Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, April 3, 2014

Dengan sayap impian, ingin terbang ke sana, membawa cinta sebesar dunia... (Iklim)

Aku di kedai, baru lepas habis baca The Star.
Aku suka The Star sebab it has been very informative.

Semalam Tuhan ambil Jimmy.
In fact, I have predicted it.
Aku di kedai dan jam 2.30 petang, Shamel whatsapp, telling me Jimmy is gone forever.
Mak called and I burst into tears.
How can I not?
Dia kucing paling setia.
Paling lama aku bela.
Dan dia satu-satunya kucing yang tau the right way to hug me while sleeping.
Dia peluk macam orang.
Datang di ketiak kiri masa aku baring, baring dan peluk.
He knew perfectly how to do that.
It was two days ago aku diam diam cakap dengan Tuhan, take him to lessen his pain.
Lepas mak called, aku nangis dan akhirnya terlelap di meja.
Petang tu mak called lagi, asking for my permission to bury his dead body.
Balik kerja, instead of taking Rapid, mak nak ambil aku.
Went to ECM, she wanted to get a new handbag.
Dan mak belanja Baskin.
Sampai rumah, the image of him was everywhere.
Syringe, air masak, kain selimut, dan sikit kesan air kencing.
Berair juga mata masa lap lantai tu.
Sebelum tidur, aku harap dia datang dalam mimpi.
Dan aku bayangkan di syurga nanti dia tunggu aku di atas buaian.
Mungkin dia terpaksa tunggu lama, sebab aku banyak dosa dan mungkin lama terhukum di neraka.
Tapi aku tau dia akan tunggu.

Aku pakai suspender pergi kerja harini.
Ada pakcik cakap aku semat.
Katanya lagi lawa kalau dipakai dengan kemeja.

Masih dalam dilema.
Nak study atau nak kerja.
Or both.
Tadi ambil kereta di balai, lega bila tengok painting still ada dalam bonet.
Paper semalam bagitau pencuri tu kena sembilan tahun jail.
21 kes samun dan kes curi kereta je dah berapa banyak entah.
Umur 20, sembilan tahun dalam jail.
Kesian.
Harap diorang berubah.
Sarjan Ibrahim kata buang je barang barang tak berkenaan dalam kereta tu.
Spare tyre pun diorang tibai.
Punya banyak barang samun dalam bonet kereta tu.
Wallets, credit cards.
Semoga Tuhan jauhkan aku daripada semua tu.
Gaji kecil macam mana pun, jangan.

Dunia masih bersultankan wang, dan wang masih menjadi sultan, dan sultan pula...

Haritu Ain (boss) tanya aku, aku pro govt ke pro pembangkang.
Aku cuma jawab dua dua pun aku tak minat.
Dia tanya lagi, habis tu apa aku nak sekarang ni.
Aku jawab, aku taktau nak pilih cappucino blend atau chocolate blend.

Well, yes, I only discuss serious stuffs with orang tertentu.

Pagi tadi Nobi keluarkan Kono (kura kura aku) dari rumah dia, sampai tergolek atas lantai.
Lepas tu dia boleh ajak Yuyu main sekali.
Tak matang sungguh.

Cakap pasal Yuyu, pagi semalam lepas Jimmy tengah kejang kejang kaki tahan sakit, Yuyu masuk bilik.
Masa tu Jimmy dah bertenang dan terlepek.
Aku nampak muka Yuyu masa tu.
Dia macam terkejut dan takut, terus lari.
Aku still ingat macam mana muka dia masa tu.
Aku taktau apa dia nampak.
Dia nampak malaikat maut ke?

Bangun tidur pagi tadi, hujan agak lebat, setelah Kuantan sekian lama panas membahang.
Aku pandang bawah tempat sidai sejadah dan towel, Jimmy tak ada.
Dalam almari pun tak ada.
Aku duduk atas tilam, tengok sekeliling bilik.
Masa tu baru teringat, Tuhan dah ambil Jimmy semalam.

Hari dah panas balik.
Aku rasa nak pergi toilet, tapi panas gila, malas nak menapak.
Mungkin harini aku patut duduk lagi atas kerusi urut semalam.

Hari ni nak makan apa tak tau.
Dan tetiba teringat pakcik homeless yang selalu dok kat tepi pasar, pakai topi mancing.

Tuhan bagi peluang hidup, hikmahnya kalau tak nampak sekarang, mungkin nanti nanti.

1 comment:

  1. sedihnya jimmy.

    aku pernah rasa itu, ya 7 tahun lepas.

    and now, move on

    :)

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.