Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, May 27, 2014

Syurga yang ditawarkan

Ada syurga yang tersedia dalam tidur,
yang tak boleh diberikan oleh dunia.

Friday, May 16, 2014

Setelah sebulan sejak entri terakhir?

Sebulan dah?
Tak terasa.
Been busy (what??)
Rasa macam takda apa pun.
Semua sama.
Kulit aku masih hitam.
Rambut masih pendek.
Peha dan betis masih besar.
Tak selim macam Alexa Chung.
Parut eksiden yang bermaharajalela di betis sejak 19 tahun lalu masih ada.
Parut yang masih membuatkan aku rasa rendah diri.
Parut yang membuatkan aku kadang kadang benci tengok diri sendiri.
Kaki kiri pula menjadi berbeza daripada orang lain.
Berbeza?
Tak, sebenarnya bukan berbeza.
Tapi cacat.

Sejak Jimmy pergi, Tuhan hantar tiga ekor untuk aku.
Bila baca balik apa yang aku tulis tentang Jimmy, mata dipenuhi air.
Bila buka balik folder dalam pendrive yang ada gambar Jimmy, mata bagai disimbah sebaldi pasir.
Yuyu.
Aku masih memandang Yuyu setiap hari, dengan perasaan ingin tahu.
Apakah yang dia nampak masa Jimmy kekejangan sebelum mati hari tu.
Adakah malaikat maut?
Tetapi Yuyu lebih suka lari bila nampak aku.
Sebab dia tau aku nak sapu ubat kurap kat telinga dia.

Aku sepatutnya dah tidur.
Aku dah tak boleh tidur lewat.
Nanti esoknya akan terlajak tidur dan kesemua kerja akan jadi slow.
Kalau sepatutnya kena edit untuk sticker atau name card atau apa saja editing, mungkin akan berakhir ke tumblr.
Atau menggoogle cara cara untuk buat latte yang sedap.

Dah lama tak tengok movie.
Lapar pulak.
Tak patut kalau aku buat roti telur goyang ala-ala Vegas waktu macam ni.
I miss Ipoh.

And I miss talking to myself too.