Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, August 4, 2013

To an angel who is still surviving

Tadi sebelum lampu ditutup, aku belek kedua-dua belah kaki. Lebih tertumpu kepada yang belah kiri.

20 tahun aku hidup dengan kaki kiri sebegitu.

Tetapi mengingatkan konversasi petang tadi, sudah tentu aku tahu ada yang jauh lebih menderita.

"We both suffer." Itu katanya.

Dan apabila mengingatkan konversasi-konversasi lain dengannya sejak hampir setahun, aku rasa macam berjumpa sesuatu yang dalam keadaan lebih terang.

Ramadhan dan Shawal kali ini mungkin paling buruk kerana ujian yang datang seminggu lalu. Atau sebenarnya sebulan lalu. Atau mungkin lebih berbulan-bulan. Atau tahun. Tetapi mungkin senyap-senyap Tuhan simpankan satu jelmaan malaikat bersayap baldu untuk aku.

Yang ketika dalam tidurnya pun, dia masih nampak aku. Aku yang serba-serbi kurangnya ini.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.