Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, April 2, 2014

Semoga terlepas segala siksaan

Patutnya aku dah tidur.
Tapi aku buka soundcloud, dengar lagu Di Pintu Mahligai - Iklim.
Usha tumblr, usha twitter kat henpon, usha whatsapp yang tak senyap senyap dek grup klasmet masa kat maktab hahaha, usha gambar Buull (takkanlah tak sweet, Fafa kot).
Jimmy's getting worse. Dont wanna talk about it. 
Surat BR1M dah dua kali sampai kat rumah. 
Sekali dah la. 
Ni nak hantar dua kali paseipaaaa. 
Bukannya duit tu berganda pun.
Tadi naik bus, dah tentu lalu depan hospital.
Masa tu teringat apa yang aku pikir malam tadi.
Apa kabar Dr Amilin? Sihat ke?
Bukan rindu.
Tapi sayu.
Cemana kalau dia dah transfer hospital lain?
Dia still pakai henpon HTC tu ke?
Dia kata dia suka baca novel, dan dia harap dia dapat baca buku aku satu hari nanti.
I have the urge to go to that clinic again.
Setiap kali appointment, aku park kat luar. Belah belakang hospital.
Dekat dengan bilik mayat.
Kena lalu bilik mayat, baru masuk clinic dan wad tu.
Dulu aku selalu pikir, adakah aku akan mati disebabkan penyakit tu? Boleh ke kesunyian dan kesengsaraan hati membawa kematian?
Tapi dalam hati, setiap kali lalu bilik mayat untuk menuju ke clinic tu, aku akan cakap dalam hati , " Takpa, nanti aku akan bahagia dengan hidup aku."
There's always this freaky and indescribable feelings whenever aku buka pintu clinic dan melangkah masuk.
Most of the nurse dah kenal.
I dont like it there, but I have this belief yang kalau masuk jumpa doctor, dunia kat luar akan padam.
Yang tinggal cuma aku dan doctor. Dan nurse pembantu dia yang akan tolong tulis tarikh next appointment dalam buku aku, atau tulis injection apa aku kena ambil. 
Mungkin juga aku rindu.
Entahlah.
Aku teringin juga nak buka almari dalam bilik aku tu.
Ada bag dalam tu.
Dalam bag tu penuh dengan Remeron.
Dulu Remeron tu la yang tolong aku tidur.
Yang tolong buat aku rasa bahawa tidur ialah satu benda yang best.
Sebab bila tidur, aku tak perlu hadapi dunia.
Masa tu aku selalu mimpi ada asap kepul kepul.
Asap kaler hitam pekat. 
Seolah olah minyak gris yang bergolak.
Dan jiwa rasa mampat.
Mimpi perang besar besaran.
Mimpi haiwan besar dan liar.
Mimpi suara suara.
Doctor nak aku buat CT scan.
Yang kita baring dan kepala masuk dalam mesin scan tu.
Doctor kata cuma nak tau kenapa aku tak merespon dengan ubat.
Hari nak kena buat scan tu, aku pakai dress vintage bunga bunga kecil kaler coklat cerah, paras bawah lutut sikit.
Konon nak kuatkan semangat.
Konon nak feeling feeling cantik.
Dress tu aku beli masa jualan reject US-Japan kat Megamall.
Sepuluh ringgit satu.
Aku taktau mana pergi dress tu.
Aku buang kot.
Aku tak suka bila setiap kali appointment, abah suka tetapkan apa aku nak pakai.
Lama-lama aku pergi appointment seorang diri.
Aku tak suka berteman.
Sebab aku nak berbual dengan doctor tanpa had.
Aku boleh tunjuk lukisan aku kat doktor.
Dan bagitau dia aku gali video kumpulan Sepah kat youtube untuk buat aku happy.
Aku tukar video tu jadi audio dan aku burn dalam CD, supaya boleh dengar dalam kereta.
Ada sesuatu yang aku rindu tentang pengalaman ke clinic tu.
Atau bukan rindu.
Tapi keperluan.
Keperluan untuk pergi ke situ.

3 comments:

  1. ni cerita masa lampau ke cerita sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur dan ada yang masih berterusan.

      Delete
  2. beb aku suka jalan hidup kau,masa kau sedih,ada orang yang nak hidup macam kau.contohnya aku.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.