Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, June 22, 2014

Yang hilang, yang masih ada, yang menyorok.

Dah beberapa hari.
In fact berminggu dan mungkin juga bulan aku mencari.
Aku cari buku appointment klinik, tak jumpa.
Aku tak ingat kalau aku dah buang.
Atau benda tu lunyai masa banjir haritu.
I need that book.
Atau aku kena call klinik department tu dan tanya macam mana.

Aku baru lepas potong kertas.
Dan prepare beberapa perkara untuk barang TheKullest.
To those who are interested to see some cool stuff, go tengok instagram @thekullest .
Kat Khizanat pun ada aku letak, but I'll restock with some new stuffs.

Tadi masa potong kertas, aku termenangis sikit.
Sikit je.
Habis potong kertas, aku touch up sikit kaler atas totebag yang aku jahit haritu.
Masa tengah kaler pun termenangis sikit.
Sikit je.
I hate everything about me since the past few years.
Kadang kadang aku rasa Tuhan sedang menghukum aku sejak sepuluh sebelas tahun lepas.
Tapi takkanlah Tuhan hukum saja saja.
Boleh jadi Tuhan menguji sehabisnya kerana dia sediakan sesuatu untuk nanti nanti.

Semua orang macam biasa.
Sibuk dengan kehidupan mereka.
Setiap hari ke sana ke sini.
Ada orang duduk setempat, tapi sibuk juga.
Kadang kadang bila naik Rapid, bila berdiri dalam bas dan tengok keadaan di luar cermin bas, banyak yang aku fikir.
Kenderaan kenderaan.
Orang jalan kaki.
Orang naik basikal.
Budak sekolah yang masih dalam uniform.
Macam mana kalau dalam kesibukan tu semua, dunia hancur?
Siapa yang mereka fikirkan dulu?

Masalah tak boleh tidur malam ni bukan benda baru.
Dari zaman Nabi Nabi mungkin sudah jadi.
Kalau tak, takkanlah wujudnya doa susah tidur.
Tapi benda tu jadi menyusahkan.
Buat aku rasa nak marah pada diri sendiri.
Dan aku akan dapat tidur hanya bila subuh.
Dan susah bangun esoknya.
Aku benci bangun lambat.
Tapi kadang kadang tidur je jalan yang baik.
Bila terjaga, aku tak nak bangun.
Aku nak tidur.
Dan aku akan sambung tidur.
Tanpa mengetahui apa jadi di luar.
Tapi selalunya tak boleh.

Kadang kadang aku tanya pada Tuhan.
Bila Dia nak bebaskan aku?
Macam biasa, Tuhan tak jawab.
Atau Dia jawab, tapi aku yang tak dengar.

I hate being at home.
I hate seeing the scenarios of what I hate to see.
Of what I hate to hear.
Buat aku rasa meluat.
Buat aku rasa benci.
Macam muntah yang tak lepas dari perut dan tekak.
Manusia memang cepat lupa diri.
The fact that I cant say it out loud, is so depressing.
Kalau bukan sebab hukum Tuhan, dan toleransi yang dipadamkan, dah lama aku buka mulut.
Tapi Tuhan uji sebegini lama.
Dan aku tak boleh bercakap apa apa.
Sekadar membiarkan mereka rasa hukum yang menangkan mereka itu akan jadikan mereka sentiasa betul.

If I decided to go back to that clinic, keadaan mungkin boleh jadi rumit.
I have been experiencing the same shit symptoms for months.
I dont want them to know.
Susah untuk sorok sorok, but I have to.
I need help.
At least ubat yang doktor bagi tu akan buat aku boleh tidur.

Haritu aku mimpi.
Aku ditugaskan untuk hantar seorang budak ke pulau di seberang.
Aku tak tau budak tu siapa.
Tapi dia pakai baju macam hamba hamba.
Aku kena hantar dia dengan sampan.
Yang aku kena dayung.
Masa tu ombak besar besar.
Bergulung dan berpintal.
Warna hitam.
Macam minyak gris yang likat.
Ombak tu besar, tapi tak menghala ke arah pantai.
Menghala ke kanan.
Aku cuma berdiri kat tepi pantai tu.
Pandang ombak ombak gergasi yang macam nak telan aku tu, sambil berfikir.
Boleh ke aku dayung sampai ke pulau tu?
Sempat ke?
Tak dibaham ombak ke aku?
Budak yang berpakaian hamba hamba tu cuma duduk  bersandar di batu pantai sambil pandang ombak tu.
Sama macam apa aku buat.
Mimpi tu habis macam tu saja.

Aku rasa aku paham apa maksud mimpi tu.
Dan boleh jadi budak yang pakai baju macam  hamba hamba tu ialah sesuatu yang ada dalam aku sendiri.

Sama ada aku berani bawa dia ke tempat sepatutnya, atau tak.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.