Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, April 9, 2014

Rabu Rabu di ribaan dunia

Hari ini orang masih bermetafora tentang hidup.
Aku sudah tidak suka bercakap tentang harapan.
Tentang masa depan.
Bukan aku putus asa.
Cuma hidup ni jalannya tak menentu.
Peta ada atau peta tiada, masih juga tercampak ke pulau pulau tandus.
Atau ke gurun gurun kering.
Atau ke laut laut yang pintalan geloranya mana mungkin reda.

Cuma Tuhan itu masih ada.
Dan cinta belum pupus.
Belum gugur.
Belum terkambus.
Nisan nisannya belum harus dibubuh.
Kerana tiada yang terkebumi.

Hari panas.
Tadi awek 7E kata aku bermimpi di siang hari.
Selamba je dia berpuitis macam tu kat aku.
Dakdak art kewww?
Semuanya sebab aku beli Spritzer hijau botol kecil.
Aku ingat harga dia RM 2.80, tapi tu harga botol besar.
Tu sebab aku terbagi duit sepuluh, padahal ada duit seringgit.
Damn, Tuhan je tau aku tak suka Spritzer hijau.
Payau rasa dia.
Sebab tu aku cuma suka Spritzer  biru.
Tapi Spritzer biru jarang nampak mana mana.
Susah.
Benda best mana senang.
Kan?

Masa setting kedai, Jahnn called.
Entah nombor mana dia guna, berlakon formal cari Cik Shifa Sabarina.
Dia ingat dah setahun aku tak jumpa dia, aku tak camlah suara dia?
Dia suruh aku pikir hadiah apa nak kasi masa Russ kawin.
Best lah orang kawin, dapat hadiah.
Aku suggest rak kasut.
Jahnn marah.
Dah tu kalau semua orang dok kasi set pinggan dan alatan memasak, Russ boleh buka kilang pinggan lah gitu.
Aku pikir elok kasi rak kasut, kain kesat kaki, mangkuk sup, tempat sangkut towel atau air freshener.
Selalu kalau kawan kawan kawin, aku suka bagi hadiah pisau besar dan chopping board, bersama nota kecil : Kalau gaduh laki bini, elakkan guna alatan ini.

Tapi antara benda yang aku pikir, Jahnn frust tak Russ dah nak kawin?
Walaupun Jahnn pun akan kawin juga, tapi tu lah.
Eh, hal rumit rumit orang pernah bercinta ni manalah aku nak paham.
Aku budak lagi (budak??)

Sementara nak dapat kerja, selain melukis dan menulis (menulis??), aku rasa dah tau nak buat apa.
Tapi tengoklah cemana.

Jealous juga tengok orang busy dengan life diorang, tapi gembira dengan kepenatan kepenatan busy tu.

Haritu aku mimpi.
Dalam gelap bilik masa aku tengah tidur, ada Jimmy duduk di lantai.
Aku pegang kepala dia.
Masa pegang tu, tetiba aku terjaga.
Bilik gelap macam biasa.
Kerusi, meja tulis dan tilam masih di tempat sama.
Aku jadi sayu.
Aku rasa Jimmy memang ada di situ.
Atau painting gambar dia yang aku lukis dan gantung di dinding bilik tu tak begitu sihat untuk jiwa dan mental aku?

Harapnya hari ni gaji boleh dapat full bersama duit sale.
Watak dan rutin harian aku mungkin tak sepenting orang lain, tapi aku juga punya hidup.

Semalam Eddy (pemegang syer ketiga terbesar MekarCakes) whatsapp.
Tanya keadaan kesihatan abah.
Tanya hows everything.
Katanya dia ada gaya majikan prihatin tak?
Aku jawab abah still terbaring.
Dan life sucks macam biasa.
Eddy kata, "Damn, wasnt expecting that..."
Aaahahaha.

Apasal lately rasa teringin nak smoke?
Padahal aku dengan asap ni ibarat semut dan belerang.

Hai, laju betul wifi UTC ni kalau nak banding dengan internet Maxis yang konon 250 MB sehari ni.

Banyak betul kepalsuan.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.