Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, March 31, 2014

Entry panjang tetiba lama tak buat haih

Lama dah tak buat tempat ni macam diari.
Macam biasa, life is macam tu je lah. Turun naik turun naik tapi banyak yang turun je. Mendatar pun ada, pastu turun balik.
I'm working with (for) my friends. Kedai kek tu lah. Sebab diorang semua kerja ofis, maka aku handle waktu siang.

Sekarang macam dok meraba lagi, nak cari better job atau buat second degree. Mestilah nak ASWARA, tapi tapi tapi yaaaa semua orang tau bukan senang. Eh, hidup mana ada senang kalau nak senang blablabla ya ya aku tau.

Haritu Nazri datang kedai. Nazri ni kawan aku. Antara persamaan aku dan Nazri ialah kitorang sama sama didiagnose ada schizo. Okay, maybe kes agak berbeza sebab dia memang schizo, tapi aku, doctor last sekali memutuskan aku ni dalam kelas major depression with psychotic features. Okay, ada orang dah start judge? Sila sila.
Oh, dan satu lagi, Nazri ni jenis kawan yang boleh dibawa bersembang pasal art. Dengan dia aku boleh sembang pasal easel, pasal water colour techniques, pasal cemana nak stretch canvas, pasal mana kedai hat juai barang murah.
Ceritanya, bila aku terbukak mulut pasal dilema nak cari kerja lain atau nak buat second degree. Nak kerja, aku mana ada qualification dalam benda arts. Kalau nak study, cemana pulak nak kawin (ehh??). Maka Nazri pun buka cita pasal portfolio dan peranannya. Punyalah aku tak terpikir.

Tapi ceritanya, tiga bijik sketchbook bersaiz besar aku tu telah lunyai dimamah banjir hujung tahun lepas (#ayatdeep).

Untungnya jadi aku, ada tiga orang manusia yang sokong aku jangan berenti menulis dan melukis. Abah now has a better job, and he bought me a pen tablet yang boleh lokes lokes atas dia tu kan (selain daripada tshirt tshirt cool yang dia selalu beli setiap kali outstation pi Bandung hikhik). Mak macam biasa lah, support je bila tang aku buat benda seni. Dan Buull.

Buull ni panjang cita dia sebenarnya. Memanglah benda special kita simpan dalam hati kan, tapi ya, sampai satu masa kita akan tau, ada orang yang akan be good to us because this kind of person know how to APPRECIATE AND CHERISH love. And they put efforts. Dan bila dia terlalu jujur dengan kita, so kita pun takdak hal nak jadi jujur dengan dia.

But life is life, man. Punya jahatnya hidup ni kadang kadang aku membayangkan tengah tengah aku baring atas tilam (katil dah takdak since banjir) ni, datang sorang manusia dan tembak belakang kepala aku, dan aku boleh tidur dengan aman, takyah dah nak pikir apa.

Kalau nak cita, memang rasa macam ermmm entahlah padiaaa taktau. Tapi aku ingat bila aku cerita kronologinya, Buull macam percaya tak percaya. Yang aku ingat dia cakap :
"Hidup awak macam drama. Awak dah terlalu lama menderita, dah sampai masanya awak bahagia."

Amacam?

Jimmy tak sihat ni. Sakit teruk dah seminggu. Dok dalam bilik aku, sama ada dalam almari, atas tilam atau bawah tempat sidai sejadah. Hari hari dok makan antibiotik. Vet suspek masalah paru paru dia. Maunya tak. Selesema batuk dari 2011. Ni kira dia kuatlah. Kucing lain habih meninggal dah. Tinggal dia je. Yang tiga ekor lagi ni kucing kecik, baru bela, tak dikira lah kan.

Ya, dari lapan ekor, tinggal empat je. Ni Jimmy sakit ni, aku nak pi kerja pun rasa takdak mood, lemau je.

Lagi, apa lagi nak cita?

Oh, jujurnya aku dah takdak kawan sangat dah. Sebab ramai yang lari masa aku takdak apa apa, jobless, tak up to their standard, dan ramai juga kawan aku hilang sebab diorang dah happy dengan life diorang. Well, I'm happy for them. Fasa hidup, beb.

Lately asyik teringat pasal doctor because I keep having the symptoms, cuma dok buat relax macam takdak apa, buat buat macam tabah hadapi hidup aaahahaha padiaaa entah.

La ni rasa dahaga tapi baru teringat Coke dah habih dalam peti ais.

Haritu masa tidur kat Soho pas event Pesta Rabak, aku macam sebak sikit. Sebab Khizanat yang kat Soho ni adalah seperti rumah studio yang aku idamkan sejak berusia 15 tahun (sekarang ai dah 29 okay saja nak bagitau umur).

Tadi sebab duit ada takdak ja, aku dapat beli acrylic hitam ja satu tiub. Hat putih dan dan sold out kat kedai. Masa tu jugak aku dengar sorang awek ni merungut water colour ke apa entah tapi dia nak brand Alpha, tapi takdak. Aku macam, relakslah dik, tu baru tak jumpa brand Alpha, esok esok tak jumpa laki idaman lagi la taktau lagu mana.

Padiaa mengarut entah entry panjang. Dah la Nobi suka lepak atas meja tulis tempat aku buat kerja, pastu dia pi baring atas lukisan aku. Jap lagi Yuyu pun naik sekali tidur situ. Tak paham aku haih.

Okaylah, boleh dah tidur ni. Gaji dah tak lama.  Dok berangan nak beli apa, tapi setakat berangan ja lah.

Oh, keta aku hat kena curi haritu dah ada kat balai. Mangkuk pencuri pencuri tu dah kena tahan, mak pak tak mai langsung, dah fed up dah pasai asyik kena jamin ja, kali ni biaq pi dok dalam.

Okay, seriously jom tidur. Pagi esok 6.30 subuh dah kena pi ambik kek lah hai.

Bye uollsss.

Tuesday, March 4, 2014

Jawapan untuk Doctor Amilin

Sebenarnya, lebih berharap agar tidak perlu bangun tidur hari ini. Tidur malam tadi agak lena. Tetiba je dah pukul 7 lebih. Persoalan biasa : "Aduhai, kenapalah aku bangun?"

The fact that I keep hurting people's feeling is definitely one of the reasons. Seems like everything I say or do, is not right.

Rasa nak pack barang, go to see Doctor Amilin.

"Doctor, dulu doctor selalu tanya pernah tak saya rasa macam nak mati atau bunuh diri and I strictly answered no. Tapi hari ni, saya datang nak bagi jawapan."