Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, July 25, 2014

Raya untuk kalian, bukan untuk aku

Selamat pagi.
Aku tak suka raya.
Umur dah nak dekat 29, tapi masih belum suka dengan nikmat raya yang Tuhan bagi.
(masyarakat bersuara : Dasar manusia tak bersyukur!)
(aku : *joloktekak*)

Yuyu mati beberapa hari lalu.
Pukul 3 pagi aku dah nampak cara dia bernafas.
Aku teman dia baring depan pintu rumah.
Aku angkut selimut dan bantal kecil.
Baring sambil usap dia.
Dia pandang aku, mata dia dah jadi hitam semua.
Aku nampak beberapa ekor semut merah datang.
Masa tu aku dah tau.
Aku boleh rasa air mata turun laju laju masa tu.
Aku bagi dia minum air Yassin guna syringe.
Dia tersedak.
Masa tu aku menangis lagi.
Aku doa kuat kuat dalam hati, tolonglah ambil Yuyu kalau dia terseksa.

Aku baring atas sofa.
Pukul 6 subuh tu aku terjaga, Yuyu dah keras.
Terima kasih, Tuhan, sebab faham.
Masa tu aku membayangkan, Yuyu dah pergi jumpa Jimmy.
Dan tunggu aku di atas buaian.

Aku off menjahit dan tutup order totebag, tapi ada banyak pula order untuk lepas raya.
Damn, aku tak suka raya.
I dont like the suasana.
The whatever kemeriahan or the food or the preparation.
It makes me sick.
I know I'm such a jerk for saying that, but I definitely cant lie about how I feel.
The only thing I love about it is just masa nak bayar zakat.
The feeling, yes.

Malam semalam mak pesan banyak kali, supaya kemas rumah hari ni.
Pesan banyak kali dari masa aku basuh baju, potong kain nak jahit bag, keluar masuk dapur nak minum air, sidai baju.
Last sekali aku cakap, "Takyahlah cakap banyak banyak kali. Macamlah selama ni tak kemas rumah. Dah la saya ni tak suka raya."
Tapi ayat kedua dan ketiga tu aku cakap dalam hati je.
(Masyarakat bersuara : Anak biadab!)

Dan aku tak suka dipaksa beli baju raya.
Tak kiralah kalau orang hulur duit suruh beli pun.
Memanglah benda tu sunat, Nabi kata.
Tapi jangan membazir, please?
Please la.
Lainlah orang hulur duit nak beli acrylic ke, beli belacu buat totebag ke kan.
(Masyarakat : Dasar pemalas! Mengharapkan duit orang!)
(Aku : Gurau je kooottt.)

Sebenarnya, kalau duit banyak, maybe aku tumpang Mimi balik KL, pastu aku jalanlah mana mana hari raya tu.
Peduli apa kalau orang nak kata aku apa pun.
Orang bukan tau apa kita rasa.
Orang tau nak marah je.

Ada satu lagi perkara yang buat aku terfikir fikir, which is sucks nya kalau tak dapat dilaksanakan.
Its going to make me hate myself even more.
Satu cara je nak selesaikan.
Satu
cara
sahaja.
Tapi satu cara tu lah yang AMAT MUSTAHIL.

1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.