Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, July 19, 2013

Soalan 10 Ramadhan, lewat malam ketika gelas bekas minum koko panas belum pun aku basuh

Untuk entah keberapa kalinya, Yogi bertanya.

"Hari ni ada rindu-rindu aku tak?"

Soalannya itu aku jawab dengan soalan kembali, sambil ketawa.

"Kenapa asyik aku yang kena jawab soalan tu?"

Dia kemudiannya membalas dengan satu nada yang aku rasa aku tau apa nada itu.

Rajuk.

Bukan aku tak nak jawab, tapi aku takut kalau tercampak lagi ke tempat bermalapetaka itu. Nanti yang susahnya aku.

Kerana selalu kesudahannya begitu. Kerana selalu yang tidak adil itu terjadi kepada aku.

Banyak yang kau tak tau tentang aku.

Aku ni ada sumpahan, tau?






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Huhu superb,kau banyak rahsia yg org nak tahu kot :p

    ReplyDelete
  2. takpe la...

    sumpahan pun ada penawarnya...

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.