Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, April 6, 2014

Petang Ahad yang serasa menet akhir nyawa

Dah petang.
Benda paling tak bagus pasal weekend ialah masa bergerak macam The Flash tapi banyak benda tak sempat nak setel.
Gaji dapat sekerat sekerat ni sedih sebenarnya.
Lainlah gaji empat ribu, dapat seribu sekerat sekerat tiap minggu.
Ni nak beli canvas pun susah, nak beli akrilik.
Dilema taktau apa nak dibuat dengan hidup ni tak pernah habis.
Semua orang macam sibuk je.
Masing masing nak kena setelkan dunia masing masing.
Aku masih jadi tukang perhati.
Dan kadang kadang kesian dengan diri sendiri.
Hidup ni lawak.
Tapi aku tak ada rasa nak ketawa.
Rasa macam dunia ni diam diam mengejek aku.

Job hunting macam biasa failed.
Semua nak skill dan qualification dan transport.
Masa masa macam ni mulalah dok teringat cemana enam tahun habis macam tu je, buat benda yang kita tak suka langsung.
Kesan dia dah nampak dah sekarang.
Orang bukan paham.
Orang kata hidup ni jangan pandang belakang sangat.
Please lah, kalau benda belakang tu tak jadi macam tu, taklah efek dia jadi benda sekarang ni.
Kereta pun ada rearview dan gear reverse.
Benda tu keperluan.
(This is what a few people kata aku lawan takdir)

The only thing I regret is for not standing for my own right.
But come to think of it, tak ada konsep hak hak ni sebenarnya.
Tak ada.
Not in  my life, man.

Haritu Buull cakap pasal bakat menulis aku.
Ceritanya, aku penat dah hantar hasil kerja kat macam macam publishersss.
Macam yang aku dan Arepp pernah discuss dulu, publisher banyak main kroni (tak semua, tapi banyaklah, bro)
Pilih bulu.
Main kroni.
Pilih bulu.
Tak adil.
No matter how good your piece.
But heck mana ada benda adil dalam dunia ni.
Biarlah, company diorang.
Buatlah apa diorang nak.

Okay, lets perap konflik hidup bawah tilam.
Dan buat neskafe o' ais.

3 comments:

  1. tapi kau ada loyal reader macam aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau bukan takat reader. Kau kawan aku :)

      Delete
    2. Kau bukan takat reader. Kau kawan aku :)

      Delete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.