Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, July 10, 2014

Di laut ribut melanda

Appointment di klinik petang tadi.
Bila tengok orang lain di situ, aku tertanya tanya.
Diorang sakit macam aku tak?
Atau alzheimer?
Atau anxiety disorder?
Atau pecahan penyakit lain?
Boleh kata semua datang berteman.
Kecuali aku dan seorang lelaki yang mungkin jauh lebih tua.
Diorang boleh tidur malam tak?
Macam mana diorang kerja?
Aku sedar antara sebab aku ada masalah fokus dalam sesuatu benda/kerja ialah sebab ni.

Tadi sebelum ke hospital, aku naik Rapid.
Makcik di bus stop sibuk pula bercerita, kalau dalam bas dia tak larat kalau berdiri lama.
Katanya tangan kebas dan boleh terjatuh dan banjir tahun lepas dia baru je terjatuh sampai patah gigi.
Katanya lagi tempoh hari ada kes orang jatuh dalam bas sebab stroke.
Makcik tu terus bercerita dan bercerita.
Bas lambatnya sampai.
Hidup ni memang penuh dengan penantian.
Tak pernah berhenti dengan penantian.
Tapi sebab kita yakin bas akan sampai, maka kita tunggu juga.
Makcik tu tanya aku nak ke mana.
Aku jawab hospital.
Ada riak berbeza pada mukanya.
Dia tanya lagi, "Siapa sakit? Awak ke?"
Aku senyum dan angguk.
Masa tu aku berdoa kepada Tuhan supaya makcik tu dah tak tanya lagi.
Sebab aku tak nak bagi jawapan yang betul dan aku juga tak nak menipu hanya kerana taknak bagitau apa penyakit aku.
Masa tu juga aku doa kalau aku panjang umur dan sempat jadi tua, jadikanlah aku orang tua yang cool.

Masa dalam bus, di pertengahan jalan, seorang pakcik tua naik ke dalam bas.
Pakcik tu pula nak berbual dengan aku.
Cerita tentang sekecil kecil perbuatan baik pun pasti ada pahalanya.
Dia cakap ada bunyi Terengganu.
Aku cuma merespon dengan anggukan, iyalah dan inshaAllah.
Bila aku tekan loceng masa bas menghampiri depan hospital, pakcik tu seperti terkejut.
Dia tanya, aku nak turun kat hospital ke?
Aku taktau lah apa dalam pikiran dia.
Tapi dia tanya lagi, memang nak pergi hospital ke?
Aku jawab dengan senyuman.
Masa nak turun tu, sempat aku pandang pakcik tu dengan gaya watak dalam CSI Miami yang pakai spek hitam tu, dan bagi salam.

Sepanjang menunggu di klinik, aku nyaris tertidur.
Terlupa bawa headphone.
Tv dalam klinik terpasang entah drama apa.
Sampaikan nyonya nyonya pun tengok ralit cerita tu.
Aku tak nampak Dr Amilin.
Bilik dia belah hujung belakang.
Bilik pakar pakar memang kat belakang.
Yang aku nampak cuma ketua jabatan dia, yang dia panggil bos.
Tak ingat apa nama doktor tu.

Bila dipanggil, kali ni doktor lain.
Antara doktor yang pernah treat aku, sehinggalah aku dirujuk kepada Doktor Amilin.
Dia still ingat aku.
"Shifa, lama kita tak jumpa."
Sebenarnya aku lebih berharap dapat jumpa doktor haritu.

Doktor tak kurangkan dos ubat pun.
Aku agak berharap dos dikurangkan.
Mungkin belum lagi.

Mesin jahit buat hal lagi.
Padahal baru repair dan ambil dari kedai hari kelmarin.
Jadi aku tak boleh nak sambung menjahit.
Sedih dan buka instagram.
Tengok gambar gambar amoi mana taktau.
Nampak gambar Mimi throwback main air pantai di Cherating.
Aku suka tengok dia pakai dress tu.
Macam flawless.
Dan rasa macam nak komen, Mimi bawa saya pi Teluk, please.
Tapi tak jadi nak komen macam tu pada jam 11 malam.
Dengar lagu lagu The Smiths.
Aku beli headphone lima ringgit supaya dapat dengar lagu dan aku tak dengar apa apa yang boleh buat kepala aku rasa nak meletup.
Macam dalam kereta semalam.
Macam minggu lepas di tepi kedai repair mesin jahit.
Macam hari hari dan minggu minggu dan tahun tahun tahun sebelumnya.
Semuanya berdesing desing di telinga.
Terdengar dengar.
Benda tu buat kepala aku rasa nak meletup.
Macam banyak benda berdentum dalam kepala.
Macam seluruh urat badan jadi tegang.
Macam tekak rasa loya nak muntah.
Dan kemudiannya kena pekup dua dua telinga dengan tangan.

Berapa banyak perkataan berharap hari ni?
Berharap cinta dibalas.
Berharap dapat belikan set lego untuk anak anak.
Berharap whatsapp dibalas.
Berharap dapat beli tudung Ariani.
Berharap dapat pakai kasut Louboutin (cemana nak eja tak tau) masa annual dinner opis.
Berharap kerajaan Israel ghaib tetiba.
Berharap cukai dimansuhkan.
Berharap bulan puasa cepat berlalu.
Kita semua hidup dalam harapan no matter how hard we try to educate ourselves not to berharap.

Bila orang kata kita tak bersendirian, betul ke?

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.