Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, July 7, 2014

Menghampiri Ramadhan sembilan

Ramadhan lapan.
Nak masuk sembilan dah.
Tapi semua masih sama.
Dan Jimmy takkan ada.

Semua orang macam busy.
Aku buat buat busy juga.
Tapi failed.


2012


Kalau nak suruh jujur, aku tak suka bulan puasa.
Dan aku tak suka raya.
Aku tak ingat bila aku mula tak suka dua bulan tu.
Tapi dah lama.
Sejak kecil.
Ya, aku tau dua dua tu bulan mulia dan penuh berkat.
But I have my own reasons.
Bukan soal agama atau terpesong akidah, come on give me a break.
Aku rasa takda orang tau kenapa aku tak suka.
Ada seorang dua yang mungkin tau aku tak suka.
But the reason?
I never put it in detail.

Haritu disebabkan aku tak dapat tidur malam for like two weeks, aku akhirnya kembali ke klinik itu.
Sebab aku dah tak tahan.
Masih ada nurse yang sama.
Aku nampak fail yang ada nama Doktor Amilin.
Dia masih kerja di situ.
Dan aku nampak kelibat dia di hujung klinik.
Ketawa sedang berbual entah dengan siapa.
Dia memang periang.
I wonder, dia tak pernah depress ke?

Nurse tanya nak jumpa doktor ke?
Aku cakap aku just datang untuk buat buku baru sebab buku appointment aku hilang.
Aku just nak set tarikh appointment.
Tapi nurse suruh jugak.
Agaknya dia nampak macam mana rupa orang yang tak tidur dua minggu.
Akhirnya aku mengaku aku tak dapat tidur dan aku dah lama tak makan ubat.
Tapi aku tak nak jumpa doktor sebab aku datang sini tumpang mak yang kebetulan nak beli barang di bandar, dan mak menunggu di luar hospital dan aku taknak mak tau aku datang klinik ni semula to seek help.
Tapi nurse tetap nurse.
Jadi, aku setuju juga.
Tak taulah doktor mana diorang nak refer ni.

Keadaan kat kaunter jadi kelam-kabut sekejap, sebab diorang tak jumpa fail aku.
Dua tahun.
Kemungkinan fail aku dah dihapuskan.
Aku terpaksa bersoal jawab tentang a few things macam IC sama ke tak, schizo ke, bila last datang jumpa doktor.
Tapi satu yang aku suka, nurse dan kerani di klinik ni layan patient dengan baik dari dulu.
Diorang akan cakap dalam nada yang penuh prihatin.
Fail aku masih ada.
Cuma dah diletakkan di bilik belakang.

Sesi dengan doktor was as expected.
Aku just cakap aku tak dapat tidur.
That I have to struggle to sleep but still I failed.
Tapi soalan yang aku paling tak bersedia nak jawab ialah, adakah tak boleh tidur tu sebab dengar suara?
Dia doktor.
Dia tau.
Aku mengaku juga akhirnya.
And it led to another question.

Ubat.
Inilah bahagian yang antara suka dan tidak.
Satu 30mg.
Satu 10mg.
Mind you, aku pernah capai 45mg untuk satu ubat kalau tak silap.

Masa balik tu, aku tak tau aku rasa lega atau tak.
Mak syak.
Aku cuma cakap takda apa and that I just cant sleep at nights.
Mak syak lagi.
Dan aku tukar topik tanya pasal apa entah aku tak ingat.

Kadang-kadang aku rasa nak cekik diri sendiri for not being able to change everything.
To place situations in order.
To have normal mental condition.
And to be happy.

I hate myself for being fake in front of others.
I pretend that I enjoy my life.
Dah beberapa hari aku tak melukis.
Tak buat design baru untuk TheKullest.

I hope there's another me.
Yang boleh jalani hidup macam biasa untuk aku, while I'm busy sleeping after taking the pills.
Tak kira berapa banyak cahaya matahari yang mata aku telan setiap hari, aku tetap ragu ragu.
Ragu ragu dengan keupayaan aku untuk hidup.

Dan aku ingatkan diri sendiri, seratus kali tatap painting muka Jimmy takkan menghidupkan dia kembali.


2 comments:

  1. aku tak tau apa yg kau alami. aku tak dapat rasa. tapi dari bacaan aku, aku dapat rasa "kesakitan" kau. aku doakan yang baik-baik saja untuk kau. dan aku :)

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.