Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, August 14, 2014

Aiskrim potong lebih sedap daripada hati hati yang sekian lama terpotong halus

Aku pergi 7E.
Untuk beli topup dan makan aiskrim.
Masa nak cari parking, aku tengok suasana meriah semacam kat area 7E tu.
Aku rasa bebudak Politech Mara ni baru dapat loan atau scholar.
ATM machine dalam 7E tu je muka diorang queue.
Bestnya dapat duit.
Tapi duit tak boleh beli kebahagiaan, babe.
Tapi ya, duit boleh beli sebiji skuter Ego atau sekurang kurangnya Converse hicut yang aku tengok kat kedai hari tu.
Hidup jangan bersultankan duit, babe.
Sebab duit juga Nyonya Mansor tak kasi Sabariah kawin dengan Kassim Selamat.
Sebab duit juga bank kerja makan riba.
Sebab duit juga bini bini tinggal laki dan lari dengan laki lain.
Sebab duit juga aku tak kawin kawin sampai hari ni.
Eh.

Aku sebenarnya tak plan nak beli aiskrim apa.
Lepas dah bayar topup, baru aku usha peti aiskrim.
Aku seronok sebab kaunter cashier lengang.
Aku tau masa nak bayar topup tu bebudak Politech yang queue kat ATM tu tengok kaki aku.
Aku pakai seluar tiga suku macam orang nak pi bendang.
Well, yes, biarlah parut tu kat situ dan bukannya dalam hati.
Sebab aku dengar dari budak budak yang buat sajak, parut kat hati ni lagi sedih.
Bila dah usha peti aiskrim, aku nampak aiskrim potong.
Aku cari harga kat peti.
RM 1.30.
What?
Wah, bila terkejut terus cakap omputeh.
Dah RM 1.30?
Dulu 80 sen je.
Mana aku pergi selama 50 sen dia berubah harga tu?
Cepat betul masa berlalu.

Dah bayar, aku plan nak makan aiskrim tu depan 7E.
Tapi.
Pakcik tak betul tu ada lagi kat depan tu.
Dia dok angkat tangan kat orang macam bila kita terjumpa orang yang kita kenal.
Pastu entah apa yang dia cakap.
Semua orang dia tegur macam dah  kenal lama.
Seram jugak kalau dia tegur aku.
Nak sembang apa?
Mesti semua orang tengok.
Aku ada satu teori bahawa orang gila boleh scan orang.
Well, aku tau la.
Okay, bukan semua orang gila boleh baca orang.
Dulu masa aku praktikum kat SK Padang Tembak, ada sorang tukang kebun ni datang masa aku dengan Syida tengah buat mural kat dinding luar bilik seni.
Aku takdak masalah kalau dia just nak lepak borak borak.
Tapi aku jadi tak suka bila dia start nak baca/scan Syida.
Dok baca perangai Syida macam ni macam tu hekhokhekhok.
Dia dah tungtangtungtang baca Syida, asyik tanya betul tak betul tak.
Aku diam ja sepanjang sesi dia dengan Syida tu.
Bila dia dah habis baca Syida, aku pandang dia.
Aku tunggu dia nak baca aku pulak.
Aku dah nekad kalau dia baca aku, aku nak baca dia pulak kawkaw sampai dia nangis.
Dia pandang aku.
Aku tunggu dia start.
Tapi dia hanya mampu pandang aku sambil hisap rokok.
Lepas tu dia tunduk.
Dia tak baca aku.

Aku ada dua teori.
Dia tak baca aku sama ada sebab dia tak dapat baca aku kerana aku ni terlindung, atau sebab dia tak berani nak cakap betapa berseliratnya jalan hidup aku.
I was 24 and God knows what I've been going through.

Sekarang ni, kalau lima enam tahun dulu, mesti aku dah jalan  kaki pergi  Kerinchi untuk beli aiskrim dan Twisties atau Mamee.
Lepas tu duduk di bus stop depan berek polis.
Tengok kereta lalu lalang.
Tengok manusia.
Tengok hantu.
Dulu aku buat semua tu ada banyak sebab.
Sama ada bosan saja saja atau sedih atau rasa nak ambil angin.

Pakcik tak betul depan 7E tadi buat aku teringat orang gila yang selalu sama sama lepak dengan aku kat bus stop depan berek polis dulu tu.
Cuma aku duduk hujung, dia duduk hujung.
But technically lepak sekali la kan?
Dua dua senyap.
Nak jugak aku offer Twisties pada dia, tapi takut.
Takut tetiba dia jerkah lepas tu cekik aku.
Teruknya aku.
Judgemental.
Entah entah kalau aku offer dia Twisties, dia boleh jadi friendly.
Babe, you'll never know the power of Twisties.
Mungkin apa yang dia perlukan ialah a real talk.
Bila tak dihiraukan, dan takda sesapa nak berbual dengan dia, itu mungkin faktor minor kenapa dia berkesudahan begitu.
Orang yang sepanjang  hidupnya memendam perasaan ni je yang paham apa diorang rasa.
Apalah jadi pada dia sekarang.
Sihat ke?
Makan ke tak?
Still lepak kat situ ke?

Kejap.
Dah balik ni baru aku tersedar.
Pasal aiskrim aku makan tadi.
Aiskrim Israel ke?
Tak guna.
Dahla singgit tiga posen.

Sunday, August 10, 2014

Malam ini seperti biasa iaitu berbeza dengan malam malam yang lain

Entah pukul berapa, aku basuh mangkuk di sink.
Dengar suara mengiau di belakang rumah.
Kalau hantu pun aku dah tak takut sebab banyak lagi benda yang lebih menakutkan dalam dunia ni selain rupa hodoh diorang tu.
Aku buka pintu, masuk seekor kucing hitam ekor panjang.
Umur macam setahun.
Atau belum sampai setahun.
Mukanya innocent.
Aku tanya, nak makan ke?
Tak dijawab.
Aku tanya lagi, panjangnya ekor awak ni, awak ni kucing siapa?
Tak dijawab.
Aku letak makanan dalam bekas, dia terus makan.
Krup krap kunyah macam orang kunyah kerepek masa hari raya.

Lepas makan, dia duduk atas riba.
Tora, Teddy dan Miko pandang penuh minat.
Kalau dia terus tinggal sini, nak panggil dia apa?
Sebenarnya aku eksaited sebab aku sangat suka kucing kaler hitam semua.
Aku tak pernah ada kucing kaler hitam solid.
Bila aku perhati, misai dia pun hitam.

Setiap kali ada kucing datang rumah, setiap kali tu aku tau  kalau Tuhan ambil tujuh, mungkin dia ganti dengan hanya satu, tapi satu itulah paling lumayan dalam hati.
Atau Tuhan ambil dan beri ganti dan ambil lagi dan beri ganti dan ulangan itu berputar kerana Dia mahu kita tau Dia tak pernah berhenti memberi dan Dia sentiasa ambil peduli doa doa yang kita baca dalam hati.

Aku dah mula panggil dia Kamen.
Action Kamen, you know.
Tapi macam tak significant.
Tapi aku tak nak la letak nama yang ada kaitan dengan fizikal dia.
Black, Tamtam, Puma.
Seperti mana aku tak nak orang panggil aku sempena fizikal aku.
Gigi panjang, hitam atau kaki parut eksiden.
Seperti mana orang boleh terima aku, aku juga mahu kucing yang datang ke rumah ni rasa diterima.

Aku tutup lampu hall dan baring di sofa.
Cuba untuk tidur tapi teringatkan Jodi, Jingga, Robin, Tommy, Mary, Kabu, Taiger, Kitty, Raingers, Jimmy, Kori dan Yuyu.

Kadang-kadang bila tengah kesempitan, aku membayangkan ada orang datang jumpa aku dan mahukan kucing yang aku bela, dengan harga harga yang mustahil.
Ratus atau ribu ribu.
Masa tu aku pikir, aku nak jual tak?
Aku tengok muka diorang dan tak dinafikan breed diorang ni kekadang special juga, tapi dari situ aku sudah tau.
Miskin macam mana sekali pun, jangan bagi kucing pada orang lain demi duit.

Dalam dunia akhir zaman yang penuh dengan syaitan jadian ni, tolonglah percaya bahawa ada benda yang kita takkan trade dengan duit.
Dan benda yang kita takkan trade dengan duit tu lah yang boleh bagi sejuta atau berdetik detik lebih majik dalam hidup kita.
Atau mungkin juga ketika berdepan dengan titian siratulmustaqim.

Kalau Tuhan kata ya, lantaklah orang lain nak kata apa kan.

Friday, August 8, 2014

Tak paham

Dua tahun dulu bila aku kata jangan dan aku tak approve, diorang marah aku.
Ayat yang biasa aku dengar dari kecik sampai ke tua ni, sampai telinga ni kalau boleh muntah, dah keluar muntah :
"Susah awak ni tak paham."

Bila  sekarang, benda yang aku dah predict dari dulu berlaku, tinggal aku ni belum jahat habis je nak cakap,
"Dulu aku cakap semua taknak dengar, sekarang??"
Tetap juga aku kena dengar ayat bahawa aku ni yang tak paham paham.

Kalau dah tau  benda libatkan dua pihak whatsoevershit tu, semuka bincang la jangan dok pikir releven logik sendiri paham sendiri pikir sebelah pihak je.
Bukan semua orang pikir macam kita pikir.
Sebab tu ada orang bila lapar dia masak megi, ada orang pula potong jari sendiri untuk buat sup.
Bila aku cakap je, kata  aku tak paham.
Bila aku fed up taknak ambik tau, kata aku selfish.
Bila aku nak tolong bagi pendapat, bukannya nak dengar dan pertimbangkan sikit ke, tapi aku kena balik.

Sebab tu agaknya aku  ni membesar jadi orang yang lembab, susah nak paham apa  orang cakap.
Dok ulang doa yang sama.

Dan benda yang paling aku tak paham, kenapa orang yang bersalah tu yang macam selamat takyah hadap segala bullshit yang dia buat ni?
Selamat untuk kali yang ketujuhpuluhlapanjuta kali.
Itu yang paling aku tak paham.
Yelah, aku memang selalu tak paham kan?

Aku cuma boleh doa cepat masa berjalan (90 hari dan efeknya sepanjang zaman atau ada efek lain interrupt sebelum cukup 90 hari) dan semoga yang tak bersalah ni takyah hadap all the bullshitness.

Dan ya, aku harap kau mati.

Saturday, August 2, 2014

Betul ke berangan tu free?

Aku dah lama tak berangan.
Aku tak ingat bila last aku berangan.
Berangan tu memusnahkan aku.
Orang kata, tak salah berangan, berangan kan free.
Tapi, bagi aku, bila dah habis berangan, di hujungnya ada bayaran yang paling pedih.
Iaitu, semua tu bukan realiti.
Jauh.
Jauh dari realiti.

Masa sekolah menengah, aku berangan nak ada galeri seni.
Yang di dalamnya ada buku buku cool dan ada cafe untuk lepak makan minum.
Orang kata, jadi artis susah nak hidup.
Bila aku kata artist, aku tak maksudkan macam Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz.
Oh, boy. Aaron Aziz is so overrated.
Aku pun boleh jadi pelakon kalau ekspresi muka kayu dan sama memanjang.
Cuma sebab muka aku muka Jawa tersepit kat parit, jadi takda nilai market di situ.
Okay, pergi mati dengan all those bullshit-ness.
Okay.
Bila aku kata artis, aku maksudkan Syed Ahmad Jamal, Yusof Gajah, or at least Kullest Fafa (eh?)
Masyarakat dok pumpang tungtang jadi artis sebegitu tak boleh survive kat dunia yang bersultankan duit ni.
Beli painting RM 20 (walaupun nilai estetikanya menyamai karya Pollock atau Warhol) tak berbaloi kalau nak dibandingkan beli Tag Hauer (betoi dak eja?) atau Gucci sampai tujuh, walaupun pergelangan tangan ada dua je.
Sebab masyarakat kita tak dididik dengan betul untuk faham dan hargai seni.
Lalu mentaliti bahawa seni visual ni tak begitu penting diseret zaman berzaman.

Jap, kenapa aku rasa macam dah jauh je ceramah aku ni?
Ahh, pi mampuih la.
Aaron Aziz berlakon muka keras manjang, orang sanggup ja ngadap berjam jam.
Yelah, bak kata orang, dah rezeki dia, jangan dengki.
Eleh, asal tak gemor je kata orang dengki.
Teori lain, please?

Tadi Dila tanya, kenapa aku tak pernah expose hasil kerja aku kat Teluk?
Macam brader brader geng potret dan karikatur tu.
Sebenarnya aku tak hiraukan sangat pun soalan Dila tu sebab aku sibuk makan keropok lekor.
Tapi bila dah malam, bila dah off lampu bilik, bilik dok usha instagram gadis gadis hipster mana entah, soalan tu mula datang balik.
Macam mana kalau MPK yang selama ni liat nak bagi permit, tetiba bagi permit bila aku apply?
Macam mana kalau bila permit aku dah dapat, aku dah mula expose kan hasil karya pop tak pop naive tak naive aku tu, tetiba ramai orang datang Teluk semata mata nak tengok art yang aku buat, yang harganya tak lebih daripada RM 20 tu pun?
Macam mana kalau bila aku dah start expose semua tu, tetiba ramai omputeh dari institut art offer aku buat exhibition sampai ke luar negara?
Macam mana kalau bila aku dah start buat exhibition kat overseas, tetiba presiden Russia dan US berebut nak painting aku yang hanya bersaiz 9 inci kali 7 inci yang cuma berharga RM 15 tu?
Macam mana kalau Russia dan US perang sebab nak kan painting RM 15 dan Israel sibuk campur tangan dan tak hiraukan Palestin dan tetiba Palestin bebas?
Itu maknanya dunia nak kiamat.

Nampak tak kenapa aku tak nak berangan?

Tadi aku try kemeja adik aku.
Bila aku tengok depan cermin, aku kerut muka.
Kenapa aku macam kurus?
Adakah sebab aku tak sihat sejak raya kedua?
Jap, harini raya keberapa?

Dalam masa sepuluh tahun, adakah kita semua berubah?
Aku still dengan Converse buruk aku tu.
Yang pada awalnya kaler krim, tapi sekarang dah macam kaler asap yang keluar dari ekzos kereta mewah korang tu.
Rambut tetap pendek.
Cara jalan masih macam zombie.
Masih tetap suka tomyam dan telur bungkus berbanding asam pedas.
Masih anti dengan orang yang banyak main perempuansss.
Masih miserable.
Tapi masih cool.
Cool mengikut definisi aku sendiri.

Macam mana kalau satu hari nanti, bila orang tanya mak mertua aku, "Menantu awak tu kerja apa?"
Dan mak mertua aku jawab dengan relaxnya,
"Dia artis. Banyak melukis sampai ke Helsinki, jarang ada kat Malaysia. Kalau balik sini pun masa cuti hari buruh atau masa Uniqlo buat sale je."
(Sambung berangan ke apa ni?)

So, sekarang dah jam 2:56 pagi, ada bayaran paling pedih yang terpaksa dibuat bila tiba di penghujung angan-angan.

Orang kata, antara doa yang baik ialah doa yang tak diketahui oleh orang yang didoakan.

Mekaseh kepada yang mendoakan.

Anyways, tu gambar raya aku. Kalau terserempak masa aku dok sibuk layan peminat kat exhibition nanti, tegur tegurlah.