku membayangkan ada orang datang jumpa aku dan mahukan kucing yang aku bela, dengan harga harga yang mustahil.
Ratus atau ribu ribu.
Masa tu aku pikir, aku nak jual tak?
Aku tengok muka diorang dan tak dinafikan breed diorang ni kekadang special juga, tapi dari situ aku sudah tau.
Miskin macam mana sekali pun, jangan bagi kucing pada orang lain demi duit.

Dalam dunia akhir zaman yang penuh dengan syaitan jadian ni, tolonglah percaya bahawa ada benda yang kita takkan trade dengan duit.
Dan benda yang kita takkan trade dengan duit tu lah yang boleh bagi sejuta atau berdetik detik lebih majik dalam hidup kita.
Atau mungkin juga ketika berdepan dengan titian siratulmustaqim.

Kalau Tuhan kata ya, lantaklah orang lain nak kata apa kan.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.