Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, April 10, 2014

Mereka dimamah kesibukan duniawi


Kadang kadang macam terbau bau hidung Jimmy.
Jimmy selesema dah lama, sampai hidung dia bau busuk.
Tapi aku tak kisah setiap kali dia datang dekat dan nak tidur atas tilam.
Memang hidung dia busuk.
Tapi aku boleh tahan lagi.
Dia sakit.
Aku taknak dia rasa tak diberi perhatian hanya sebab dia sakit.
Kadang kadang dia suka duduk bertenggek tepi sink kat dapur.
Duduk termenung.
Atau sesekali teman masa sesiapa saja memasak.
Aku suka peluk dia.
Sambil puji dia cantik dan handsome.
Kadang kadang dia tunggu di luar bilik mandi.
Lepas aku mandi, buka pintu, nampak dia.
Aku taktau sama ada dia faham tak setiap kali aku cakap kat dia, "I love you, Jimmy."

Beberapa hari sebelum Jimmy mati, aku mimpi.
Dalam mimpi tu, Jimmy jadi orang.

Aku tak tau kalau selama hayat dia, Jimmy pernah kecil hati dengan aku.
Kalau kalau aku ada abaikan dia.
Aku harap takda.
Aku harap dia paham kenapa aku suka peluk dia walaupun hidung dia busuk.
Sebab aku sayang dia.

Setiap malam aku harap dia datang dalam mimpi.
I feel so lonely for not having him around.
Rasa macam dunia bergerak laju, tapi aku je yang paling perlahan.
Aku je yang terkebil kebil tengok semua orang sibuk kejar urusan masing masing.
Seolah olah dunia hingar bingar.
Suara semua orang macam tenggelam timbul.
Apa yang diorang sibukkan tu?
Adakah kesibukan kesibukan tu menggembirakan mereka?

Hari ni badan sakit sakit.
Bukan hari ni je.
Berapa lama dah entah.
Tapi hari ni paling sakit.
Dah banyak kali minta diorang urutkan, tapi dok bagi alasan takutlah tak pandailah sibuklah.
Dalam UTC tadi ingat nak guna kerusi urut tu, tapi takda duit kecil.
Last last aku duduk kat kerusi besi depan pos ofis.
Aku tekan bahu dan belakang kat kerusi besi.
Berharap sakit kurang.
Tapi harapan sebenarnya antara benda lagi pedih.

Balik kerja tadi macam terbau bau lagi bau hidung Jimmy.
Dan macam ada bau muntah.
Aku taktau kalau aku sorang je yang bau.
Aku tak berani tanya mak.
Takut nanti aku sorang je yang bau and it might be a bad sign.

Esok nak pakai baju apa pi kerja pun taktau.
Jeans panas.
Cargos maybe.

Aku harap esok aku busy.
Teringin juga nak busy.
Busy sampai tak boleh belek henpon langsung dan bateri masih kekal 87%.
Tapi aku tau benda tu takkan jadi.

Takda seekor pun kucing datang kat kedai hari ni.
Kucing buta tu pun takda.
Semua dah lupa aku agaknya.
Kucing pun sibuk dengan life diorang.

Agaknya apalah yang Jimmy buat.
Boleh jadi dia sedang bermain di syurga.
Sambil sesekali duduk atas buaian.
Menunggu aku.
Macam yang selalu aku imajin.
Atau dia dari sana memerhatikan aku dan kehidupanku yang entah apa apa ni?

Kalau jadi pi KL weekend ni, aku teringin nak duduk kat bus stop depan berek polis tu.
Dulu aku duduk di situ sambil makan Twisties atau aiskrim.
Tengok kereta lalu lalang.
Mana agaknya orang gila yang selalu ada kat situ tu?
Aku harap dia okay okay saja.
Kalau dia waras semula pun, aku tak rasa dia sanggup hadapi dunia.
Dunia ni hodoh dan menakutkan.

Terutamanya dunia aku.



3 comments:

  1. dalam satu entri ini saja,banyak perkara yang menyedarkan manusia-- macam aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bela kucing ni komitmen perasaan teruk. Tu ke kesedarannya? Hahaha.

      Delete
    2. Bela kucing ni komitmen perasaan teruk. Tu ke kesedarannya? Hahaha.

      Delete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.