Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, April 14, 2014

Blues tak pernah berhenti

Beberapa jam di Pudu Sentral semalam bukanlah seronok pun.
Benda tu buat aku rasa Pekeliling yang daif kemudahan serta panas bahang berhabuk tu lebih menyenangkan hati.
Cuma terpaksa je atas sebab tertentu, aku kena ambil bus di Pudu tu semalam.
Dari dulu lagi aku dah tau, Pudu tu buatlah canggih cemana sekali pun, penuh dengan konspirasi dan kepalsuan isi dalamnya.
Cuma kredit lebih sikit je sebab ada kerusi urut.

Cerita seksa dalam bus tu dah jadi lain pula cerita dia.
Benda yang aku puas hati semalam cuma sebab dapat lepak dalam Art Friend lama lama.
Lama sebab pilih canvas.
Sebab usha easel.
Usha colour.
Tapi pilih canvas memang lama.
Tu duit tak berapa nak ada.
Kalau duit ada, tak lama.
Main ambil mana suka ikut saiz yang disukai.
Dan ada berus yang aku teringin.

Tau tak ada skinny jeans lawa dan murah di Forever 21 Midvalley?
Ya, 35 ringgit selai.
Kalau pakai memang macam cool, tapi Kontan tak bercuaca macam Helsinki, jadi aku tutup mata je lah macam tak pernah nampak jeans tu.

Lately asyik terpikir pasal Melaka.
Tapi pikir je lah dulu.
Sebab nak ambil risiko tu macam...
Sebenarnya dengan apa yang jadi dua tiga menjak ni, aku rasa Tuhan macam tengah buka jalan sikit sikit.
Cuma jalan tu tak berlampu sangat.
Kiri kanan hutan tebal dan penuh raksasa.
Sama ada aku berani atau tak saja.
Memanglah hidup kita, kita ada hak nak tentukan.
Tapi...
Okay, ni complicated and I cant elaborate.
Orang yang selalu kutuk dan tak paham komplikasi life aku ni, aku cuma harap nanti diorang ada anak macam aku dan biar diorang tau betapa susah nak faham orang macam kami sampai diorang rasa loser tak boleh faham anak sendiri.

Aku ada jenis kawan kawan yang tanya khabar setahun sekali tapi ada hati nak sibuk sibuk.
Tanya khabar pun sebab nak tau life aku teruk ke tak.
Kalau teruk, boleh kutuk.
Kalau tak teruk, bolehlah sibuk nak tau cemana boleh jadi tak teruk.
Dan ada kawan kawan yang directly/indirectly bagitau diorang memang nak tengok aku jatuh.
This is why I build up the wall.

Pagi tadi tunggu bus setengah jam.
Dah keluar awal pun bus tetap lambat.
Selalunya jalan kaki pergi bus stop dua puluh minit, tunggu bus lebih kurang tu tempoh dia.
Tapi hari ni jalan kaki dua puluh minit, menunggu tiga puluh minit.
Hidup ni penuh dengan menunggu.
Menunggu menunggu menunggu.

Semalam masa dalam bus, aku mimpi benda yang sama lagi.
Minyak gris kaler hitam bergelodak.
Dan jiwa rasa mampat.

Malam tadi sebelum tidur, aku terpandang dalam almari.
Ternampak macam Jimmy duduk dalam tu.
Cepat cepat aku suluh guna henpon.
Tak ada.
Kecewa lagi.
Kadang kadang aku harap the ability to see the unseen things tu datang balik.
Tak kisahlah kalau yang ada dalam bilik tu cuma hantu Jimmy.
Biarlah tak boleh differentiate pun apa yang nyata dan tak nyata, sebab aku rasa sama je semua.

Baru pukul empat.
Tak sabar nak balik dan conteng dinding.




1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.